Showing posts with label aisya sofea. Show all posts
Showing posts with label aisya sofea. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Novel Masih Setia-Aisya Sofea

Novel Masih Setia-Aisya Sofea

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Ini novel Aisya Sofea yang paling baru saya baca. Tajuknya Masih Setia. Masa tengok tajuk terus rasa nak beli sebab mesti happy ending dengan hero atau heroin yang setia. Memang tak sabarlah nak baca... tapi hampir 2 minggu lepas beli baru berpeluang baca sampai habis. 

Novel Masih Setia-Aisya Sofea ini menceritakan tentang Miera yang diawal cerita agak jahat sikit sebab selalu lawan cakap bapa dia. Lepas tu selalu balik lewat malam. Dia ni marah bapa dia yang dia ingat ada skandal dengan perempuan lain. Tapi kemudian dia tahu juga hal sebenar, bapa dia setia dengan mak Miera. Miera aje yang sangka buruk dengan bapa dia.

Lepas tu mereka beraya di padang. Miera nak dijodohkan dengan Rudi oleh nenek mereka. Masa di sana juga ada gempa bumi. Miera terlibat dengan kerja sukarelawan dan bertemu dengan Dr Malik (doktor dari Malaysia). Mereka sama2 membantu mangsa2 gempa terutamanya kanak2 yang kehilangan makbapa. Mula2 kenal aje Miera dah suka Dr Malik. Mereka rapat dan Dr Malik pun suka Miera tapi sayangnya Dr Malik dah ada tunang. 

Rudi juga sering datang melawat Miera. Dia masih berharap Miera akan menerima cadangan keluarga mereka untuk berkahwin dengan Rudi. Mereka ini dari suku Minang. Tapi akhirnya miera tolak juga permintaan itu. Bila balik Malaysia, hubungan dengan Dr Malik pun terputus. Tapi masa di airport, Miera sempat diperkenalkan dengan Mia tunang Malik. Sebenarnya bapa tiri Dr Malik ni jiran sebelah rumah Miera. 

Miera kemudian dapat tahu yang Mia ni tak setia dengan Dr Malik. Dia ada affair dengan abang Fendi kawan sekolah Emi (kakak Miera). Miera cuba bagitahu pada Malik tapi lelaki tu tak percaya malah anggap Miera sengaja buat2 cerita. Miera rasa sedih lebih2 lagi bila Mia kata Miera sengaja buat begitu sebab Miera cintakan Malik. Miera sedih lepas tu tak mahu berhubung dengan Malik lagi. masa majlis kahwin kak Emi, Malik datang dia cuba pujuk Miera. Dia dah putus pun dengan Mia yang tak setia tu. Akhirnya mereka berbaik juga dan kahwin. Ending novel ni, Miera mengandung anak kembar...the end.

Komen ringkas: Saya tak happy sangat baca Novel Masih Setia-Aisya Sofea ini. Boring pun ada juga...sebab cara Miera main tarik tali tu sama je macam watak2 perempuan dalam novel2 Aisya Sofea yang sebelum2 ini. Tak ada kelainan. Marah tapi layan juga. Bosanlah...macam dah hafal sangat perangai heroin Aisya Sofea ini. Lepas tu konflik dalam novel ni pun tak kuat sangat, biasa2 aje. Tapi oklah tu sebab saya tak suka konflik yang berat2.

Macam mana pun saya suka part mereka di Padang tu...melibatkan Dr Malik dan Miera dengan budak2 mangsa gempa bumi tu. Masa tu watak hero betul2 nampak menarik...Saya tabik Aisya Sofea ni kalau bab menggambarkan perwatakan hero memang superb. 

~malas nak ambik gambar, sedut aje dari google~

Monday, February 25, 2013

Novel Uda & Dara- Aisya Sofea

Novel Uda & Dara- Aisya Sofea

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel Uda & Dara- Aisya Sofea ini baru aje saya habis baca tadi. Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ni mengisahkan tentang Izzat Hilman @ abang Man dan Siti Mariam @ Mar. Abang Man ni anak angkat makbapa Mar. Abang Man ni rapat dengan abang Omar (salah seorang abang Mar). Dari zaman sekolah lagi Mar memang sukakan abang Man. Tapi kemudian mereka terpisah bila mak abang Man tak suka Mar rapat dengan abang Man. Lagi pun mak abang Man mahu jodohkan abang Man dengan anak saudaranya yang tinggal di Kluang.

Pada masa yang sama kawan2 abang Man memperlekehkan Mar yang masa tu gemuk. Abang Man pun kutuk Mar masa tu dan cakap dengan kawan2nya, Mar orang suruhannya. Kebetulan Mar memang buat apa saja yang abang Man suruh dan sentiasa mendampingi abang Man. Masa tu Mar sangat sedih dan kecil hati. Abang Man kemudian melanjutkan pelajaran dan selepas tu mereka terputus hubungan. 

Lepas 17 tahun mereka bertemu semula. Masa tu mereka semua berkumpul di rumah mak bapa Mar. Abang Man terkejut sebab Mar dah tak gemuk dan nampak cantik. Rupanya selama ni Abang Man dah mula berhubung semula dengan abang Omar tanpa pengetahuan Mar. Abang Man jatuh hati dengan Mar. Tapi dalam diam Mar marah dan masih dendam tentang hal dulu. Abang Man bersungguh2 minta maaf dan mereka jadi rapat.

Bapa kandung Mar terlibat dengan ah long. Abang Man jual tanah arwah mak bapa dia untuk langsaikan hutang bapa kandung Mar. Lepas tu dia kahwin dengan Mar. Mula2 Mar tak terima abang Man. Lagipun kak Yah (kakak abang Man) tak suka Mar dan masih nak teruskan wasiat arawah mak mereka yang mahu abang Man kahwin dengan sepupunya Khalidah. Malah kak Yah sengaja bawa sepupunya itu di rumah abang Man semata2 mahu sakitkan hati Mar. 

Mar akhirnya dapat terima abang Man sebagai suaminya. Tapi kak Yah masih juga tak suka dia. Mar kemudian keguguran. Anak kak Yah pula masuk hospital dan Mar pula dermakan darah. Lepas tu barulah kak Yah terima Mar. Akhirnya Mar dan abang Man bahagia dan dapat anak lelaki. 

Dihujung cerita Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ini, ada majlis anak abang Man dan Mar. Tetamu yang datang antaranya bos Mar, En Lukman dan isterinya Farah (watak dalam novel Jendela Hati). Ada juga Adam Mukhriz (sebagai kawan abang Man) dan isterinya Ain Hawani (watak dalam novel Adam Hawa). 

Komen ringkas:  Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ini ok la juga. Saya suka. Cuma sesekali tu rasa bosan juga sebab banyak sangat dialog hero dan heroin. Pula tu asyik cakap hal yang sama aje. Si heroin tak habis2 nak main tarik tali dengan hero. Lagi bosan bila heroin asyik2 kata tak suka hero tapi peliknya dia sentiasa berkepit dengan hero. Lepas tu bagi layan dengan baik sekali dan boleh bergelak ketawa dengan hero lagi. Tak faham saya. Tapi tak faham pun saya baca juga novel ni sampai habis...😺

Sunday, October 4, 2009

Novel Sehangat Asmara-Aisya Sofea


Novel Sehangat Asmara-Aisya Sofea

Assalamulaikum? Hallo. blog!

Saya dah lama nak beli novel Sehangat Asmara-Aisya Sofea sejak 2003 lagi. Tapi baru2 ini aje dapat beli 17.03.09. Itu pun sebab nak lengkapkan koleksi novel Aisya Sofea. Dulu, cover dia tak secantik yang sekarang. Dulu, gambar kulit agak simple aje.

Novel Sehangat Asmara-Aisya Sofea ini mengisahkan tentang Kay dan Zainal yang belajar di UK. Zainal mendekati Kay sebab tak mahu Kay hanyut dengan dunia sosial. Lama2 Kay jatuh cinta dengan Zainal. Zainal pun sama dan mereka pun kahwin. Ibubapa mereka tak setuju sebab mereka masih belajar.

Zainal kemudian balik ke Malaysia dan berjanji akan kembali. Tapi sayangnya selepas itu Zainal terus hilang dan tinggalkan Kay seorang. Kay sangat sedih, Lebih2 lagi bila dia tahu dirinya sudah hamil. Kay sangat rindukan Zainal dan mula terumbang-ambing. Ibubapa Kay bawa Kay pulang ke Malaysia dan paksa Kay melupakan Zainal.

9 tahun berlalu, Zainal muncul kembali untuk mendapatkan haknya sebagai ayah kepada Misya. Semua bermula bila Zainal ternampak gambar Kay bersama Misya dalam sebuah majalah. Zainal tidak menyangka dia punya anak. Sejak itu dia mendesak Kay untuk mengizinkan dia menemui Misya. Kay dendam pada Zainal kerana meninggalkan dia 9 tahun yang lalu.

Tapi bila Zainal membawa kes ini ke mahkamah, Kay akhirnya mengizinkan Zainal bertemu Misya. Selepas itu hubungan Zainal dengan Misya sangat rapat. Ibu Kay pula paksa Kay kahwin dengan Azman. Tapi pada masa yang sama, Zainal mula cuba meraih cinta Kay semula dengan alasan Misya perlukan keluarga yang lengkap. Azman akur dan undur diri. Ibu Kay pula sangat2 marahkan Kay.

Akhirnya Kay dan Zainal berkahwin semula. tetapi Kay tak dapat terima Zainal sepenuhnya kerana dia hanya mengikut kemahuan Misya sahaja. Baginya Zainal masih bersalah kerana meninggalkan dia dulu. Zainal sangat baik tapi Kay menjauhkan diri. Kay masih tertanya2 kenapa Zainal tinggalkan dia dulu.

Akhirnya segalanya terungkai bila Kay bergaduh dengan adik Zainal. Adik Zainal bencikan Kay yang tak habis2 menyangka Zainal lelaki yang tak bertanggungjawab. Sebenarnya Kay tak tahu, Zainal balik Malaysia dulu sebab diugut oleh ayah Kay. Ayah Kay orang berpengaruh sebab itu dia boleh buat apa saja terutamanya orang yang kurang berkemampuan seperti keluarga Zainal.

Kay sangat sedih, lebih2 lagi bila ayah Kay mengaku dia yang pisahkan Kay dengan Zainal dulu. tapi ayah Kay sudah insaf dan baik. Malah dia juga mengizinkan Kay kahwin dengan Zainal semula. akhirnya Kay dan Zainal berbaik dan bahagia.

Komen ringkas: Novel Sehangat Asmara-Aisya Sofea ini memang tak menghampakan cuma saya sedikit bosan sebab novel ini banyak sangat dialog sedih2, teka-teki, tarik tali antara Kay dan Zainal. Tapi novel2 Aisya Sofea memang banyak dialog ala2 tarik tali macam ini. Lagi satu kebanyakan novel aisya sofea ini, semua hero dan heroin terpisah beberapa tahun, kemudian bertemu semula. Tapi apa pun aku memang sukakan novel2 aisya sejak baca novel Jauh dan Jendela Hati dulu. K, bye.
 

Wednesday, July 29, 2009

Novel Jauh-Aisya Sofea

Novel Jauh-Aisya Sofea

Novel Jauh-Aisya Sofea antara novel terawal yang saya beli. Waktu tu saya baru berjinak2 buat koleksi novel. Masa ini kebanyakan novel semua under karangkraf dan bilangan muka surat pun tak banyak. Semua buka agak nipis aje. Harga pun masa tu murah. Tapi saya dah lupa harga novel Jauh-Aisya Sofea ni sebab....ada cerita sedih ni...hihihi

Apa yang sedih tu...novel saya tu orang pinjam lepas tu buat macam harta sendiri. Saya nak minta balik pun, tak tahu macam mana lagi! Sampai sekarang saya ingat sangat novel tu. Cuma jalan cerita saya dah lupa. Maklumlah novel lama, sekitar tahun 99 atau 2000.

Tapi yang saya ingat sangat heroin ini ada tunang tapi tunang dia tu jahat sikit suka sangat control dia. mereka pun sering gaduh. Then, heroin pergi luar negara tempat ibu saudaranya (tak silaplah). Masa kat sana dia berkenalan dengan seorang lelaki yang baik.

Lelaki tulah yang sering temankan dan dan bawa dia melawat2 tempat yang best kat sana. Lelaki tu syok dengan dia. Tapi dia tak layan sangat biarpun memang tersentuh dengan kehadirannya. Dia kan dah ada tunang...jahat mana pun dia tetap setia dengan tunang dia tu.

Bila dia balik malaysia, hubungan dengan tunang dia tak dapat diselamatkan. Putuslah jawapnya. Kemudian, dia jumpa balik lelaki yang kat luar negara tu. Then, mereka sama2lah juga.

Ha, tu aje yang saya ingat. Siapa nama hero dan heroin pun saya dah lupa. Apa pun novel Jauh-Aisya Sofea memang best. K, bye.

Tuesday, July 28, 2009

Novel Adam & Hawa-Aisya Sofea

Novel Adam & Hawa-Aisya Sofea

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel Adam & Hawa-Aisya Sofea ini antara novel yang best pernah saya baca. Semua kawan2 saya yang baca juga kata best. Tengoklah tepi covel novel saya tu. Dah berlipat2 sebab banyak tangan yang pegang. Biasalah novel best, mesti ramai yang pinjam.

Jalan cerita novel Adam & Hawa-Aisya Sofea ini memang berbeza dengan novel dia sebelum ini cuma saya  perasan Aisya Sofea kalau nak buat novel kebanyakannya hero dengan heroin mesti berpisah lama lepas tu baru jumpa balik. Contoh macam novel 'Kau Untukku' dan 'Sehangat Asmara'. Trade-mark dia agaknya. Tapi oklah, sekurang2nya dapat mengukur kesetian pasangan tersebut.


Saya suka sangat hero novel Adam & Hawa-Aisya Sofea ini. Pilot, macam hero dalam novel 'Manisnya Cinta (Anis Ayuni) terbangkan airbush lagi. Bertuah Ain tu dapat hero macam Am tu. Tapi malang sikit untuk Am sebab dapat Ain yang kepala degil dan mengada2. Nak aje bagi sebijik penampar pada si Ain tu. Mujurlah Am lelaki setia.


Sinopsis novel Adam & Hawa-Aisya Sofea  (belakang novel...nak buat sendiri, malaslah pula. copy paste dari alaf21)

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam pakza dan tanpa rela.


Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?


Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

Monday, July 27, 2009

Novel Kau Untukku-Aisya Sofea

Novel Kau Untukku-Aisya Sofea

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel Kau Untukku-Aisya Sofea ini merupakan novel2 terawal yang saya miliki (27.12.2001). Saya lekat slotep di tepi cover, taklah tepi2nya tu rosak atau berlipat. Biasalah kalau banyak tangan yang pegangkan. Saya suka novel Kau Untukku-Aisya Sofea ini, suka watak Fuad yang sombong2 dan ek gila tu. Kasar sangat dengan orang lain. tTpi dengan Maira, dia layan baik pula!

Sinopsis Novel Kau Untukku-Aisya Sofea

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, manum perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?

Tapi ending, Maira dapat juga bersama dengan Fuad. Sebenarnya novel ni agak panjang dan banyak juga babak yang menarik terutamanya masa Maira tolong jahit butang baju boss dia di office. K, bye.