Tuesday, February 8, 2011

novel kisah kasih-kreisya reisya


novel kisah kasih-kreisya reisya

Novel kisah kasih-kreisya reisya :  Ini novel alaf yang kedua aku beli. 8hb mei 2000...ingat tarikh beli sebab ada catat dalam buku ni. mula2 baca sinopsis dah rasa best sangat jalan ceritanya. kebetulan aku pun memang suka cerita yang ala2 cinderella ni.

Novel kisah kasih~Kreisya Reisya ni tentang puteri farahdika yang kecewa selepas ditinggalkan oleh radzi. farah kemudian berkenalan dengan syah E yang juga bekerja di bangunan yang sama dengan farah. masa kecewa dengan radzi dulu, farah ada ikut satu peraduan 'the search of cinderella' yang dianjurkan oleh pengeluaran kasut ternama. farah dah lupa tentang tu hinggalah dia diberitahu menjadi pemenang utama peraduan itu.

farah memenangi pakej menginap di hotel mewah di kl. dalam majlis tari menari, syah E juga turut sama menemani tunang abangnya. masa tu farah diperkenalkan dengan naim. tapi kemudian farah ternampak radzi dan perasaan kecewa kembali terasa. farah kemudian lari meninggalkan majlis itu, hinggakan sebelah kasutnya tercicir.

kemudian naim melamar farah. atas nasihat syah E, farah meletakkan syarat agar naim mencari kasutnya yang hilang masa di kl dulu. ibu farah marah dan menganggap farah masih tidak matang. masa bertengkar dengan ibunya, hal tentang radzi mula terungkit. masa tu barulah farah tahu kenapa radzi tinggalkan dia. radzi menganggapnya tidak dewasa!

farah kemudian terkejut, bila ada rombongan datang membawa sebelah kasutnya yang hilang dulu. farah panik ingatkan itu rombongan naim. nasib baik itu gurauan dari syah E. naim sudah lama tarik diri pun. farah marah pada syah E yang sering buat perkara2 yang mencabar kesabarannya. tapi syah E jugalah yang banyak membantunya bila dilanda masalah.


novel kisah kasih-kreisya reisya

kemudian syah E melamar farah dan masa tu juga farah baru tahu siapa syah E sebenarnya. syah E sudah lama kenal farah sejak farah masih bersama dengan radzi lagi. farah kemudian meletakkan syarat agar syah E tidak menghubunginya selama setahun. mereka juga tidak boleh bertemu. farah fikir, syah E akan menolak syarat itu sebab dia tiada perasaan pada lelaki itu. tapi ternyata tidak, syah E setuju dengan syarat itu.

setahun berlalu, farah pula yang ternanti2kan kehadiran syah E. nasib baik syah E jenis yang setia pada cinta. akhirnya dia datang juga menemui farah untuk melamar. happy ending lor...

p/s~ suka sangat dengan syah E 

No comments: