Sunday, September 22, 2013

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna


Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna
 
Assalamulaikum? Holla, blog!

Kali ni saya buat entry tentang pekan Semporna pula. Semporna cukup terkenal dengan pulau2nya yang cukup cantik. Malah pulau Sipadan dan Mabul tersenarai dalam pulau2 yang tercantik di dunia. Masyarakatnya berbilang suku-kaum dan anutan agama. Tapi paling ramai penduduknya berbangsa Bajau yang berasal dari selatan, barat laut dan barat daya kepulauan Filipina. Selain terkenal dengan aktiviti menyelam, Semporna juga terkenal dengan acara regatta lepa iaitu pertandingan lumba perahu kecil.

Saya ke sini masa raya hari tu, kebetulan nak pulang Sandakan. Pagi tu awal jugalah dari Tawau sebab plan nak singgah pekan Kunak dan Lahad Datu lagi. Sampai Semporna terpesona dengan rumah2 di tepi jalan. Semua besar2 macam istana. Hurmmm...kaya betul orang Semporna ni. Semua hasil mutiara dan rumpai laut agaknya. Tempat mula2 saya pergi di Semporna Ocean Tourism Centre. Di sini boleh tengok ikan yang besar2. Ada juga hotel disediakan, restoran dan gerai2 menjual pelbagai kraftangan. Mutiara pun ada juga dijual di gerai2 yang terdapat di kawasan ni.

Jalan-Jalan Di Semporna

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna


Saya habiskan masa lebih dari dua jam untuk lepak2 di sini. Duduk2 melihat keindahan sekitar tempat ni. Ada bot laju yang lalu. Lepas tu dari situ nampak perkampungan yang berlatar belakangkan bukit bukau dan pokok2 kelapa. Best sangat kalau berpeluang tinggal di sini. Bertuah orang Semporna dapat tinggal di tempat yang penuh dengan keindahan alam. Masa di sini juga saya nampak masyarakat bajau laut yang masih mengamalkan kehidupan lama tinggal dalam perahu. 

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna

nampak tak baju pela'uh dalam perahu tu?

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna

antara barang kraf yang banyak terjual di gerai sepanjang jambatan panjang ni

Nanti saya buat entry tentang tempat yang namanya 'Tampi-Tampi'. Kawasan tu terkenal sebab dulu tempat tu pernah menjadi lokasi pengambaran filem Duyung lakonan Apek dan Maya Karin. Ingat tak lagu Aspalela tu? Tapi tunggu saya edit gambar dulu. Malas sikit nak edit saiz gambar lagi. Nak upload terus lambat sebab line internet di tempat sata ni tersangatlah 'lajunya' hehe. Kali ni pun tak banyak gambar saya upload malas nak tunggu lama2 depan lappy. Ok, bye.



2 comments:

memmetlenggeng said...

Ehh..Bestnya...Paling best kalau dapat makan makannan laut tu fresh-fresh kan? Tawau akak dah pernah pergi, tapi Semporna belum lagi

bz the witch said...

lain kali klu dtg tawau, singgah la di semporna. selain mkn laut yg fresh
rumpai laut pun bleh dpt murah di sini.