sumber : google
sebaik je bangun pagi tadi, aku terus bertekad mahu jaga kesihatan. mahu jaga pemakanan dan rajin2 bersenam. lepas tu aku bertekad mahu kurang-kurangkan (kalau boleh buang semuanya) sifat amarah yang melampau-lampau dalam diri aku ni. aku mahu didik hatiku jadi seorang yang penyabar dan tenang tiap kali dilanda masalah-masalah yang menguji tahap kesabaran.
aku juga mahu happy2 sentiasa biarpun fikiran kusut masai. mahu banyak ketawa dan hiburkan hati agar tidak stress lagi. tengok rajalawak...tengok sitcom lucu2 di 711...biar ketawa sampai pecah perut. opss! telebih suda...!
kenapa aku tiba2 bertekad macam ni? semua kerana berita yang aku dapat semalam. masa layan fb, ada kawan yang bagitahu...seorang rakan fb kami di masukkan di hospital sejak malam kelamrin. dia koma dan doktor cakap pembuluh darah di kepalanya pecah. kemungkinan dia ada darah tinggi masa tu.
aku memang terkejut bila tahu hal ni. aku memang tak kenal dia tu, memang satu sekolah dan sama tahun tapi aku betul2 tak ingat dia yang mana satu masa sekolah dulu. maklumlah dah bertahun2 tinggalkan bangku sekolah mana nak ingat rakan-rakan sekolah lagi. tengok pic dia di fb pun memang tak cam. tapi bila tahu musibah macam ni menimpah dia, rasa sangat simpati. tiada apa yang aku boleh buat selain hanya berdoa, moga Allah memberi kesembuhan pada kawan aku tu. amiiin...
mungkin apa yang berlaku pada kawan aku tu sudah ditakdirkan olehNYA. mungkin juga darah tinggi itu kebetulan saja. tetapi tidak salah kalau kita ambil iktibar di sebalik semua itu. perlu jaga permakanan terutamanya makanan yang mengandungi garam dan lemak. kalau boleh dikurangkan atau tidak ambil langsung.
bersenam, kena rajin...jangan malas. penyakit2 macam ni selalu hinggap di badan manusia pemalas dan makan ikut nafsu. dan kadang2 ianya tak kenal tua atau muda.
jadi, bertekadlah...aku mesti jaga apa yang aku makan lepas ni. makan rebus2 pun tak apa...janji sihat. harap2 ini tersemat dalam hati dan otak aku sampai bila2, bukan hari ni saja! opss, aku hampir lupa...makan banyak sayur dan buah-buahan!
No comments:
Post a Comment