Novel Gelora-Ma Lee Chuswan
Assalamualaikum? Holla, blog!
Kali ni entry saya tentang novel Gelora-Ma Lee Chuswan. Novel ni novel lama. Sekitar tahun 90an, terbitan karangkraf (masa ni novel semua nipis sahaja). Saya conteng cover tu sebab tak suka tengok gambar perempuan tu. Novel ni ada diterbitkan semula dengan cover baru yang simple.
Novel Gelora-Ma Lee Chuswan ni mengisahkan tentang Mila Nur Adam yang bersengketa dengan Adam, anak angkat ibubapa Mila. Mila ni tak suka Adam, lebih2 lagi bila dia dah kerja di syarikat bapa Mila. Adam pula bos dan mereka sering bertengkar tak kiralah di office atau rumah. Lepas tu bapa Mila tunaikan wasiat arwah mak Mila yang mahu Adam kahwin dengan Mila. Adam setuju tapi Mila tak sebab dia benci Adam. Tapi bila bapa Mila sakit akhirnya Mila setuju juga.
Lepas kahwin pun mereka tetap gaduh dan cuma pura2 depan bapa Mila saja. Mila tuduh Adam kahwin dengan dia sebab mahu bolot harta mereka. Adam yang marah masa tu terus mengaku dia memang nak harta. Lagilah Mila benci dekat Adam. Lepas tu bapa Mila pula mati sebab sakit jantung bila Zurina beritahu tentang hakikat perkahwinan Mila dan Adam. Zurina ni sepupu Mila yang sejak dulu memusuhi Mila.
Zurina juga mengaku dia yang tulis surat cinta dan bagi gambar seksi Mila pada Adam masa Mila di sekolah menengah dulu. Masa tu sampai kecoh, Mila malu dan Adam pula fikir Mila memang gilakan dia. Itulah yang buat Mila benci Adam sampai sekarang. Adam pula fikir Mila ni bermasalah dan cuba membimbing Mila ke jalan lurus semula. Tu yang dia cuba jaga segala tingkah-laku Mila masa Mila belajar di luar negara dulu.
Zurina juga sakit hati sebab Adam memang cintakan Mila tapi sebab status dia anak angkat membuat dia membataskan perasaannya. Ayah Mila pun pernah cakap hal tu tapi benci Mila menutup fikiran rasional Mila. Zurina mati kemalangan dan insaf tapi dia tak sempat minta maaf dengan Adam. Adam yang kecewa hilangkan diri. Dia juga kecewa bila tahu surat2 dulu bukan Mila yang tulis sedangkan surat itulah yang buat dia membina impian. Mila dah sedar dan rasa bersalah dengan Adam. Syarikat pun kucar kacir sebab Adam dah serahkan semua pada Mila.
Mila hilang kecerian hidup...hinggalah satu hari tu, Suzie temukan Mila dengan Adam semula. Lepas sesi soal menjawab dan pengakuan, mereka akhirnya berbaik semula. the end...
Komen ringkas saya, novel ini memang best. Ada konflik tapi ringkas aje cara penyampaiannya. Mungkin itu cara novel lama dulu. Kalau novel sekarang terperinci habis konfliknya, sampai rasa bosan pun ada nak baca konflik yang panjang berjela2 sedangkan isu sebenarnya ringan aje. Saje agaknya nak bagi novel tebal. Oh, berbalik pasal novel Gelora-Ma Lee Chuswan ni, saya suka juga nama Mila Nur Adam tu...nama tu pun ibupa Mila ambil sempena nama Adam. Hihi..sesuailah gitu. Nampak sangat mereka memang sayang sangat dengan Adam. Bertuah Adam dapat mak bapa angkat baik macam tu. Ok, bye.
1 comment:
Love this book too.. Tapi saya beli version baru.. Had almost all books from Ma Lee Chuswan.. How I wish she start writting semula.. Rindu dengan gaya penulisan dia yang bersahaja tapi touching feeling jiwang2 gitu :)
Post a Comment