Sunday, February 20, 2011

Novel Puteri Cinta-Kreisya Reisya

Novel Puteri Cinta-Kreisya Reisya

Assalamulaikum? Holla, blog!

Novel puteri cinta-kreisya reisya ini merupakan novel kreisya yang ke 5 dengan Alaf21 selepas novel Kisah Kasih, Cinta Marissa, Sedetik Cinta dan Indahnya Kasih. Saya suka novel ni sebab banyak dialog yang menggelikan hati. Sikap Kristal yang suka berangan itu pun sering buat saya ketawa sendiri.

Novel puteri cinta-kreisya reisya ini mengisahkan tentang Kristal yang hidup tersisih dari keluarganya. Ibubapa kristal dan adik-beradiknya tidak sukakan Kristal yang lebih suka hidup sederhana dan mengikut kehendaknya sendiri, bukannya diatur oleh keluarganya.

Kristal berkawan baik dengan melur, Ashman dan Ardaiee di tempat kerja. Tanpa sengaja, kristal mula terlibat dengan masalah Melur yang bercinta dengan suami orang (Noel). Hinggakan Melur terlibat dengan krisis keluarga kaya itu. Kristal juga berkenalan dengan Alberto lelaki yang cukup kelakar dan sering membuat perkara yang tak dijangka. Alberto menyukai Kristal tapi Kristal pula lebih menganggap lelaki itu teman baik saja.

Kristal bertemu semula dengan Farish Daniel, bekas kekasihnya. Melur pula, akhirnya berkahwin dengan Noel. Kristal mengalami tekanan perasaan bila ibubapa meninggal dunia. Kristal kecewa bila adik-beradiknya merahsiakan hal itu. Dia cuma sempat bertemu dengan ayahnya. Itu pun dia dituduh penyebab ayahnya mati.

Selepas itu, Kristal dapat berita yang Melur sudah tiada. Selama ini Melur sakit dan dijangka hidup tidak lama sebab itu Melur dan Noel berkahwin jauh dari keluarga Melur. Tekanan perasaan Kristal bertambah bila Farish Daniel juga meninggal dunia. Dia kehilangan semangat untuk hidup.

Dalam dia sakit tu, Tengku Is abang Melur banyak membantunya bangkit dari semua itu. Setiap hari dia baca surat2 Melur kepada Kristal....yang ditulis oleh Melur sebelum dia meninggal dunia. Dari situlah Kristal dapat kekuatan untuk bangkit semula. Alberto pula jatuh cinta dengan Fatimah Zahra sepupu Kristal.

Apakah kesudahannya? Kalau nak tahu, dapatkan novel Puteri Cinta-Kreisya Reisya ini. Ok, bye.

No comments: