Monday, May 10, 2010

novel sanubari pujaan-afni sari


novel ni salah satu gift dari alaf 21 yang saya terima beberapa hari yang lepas. baru hari ni ada peluang membacanya, karya penulis baru afni sari. novel ni mengisahkan kauthar yang menyimpan hati pada adam lutfi.

tapi adam lutfi pula bertunang dengan nadiha adik kepada teman baik adam lutfi. selepas berkahwin, adam lutfi mula sedar yang nadiha bukan seorang yang baik. kauthar pula mula rapat dengan karl. mereka kemudian bertunang tapi kemudian putus gara2 adam kembali meraih cinta kauthar selepas bercerai dengan nadihah. tapi akhirnya kauthar sedar karl yang banyak membantu dia dan adik-beradiknya, mereka akhirnya berbaik semula.


jalan cerita, biasa2 saja dan kalau nak bandingkan dengan novel2 penulis yang dah lama macam anis ayuni, memang agak jauh ketinggalanlah. tapi bagi penulis baru...saya rasa novel ni memang ok dan bolehlah tahan. mampu bersaing dengan novel2 yang sedia ada. harap lepas ni afni akan hasilkan novel yang lagi best...teruskan berkarya...opps....macamlah pula afni sari baca entry ni...hihihi...



Sunday, May 2, 2010

cinta edisi terhad-lynn dayana



novel ni baru je aku habis baca...aku suka cover novel ni sebab berlatarkan gunung kinabalu. tajuknya pun lain dari yang lain edisi cinta terhad. tapi lynn dayana memang suka letak tajuk yang macam tu. sebelum ni pun tajuk novelnya tarikh luput cinta. tu yang aku rasa tertarik baca novel lynn dayana ni.

novel ni memuatkan 3 kisah perempuan yang masing2 ada masalah. zira, haida dan julia. mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan dan dari situlah mereka berkawan baik. zira seorang yang berkerjaya tapi agak kesepian kerana tidak punya keluarga. haida pula berhadapan masalah dengan tunangnya fariz. julia pula sudah bersuami tapi suaminya hairul menduakan dia.


~ Qairil dan zira ~

Qairil muncul dalam hidup zira, tapi zira sedaya upaya menolak kehadiran Qairil. dalam masa yang sama Qairil sebenarnya sudah punya teman wanita. masa zira tahu barulah dia rasa sukakan Qairil. tapi kemudian Qairil memutuskan hubungannya dengan teman wanitanya sebab perempuan itu terlalu cemburu. malah dia hampir mencederakan zira. dia juga sanggup menyaman Qairil dan zira.Qairil kemudian cuba meraih cinta zira tapi zira tak layan.

haida pula sudah berbaik dengan fariz. kemudian ada seorang lelaki yang cuba membunuh fariz. malah lelaki itu sudah membunuh suami julia hairul. hairul mati terbakar dengan teman wanitanya. sebelum hal itu terjadi lelaki misteri itu ada menghubungi julia. malah sebelum fariz diculik, lelaki misteri itu juga menghubungi haida. dia juga menghubungi zira. atas nasihat Qairil, mereka melaporkan hal itu kepada polis. fariz selamat biarpun cedera parah.

akhirnya lelaki misteri itu sudah tertangkap. dia sebenarnya sama2 terperangkap masa runtuhan bangunan dulu. dia sebenarnya sakit jiwa. sebelum itu dia juga sudah membunuh seorang jururawat. zira mula sedar dan menghargai kehidupan. dia akhirnya menerima Qairil. the end...

macam tu lah ceritanya...aku sebenarnya suka kisah zira dan Qairil je. lain2 aku tak layan sangat...sekadar baca je. tapi bab Qairil dan zira, aku memang baca banyak kali terutamanya masa mereka daki gunung kinabalu tu. lagi pun aku suka cara lynn dayana menulis kisah cinta dalam setiap novel2nya. ringkas je, tanpa banyak kata2 cinta tapi padat dengan perhatian dan tanggungjawap seorang lelaki terhadap perempuan.

oh ye, ini novel lynn dayana yang ke3 aku baca. aku memang mula menyenaraikan lynn dayana sebagai salah seorang penulis yang aku minat selain kreisya reisya, anis ayuni, umi azrini, dhiya zafira dan meen zulaikha.

~gambar selebriti sumber google ~