Saturday, February 5, 2011

novel oh novel



aku memang suka novel sejak dulu lagi. masa sekolah rendah memang dah minat baca buku cerita kanak-kanak. aku masih ingat buku cerita yang aku suka masa tu...tajuknya aku dah tak ingat tapi kisah tentang putera kamaruzaman yang tak nak kahwin.

tapi satu malam dia bermimpi bertemu dengan puteri cantik. puteri tu pun tak mahu berkahwin. tapi dalam mimpi tu mereka jatuh cinta. lebih kurang macam tulah jalan ceritanya.

lagi satu masa sekolah rendah pun aku suka baca buku2 siri salma. satu buku yang aku baca berulang2 tajuknya misteri rumah tumpangan. kalaulah ada buku2 ni dijual, aku memang nak beli semuanya untuk koleksi. agak2 ada siapa yang jual tak?

lagi satu aku juga suka baca buku seri melur. buku ni bersiri2 juga dari tahun pertama sampai tahun terakhir di sekolah seri melur tu. pendek kata semua buku2 enid blyton menjadi kegemaran aku masa tu. sampai sekarang pun masih suka juga...hehehe.



masa darjah 6 pun aku dah mula curi2 baca novel cinta kakak aku. kalau dia tahu mesti dia marah dan tak bagi aku baca. tu pasal curi2 je...hehehe...tapi aku rasa novel2 remaja dulu memang best. kebanyakan novel remaja dari luar negara memang best2.

bila dah sekolah menengah, dah kira lulus kalau nak baca novel2 cinta...hehehe. kakak dan sepupu memang banyak beli novel cinta2 masa tu. aku pun ada juga beli 1,2 novel cinta remaja masa tu.

tak banyak sangat beli sebab duit tak banyak, masa tu masih sekolah...duit pun cukup untuk belanja sekolah je. selalu pinjam buku kawan2 juga. tapi sayangnya novel2 lama aku tu, satu pun tak ada dikembalikan.

tak tahulah siapa yang pinjam. bila tanya, semua tak tahu...menyesal bagi pinjam. hmm, bukan rezeki aku simpan buku2 tu buat koleksi...tinggal kenangan dalam minda je lah.

sekarang ni aku lebih banyak beli novel2 alaf...terbitan lain pun ada juga cuma tak banyak sebab kadang2 ada novel yang langsung tak best. tapi bukan bermakna novel alaf semua best...ada juga yang biasa2 je jalan ceritanya.



No comments: