Saturday, June 25, 2011

personal taste (개인의 취향)

personal taste (개인의 취향)

synopsis:

Jinho Jeon, a budding architect, is a straight guy who pretends to be gay in order to become roommate to Gae In Park, the owner of a mysterious house that has never been opened to outsiders.
His hobbies include organization and ironing, and he’s known for his stoic poker face. He’s a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out women’s feelings. Gae In is very trusting, which people take advantage of constantly.

However, that doesn’t stop her from giving people the benefit of doubt and Jin Ho is no different. How will Gae In react when she finds out that her gay roommate is not actually gay at all and that he has fallen for her?


personal taste (개인의 취향)

p/s: will be aired on 8tv every Monday to Friday, 8.30pm to 9.30pm starting 29th June 2011

gambar & sinopsis sumber : google


Friday, June 24, 2011

hari-hari dalam islam

Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi s.a.w


Jumaat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.


Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.


Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.


Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.


Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.


Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.


Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.


credits to http://tazkirahs.blogspot.com

Thursday, June 23, 2011

tudung


gambar hiasan. tudung sebenar belum ambik gambar lagi

awal pagi lagi aku sudah belek2 tudung kiriman my sis leenda. sebenarnya tudung tu dapat semalam tapi oleh kerana semalam 1 kg black-out so, tak dapatlah belek2 tudung tu. gelap cuma guna lilin je.

apa pun terima kasih banyak2 atas kiriman tudung tu, cantik...i like yang colour oren tu. raya kali ni mahu cuba warna2 yang tidak pernah aku cuba macam oren, hijau...or apa2 saja yang tak pernah cuba. satu experimen lah konon2nya ni...hihihi. luv leenda...


Wednesday, June 22, 2011

tukar wajah blog

untuk kali yang ke 4, aku tukar lagi wajah blog 'the facts of life' ini. aku ni cepat sangat bosan dengan apa yang aku tengok. asal bosan gatallah tangan nak tukar background lagi. kalau jumpa template yang cantik2 pun, cepat je aku nak cuba smua template2 tu.

wajah baru ni, entah bertahan sampai berapa hari or minggu. harap2 lah bertahan sampai sebulan dua. kadang2 rasa malas juga nak tukar2. paling malas nak pasang iklan nuff semula. sekarang ni pun aku belum pasang iklan nuff tu semula (utk di header dan petikan catatan)...nanti2 la.


ini bertahan beberapa hari saja...hehehehe





Tuesday, June 21, 2011

erti disebalik kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya...? Tidakkah ia sama dengan penipuan...? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan... Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya... Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan...


Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan...

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan... Tawakal dan redha lah...
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik...
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik...
Pilihan adalah di tangan anda…


Monday, June 20, 2011

tazkirah ringkas

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH



Sunday, June 19, 2011

yang pernah menjadi kegemaran ku

aku rasa semua orang pun ada makanan favourite masa zaman budak2 dulu. terutamanya makanan ringan macam keropok dan gula2. dulu2 makanan ringan tak banyak sangat. kiranya pilihan terhadlah juga.

kalau yang membesar zaman 80an dulu memang semestinya tahu gula2 getah ni. dulu2 orang tak sebut gula2 getah tapi 'singgam'. ada satu jenis lagi gula2 singgam yang top masa aku sekolah dulu. bentuknya 4segi panjang. balutannya ada warna kuning, hijau dan garisan2 putih. memang suka makanlah singgam tu. dah habis manis mulalah tiup or bagi letup2 dalam mulut.

ini sugus...teringat iklannya dulu2. aku suka rasanya tapi yang tak bestnya sugus ni lembut cepat sangat habis dikunyah.

tadaaaaaaa....aku rasa ramai orang suka makan ni. dulu2 ada keropok ikan yang rupa sama dengan tasen. aku suka sangat keropok tu. tapi sekarang dah takde jual lagi. sebagai gantinya aku pilih tasen. kalau makan rasa lupa dunia kejap. lagi2 kalau makan sambil tengok tv...memang tak sedar habis berbungkus2!

keropok ring2 yang aku suka dulu tu nama dia golden ring, pembungkusnya biru muda. aku cuba google tapi tak jumpa. cuma dapat super ring je. kira hampir sama lah juga rasa dan rupa keropok tu.

terus-terang ini satu2nya gula2 yang aku tak suka. tapi aku upload juga di sini sebab mengingatkan zaman kanak2 ku dulu. lagi satu, kedua2 my sis pernah menjual gula2 ni masa sekolah dulu. aku tak sebeb masih tak pandai kira duit masa tu...hihihi

ini favourite aku dengan best friend masa form 5 dulu. selalu kalau ada latihan sukan di sebelah petang, tak sempatlah nak balik rumah sebeb jauh. so, habis waktu sekolah melepak lah bawah pokok sambil makan kek hiro ni sementara tunggu waktu latihan. wah! rindu sangat saat2 tu.

haahaha...ini lagi sedap...dan aku memang tak boleh lupa sebeb my parents selalu beli lepas tu simpan atas alamri. simpan tinggi2 bagi mengelakkan kita adik-beradik makan sekaligus. tapi tinggi macam mana pun my sis yang dua tu tetap nak ambik juga. so, mereka panjat almari yang tinggi tu dan bantai coklat2 cute ni. entah silap apa, masa tu salah seorang dari mereka jatuh ke bawah! hah, nangis...nasib baik my sis tak pengsan (tapi memang suara dah tak boleh keluar hihihi). tu padahnya curi2 makan.

ini...tengok gambar pun rasa berliur sangat. memang kesukaan semua oranglah masa tu. paling tak lupa gula2 ni selain sedap, dia ada kertas2 jernih yang boleh makan juga. hihihi memang sedap rasanya...gula2 arnab.

masa sekolah dulu, asam2 ni kitaorg sebut 'duit2'...memang suka makan juga. sampai sekarang ada jual tapi rasanya tak sesedap yang dulu.

ini pun aku suka...agar2 kering atau jeli kering ke namanya. sampai sekarang pun suka makan lagi...hihihhi.

actually banyak lagi makanan yang aku suka dulu. tapi sayang tak jumpa gambarnya masa google tadi. nak cari makanan2 ni sekarang memang susah sikitlah. jarang ada jual lagi. kalau ada pun rasanya semacam je...tak sedap macam dulu. bentuk pun nampak lagi kecil dan bungkusan pun dah baru.

semua gambar sumber : google


Thursday, June 16, 2011

kewajipan membayar hutang

sumber : google

Sebahagian orang menganggap berhutang itu adalah perkara biasa, ringan dan mudah sehingga mereka berani berhutang semaksima mungkin tanpa memikirkan dengan sungguh-sungguh mengapa perlu berhutang dan kesan daripadanya tidak mampu untuk membayar pada masa yang ditetapkan.

Dalam hal hutang ini, Rasulullah SAW sangat tidak menyukai orang Islam yang berhutang. Sebab hutang itu adalah merupakan kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari. Justeru itu Rasulullah SAW selalu meminta perlindungan kepada Allah dari berhutang. Doa Baginda itu berbunyi yang maksudnya:

"Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada dilanda hutang dan kekuasaan orang lain." (Hadis riwayat Bukhari).

Apabila Rasulullah SAW ditanya mengapa Baginda banyak meminta perlindungaan daripada berhutang, Baginda menjawab Maksudnya: "Kerana kalau seseorang itu berhutang, apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia mungkir."

Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap hutang piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Berdasarkan hakikat ini, Islam menasihatkan setiap muslim agar menghindarkan diri daripada berhutang kecuali kerana sangat memerlukan. Kalaupun dia terpaksa berhutang, dia hendaklah berniat dan berazam untuk membayar hutang berkenaan. Bukanlah dengan sewenang-wenangnya berhutang. Apatah lagi jika berhutang dengan niat ingin menangguh-nangguhkannya. Akan lebih jahat lagi jika tidak membayar hutang berkenaan.

Rasulullah SAW ada menjelaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya : "Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakan dia." (Riwayat Imam Bukhari).

Menurut ajaran Islam, hutang itu wajib dibayar dengan segera. Orang yang berniat tidak akan membayar hutangnya adalah melakukan dosa besar. Ibn Hajar al-Haithami Rahimahullah dalam kitabnya Al-Zawajir menyebutkan bahawa dosa besar yang kedua ratus lima dan dua ratus enam ialah : "Orang yang berhutang dengan niat tidak akan membayarnya atau berhutang dengan tidak ada harapan untuk membayarnya sekira-kira dia tidak terpaksa sangat untuk berhutang dan tidak ada baginya suatu jalan nyata yang membolehkan dia membayar hutangnya dan orang yang memberi hutang pula tidak mengetahui hal orang berhutang itu."
Menurut kenyataan dalam sebuah hadis, orang yang enggan membayar hutang itu dianggap sebagai pencuri. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri." (Hadis riwayat Ibn Majah dan Baihaqi).

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Thabarani dalam Al-Saghir dan Al-Awshat dengan sanat perawi-perawinya yang tsiqah menyatakan bahawa orang yang enggan membayar hutang telah menipu sehingga dia mengambil wang dan harta orang yang menghutanginya. Jika dia mati dalam keadaan dia tidak membayar hutangnya, dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri.

Imam Ahmad, Al-Nasa’i dan Al-Hakim yang mensahihkan riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudriy RA yang maksudnya : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Aku berlindung dengan Allah daripada kekufuran dan hutang. Lalu berkata seorang lelaki : " Wahai Rasulullah! Adakah setanding hutang itu dengan kufur?" Sabda Rasulullah SAW : "Ya!"

Dari itu, selaku orang-orang yang beriman, jika kita berhutang hendaklah dijelaskan kepada orang yang memberi hutang supaya kita terhindar daripada segala kemurkaan Allah Subhanahu wataala dan balasan buruk kerana menanggung hutang sepertimana yang diterangkan di atas.

credits to http://rosnizarzakaria.blogspot.com


Wednesday, June 15, 2011

dosa mengumpat


Surah Al-Humazah (سورة الهمزة) adalah surat ke-104 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 9 ayat dan tergolong pada surah makiyyah. Kata Al Humazah bererti pengumpat dan diambil dari ayat pertama surat ini.

Isi kandungan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.
Terjemahan ayat
1.وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,2.الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,3.يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya,4.كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah5.وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?6.نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,7.الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ yang (membakar) sampai ke hati.8.إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,9.فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud ;
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(HadisRiwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W.: Bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasullullah S.A.W.: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasullullah S.A.W.: Bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi." (Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)
Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
credits to http://arrahman055.blogspot.com

Sunday, June 12, 2011

konsert kenangan AFnil

sumber : google

semalam tengok konsert kenangan AFnil ni..seronoklah juga sebab dapat tengok pelajar2 af sebelum2 ni. kalau nak banding af yang lepas2 dengan af9 ni, aku lagi suka af yang lepas2...especially af4 dan af5. konsert tadi merangkumkan 9 pelajar dari musim af1-af9.

untuk af1, rosma yang nampak cute sangat. dulu dalam af1 aku tak nampak sebab kat rumah takde astro. ok juga persembahan dia. zarina pula mewakili af2 dengan lagu dangdutnya. zarina juga yang menang kereta pesona.
pada akulah, aku tak enjoy pun persembahan zarina. biasa2 saja...takde yang menarik pun. kalau nak banding, persembahan diddy, ain, rosma lagi nampak bersungguh2 dan menarik. tapi...tak tahulah kenapa zarina yang dipilih.
af3 diwakili oleh kefli. masa af3, aku suka juga dia ni sebab suara dia kira mantap jugalah masa tu. tapi tadi....ya ampun, hancur lagu faizal tahir dibuatnya. macam ayam berkokok pun ada. macam orang mabuk melalak pun ada. entah apa kena dia tu. af4, diddy dengan lagu biar bulan berbicara. kay pun ada naik ke pentas juga. sampai pak nil banyak mengalirkan air mata masa tu.
af5...hahaha...ni yang aku suka sebab team produksi pilih shawal sebagai wakil. wah! rindu sangat nak tengok dia nyanyi. teringat zaman2 af5....masa dia nyanyi lagu 'harapan'...huhuhu. tapi paling syok, diari lah. suka dengan keletah dan kenakalannya dengan noni. sweet couple lah masa tu...minah jepun dengan mamat korea fans dorang gelar.

sumber : google

aku memang suka la 'shanon' masa tu...enjoy je tengok diari waktu tu. tadi shawal bawa lagu krispatih 'bukan aku'. noni tiba2 muncul...seronok sangat tapi sayangnya kejap je. patut bagi peluanglah mereka berduet ke...tepuk amai2 ke....hahahaha....over pula aku ni...kikikikiki
untuk af6, ika pula yang dipilih...aku malas tengok budak ni ek semacam je. entah kenapa dia boleh dipilih. macamlah takde pelajar lain. mama rina, stanley dan lyana kan ada. pasal tak bagi peluang pada mereka. ni si budak tadika tu pula! argggghhhh...part ni aku memang tak puas hati.
af7, aku memang puas hati sebab zizi...tapi kalau betul2 pilihan yang best...rubisa lagi aku suka. apa pun ok jugalah persembahan zizi tadi. af8 pula ain...ni lagi yang aku suka. sedih sangat2 masa tengok dia tersingkir tahun lepas. tak dapat lupakan masa dia buat persembahan lagu 'kawan' tu. best sangat...
raqib af9, rasa macam baru sangat...biasa2 je. masa clip raqib ditayangkan, baru aku perasan dia ada bawa lagu sofaz (lagu tema nora elena)...aku tak tahu tajuk lagu tu. hahaha...nampak sangat aku memang tak pernah ambik perhatian pada budak alim ni masa dia masih dalam af9!
aku rasa lepas ni mesti semua orang aka rindu af...sana sini cakap benci af, tapi tengok af juga...huh! cakap tak serupa bikin! walaupun af cuma hiburan semata2 tapi sekurang2nya menceriakan juga bila tengok macam kejutan. tapi untuk af9 ni segala kejutan tak ada makna langsung. semua nampak dirancang.
tengoklah 9pm nanti konsert finale...dah sah2 juara seperti yang dirancang fina dan hazama. lena dan azri cuma buat syarat je...kesian. tapi apa pun lena dan azri, 2 pelajar yang sebenar...nampak bersungguh2 dalam persembahan.
selamat tinggal af...

Friday, June 10, 2011

personal taste (개인의 취향)-Gaeinui Chwihyang


personal taste (개인의 취향)-Gaeinui Chwihyang


... is the latest TV series of our charming -- Lee Min Ho.

Can you still remember the time when you can't stop giggling over Goo Jun Pyo? That adorable leader of F4 in Boys Over Flowers? Well, fret no more for he will be back in your television screen soon.

Personal Taste or Perfect Match (Philippine title) will be shown in different countries across Asia.

In this TV Series, Lee Min Ho was paired with the lovely, Son Yeh Jin -- that very girl in the movie, The Classic. If you've missed The Classic, maybe you've heard her movie, A Moment to Remember.


"Personal Preference" -- based on a novel of the same title by Korean writer Lee Sae-in, is about a man pretending to be a gay in order to become roommates with a woman who wants to live with a gay male friend.


personal taste (개인의 취향)-Gaeinui Chwihyang

synopsis:

Park Gae In is a furniture designer in her mid twenties and is the only daughter of a well-respected professor in the construction industry. As a young CEO of the hip furniture brand marketed for singles, 'Moon', Park is a troublemaker who is all over the place and naively trusts people too easily hence suffers heartaches but never manages to lose her cool spirit.

With the hopes of befriending a gay friend, Ge-In coincidentally befriends and lives with Jeon Jin Ho (played by Lee Min Ho), whom she thinks is gay, and their interaction brings joy to the screen. Through this, Gae In's frustration of being single disappears and she finds her femininity and grows into a more sophisticated mature woman.

gambar & sinopsis sumber : google



Wednesday, June 1, 2011

kawan makan kawan


sumber : google

aku rasa down la pula hari ni. tak sangka, dalam ketawa dan bergurau senda dengan dia...rupa2nya dalam diam2 dia menjadikan aku bahan umpatan dengan rakan2 lain.

huhuhu...apa punya kawan macam ini. betul2 aku respek sebab dia baik dan nampak alim, rupanya mulut masih tak ubah2 dari zaman sekolah dulu. sakit jiwa aku ada kawan perangai macam tu.

sumber : google

suka2 hati je mengata orang lain dan kawan2 yang lain pun 2x5 juga tumpang 2 kaki mengumpat sama. perempuan tak cukup, lelaki pun sama kaki mengumpat dan mengutuk tahap gaban. langsung tak sedar diri kain sendiri pun koyak rabak!
kadang2 rasa mahu lari dan tinggal di negara lain...cari kawan lain yang punya hati bersih.