Showing posts with label sinopsis novel. Show all posts
Showing posts with label sinopsis novel. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

Novel Gadis Edis Terhad-Rin Ahmad

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 Novel Gadis Edis Terhad-Rin Ahmad

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Saya dah habis baca novel ini dan hanya ada lima perkataan yang keluar dari mulut saya selepas itu. Lima perkataan itu ialah...

1-Best
2-Best
3-Best
4-Best
5-Best
 
Hahaha...tak tipu, memang novel ini sangat besat. Novel Gadis Edisi Terhad-Rin Ahmad ini novel lama. Review dah banyak kat blog2 peminat tegar novel. Yang saya beli ni dah cetakan keempat. Tahu ajelah saya baru baca novel2 Rin Ahmad lewat bulan december 2014. Masa tu jumpa ARLUNA kat Eatons. Lepas baca terus tergolek2 suka pada karya penulis ni. Gigih cari dan order novel2 dia yang lain.

Balik cakap pasal GET, saya memang suka habis novel ni. Dalam hati asyik tertanya "Kenapalah sebelum ni aku tak jumpa novel GET ni?" Novel ni best sangat sebab Fareez ni cara dia lain sikit, tak romantik tapi buat benda yang sweet dan melekat dalam jiwa terus. Banyak part saya suka dalam novel ni, Kelakar masa atuk Syed berpantun2 tu. Sampai terjangkit kat Fareez dan tak pasal2 si Jasmeen pun dah terberpantun hahaha. 

Saya gelak aje masa Fareez nyanyi lagu Sofaz lepas cinta dia diterima oleh Jasmeen. Yang buat saya tersengih sebab Jasmeen cakap dalam hati, Fareez nyanyi sumbang hehe. Bab kupon2 tu sangatlah sweet. Tak pernah dibuat orang...nak lagi si Fareez siap buat blog untuk Jasmeen lagi. Aduiii naaa...memang buat organ cair! Serius saya terus aje google iamcrazyjf.blogspot.com itu. Terbutang mata kejap, blog tu memang wujud! 

Dalam novel ni saya tak berapa suka Gina kahwin dengan Iqmal. Bagi saya Iqmal terlalu baik kalau nak dipasangkan dengan Gina. Harus Gina kahwin dengan Ziqi aje. Iqmal temukan jodoh dengan mana2 kawan Miza atau Arafa. Diya dengan Jalil pun saya tak setuju. Kesian Jalili...diakan dah ada gf kat KL. Gina dan Diya wajib kahwin dengan Ziqi aje...biar bermadu...baru meletop!




Kalau lepas baca BIMBO saya asyik cakap bimbo dan astalavista, lepas baca GET saya asyik cakap 'walawei' pulak...hahaha. Jangan lupa beli novel Gadis Edisi Terhad-Rin Ahmad ini. Untuk awal 2015, inilah novel yang terbest saya pernah baca. Ok, bye.


Tuesday, January 6, 2015

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Holla, blog!

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil novel ke 2 yang saya baca untuk tahun 2015. Saya mula baca beberapa hari yang lepas tapi baru semalam dapat habiskannya. Saya kena buat kerja lain, tak bolehlah asyik baca novel aje, kan. Ok, saya malas nak cakap benda lain, saya cuma nak cakap yang saya suka Encik Han! Dan saya juga suka Encik Onn!!!

Hehe...saya sebenarnya tak pernah baca novel2 karya Syamnuriezmil. Ini kali pertama tapi sebelum ini saya pernah follow fanpage dia dan pernah terbaca sedikit teaser novel PA Untuk Dia- Syamnuriezmil. Tapi saya ingatkan tu cuma cerpen. Masa jumpa buku ini di Times hari tu, terus tengok sinopsis di belakang. Onn dan Han...terus ingat teaser yang saya baca dulu. Tanpa buang masa, terus aje beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini. 

Saya follow fp penulis ini dan pernah juga baca blog dia di wordpress tapi lepas saya tutup fb, dah tak follow lagi. Blog dia pun saya lupa bookmark. Nanti lepas ini nak cari balik blog dia. Masa kat Harris ada juga jumpa buku dia ini tapi lupa tajuk apa. Saya tak beli sebab tengok sinopsis macam kahwin paksa. Saya dah jemu baca novel kahwin paksa...nak novel yang KAHWIN RELA aje hehe.

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini mengisahkan tentang Yara yang bekerja sebagai PA kepada Encik Han. Sebelum ini dia PA ayah Encik Han. Mula-mula Encik Han ini memang menjengkilkan tapi lama-lama buat orang melting pulak. Dalam masa yang sama Yara berkawan dengan Onn, pemilik kedai kopi tempat Yara selalu beli kopi dan teh untuk bosnya. Onn dah lama usha Yara, setahun dia letak nombor telefon di cawan yang dia sediakan untuk Yara setiap pagi. Hanya lepas jumpa Onn di majlis kahwin mak su dia, barulah Yara kawan dengan Onn. Onn masa tu jadi pengapit suami mak su Yara. 

Yara kemudian booking diri dia untuk Onn. Semua ini sebab Yara tahu yang Encik Han tipu dia. Yara ada buat perjanjian, kalau Cik D terima lamaran Encik Han, Yara kena ikut ke Kalimantan. Family Yara yakin yang Encik Han sebenarnya suka Yara. Sebab tu sanggup tipu agar Yara ikut ke Kalimantan. Di sana hubungan dorang jadi rapat. Encik Han sedarkan Yara yang dia sebenarnya tak cintakan Onn pun. 

Masa nak balik ke Malaysia, Encik Han suruh Yara taipkan luahan hati dia. Encik Han cakap, Yara taip. Encik Han dah lama suka Yara, setahun yang lalu juga. Baru dengar nama Yara, dia dah suka Yara. Dah kenal Yara, lagilah dia makin suka. Encik Han sangat selesa dengan Yara. Dia solat istihkara 3 malam berturut2, wajah Yara yang muncul dalam mimpi dia. Dia cintakan Yara. Lepas tu Encik Han suruh Yara print apa yang dia taip tu dan simpan dalam file. Sampai hotel Yara nangis.

Masa tu dia dah sedar dia memang sukakan Encik Han bukan Onn. Dia cuba cintakan Onn tapi rasa itu langsung tak ada. Dia terjanji pada Onn pun sebab Encik Han selalu kata Yara tipu diri sendiri. Paksa suka Onn dan bagi harapan palsu pada Onn. Masa nak naik flight pulang Malaysia. Yara tekad dan berterus-terang pada Encik Han yang dia terima cinta Encik Han. Siap bagi Encik Han cincin lagi. Cincin tu sepasang, satu Yara pakai.

Yara janji akan berterus-terang dengan Onn tapi keluar dari balai berlepas, Onn siap bagi kejutan. Dia lamar Yara. Masa tu Yara dah nak tolak tapi sebab masa tu ramai sangat orang tengok dan tentulah semua orang yang ada kat situ berharap Yara terima lamaran Onn itu. Encik Han pun cakap pada Yara, terima saja lamaran tu dan jangan malukan Onn. Encik Han faham macam mana lamaran kena tolak sebab tu dia rasa Yara harus terima. Nak pula dikhalayak ramai. Sudahnya Yara terima dan Encik Han terus beredar dari situ.

Yara nak tunang dah dengan Onn tapi dia sebenarnya cintakan Encik Han yang tak tunjuk muka lepas di airport itu. Yara sedih, bos dia pun dah tahu hal tu. Bos dia (ayah Encik Han) sangat2 sporting. Yara tak jadi tunang, Onn datang malam sebelum tu dan serahkan cincin tunang pada Yara. Onn kata, Encik Han yang sepatutnya dengan Yara. Onn nampak cincin yang Encik Han pakai tu sama dengan yang Yara pakai. Dia tahu dan faham yang Encik Han selayaknya dapat Yara. 

Yara kemudian nak mulakan kehidupan baru. Nak lupakan kisah cintanya yang sedih itu. Dia minta ditukarkan di Johor. Hari pertama daftar diri dengan bos baru, Yara memang berdebar tapi dia kuatkan semangat. Tempat baru, bos baru dan semangat baru...tup2 

"How fast can you type, Yara?"
"Encik Han?"
"You look...beautiful, more than usual." Dan dia senyum menyenget.
Glup!!!

Nak tahu apa yang Encik Han minta Yara taip kali kedua tu? Haa..kau kenalah beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini dan tengok muka surat 441-443. Dalam luahan tu juga, Encik Han ada cerita yang Onn jumpa dia dan tanya 'Yara ada 6 senyumankan?' Encik Han kata, tak Yara cuma ada 5 jenis senyuman. Then Onn terus cakap, Encik Han yang patut jaga Yara. 

Ok sebenarnya masa bertengkar-tengkar tu Encik Han ada cakap Yara ada 5 jenis senyuman. Yara sendiri tak sangka yang Encik Han begitu kenali dirinya. Masa dekat2 nak tunang dengan Onn dulu, Yara ada tanya Onn, yara ada berapa jenis ketawa. Onn jawap 1 aje.

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil  ini memang best sangat...banyak part saya suka dan buat saya senyum sendiri. Yara memang mulut tak tahu diam...nasiblah Encik Han sabar je melayan. Ada satu part tu saya ketawa, muka surat 343...

Apabila di dalam kereta, dia tersengguk-sengguk. Manalah tak mengantuk kalau malam kerjanya berjoli saja. Setiap kali kepala dia bersandar atas bahu aku, setiap kali itu juga aku tolak kepalanya ke arah lain. Kadang-kadang tertolak sampai terhantuk pada cermin. Lepas tu, Encik Han akan terjaga, terkejut sendiri. Masa tu, aku dah gelak guling-guling...Tapi dalam hatilah.

Jahat Yara, padahal dia selalu je tertidur dan sedap-sedap bersandar di dada Encik Han tapi Encik Han tak berkira pun. Yara memang sempoi...kelakar ya juga sebab selalu cakap Encik Han tu kambing!!!!!  Tapi dalam hatilah. 

Dalam saya rasa novel ni sangat sweet, sikit2 juga ada selit part sedih...semalam baca saya sempat nangis masa Encik Han luahkan isihati, yara taip tu...dan masa Onn dan Yara tak jadi tunang tu. Sedihnya, kesian dengan Onn. Jujurnya, mula baca cerita ni saya memang harap sangat Yara dengan Onn. Tapi makin lama baca, makin suka pula dengan Encik Han...tu yang saya rasa sedih. Saya memang cepat aje nangis kalau baca part yang sedih. Mungkin bagi orang lain part tu biasa aje tapi tak bagi saya. Mungkin juga sebab terlalu menghayati babak tu, kan.

Jangan lupa beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini. Best...tak rugi beli. Saya tabik habis dengan novelis ini, part lamar dan luah hati tu...mana saja dia dapat idea tu? Hehe...ok, mungkin cara Onn tu pernah orang buat (tapi saya memang tak pernah nampak lagi) tapi part luah hati dan minta maaf cara Encik Han tu memang rasanya tak pernah lagi dibuat orang. Kelakar je...bos luah perasan dan si PA tolong taip 

Lepas ini, nak cari novel2 Syamnuriezmil pula. Lepas Anis Ayuni, Kriesya Reisya, Rose Harissa, Farah Hussain, Anna Lee, Ratu Bulan, Rin Ahmad dan sekarang Syamnuriezmil pula. Makin bertambah novelis yang saya suka. Makin bertambahlah juga novel yang saya kena beli lepas ni... Oh Nyah, kopek duit Mak!


Monday, December 15, 2014

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
 
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Holla, blog!

Novel ni saya baru je beli hari sabtu lepas  (13 hb december). Saya masuk Eatons bukan nak beli novel pun tapi saja2 masuk untuk lengkapkan tawaf di CP. Selalu memang excited nak beli novel tapi sebab hujung tahun konon plan nak pergi jalan2, jadi kena jimat2lah. Tak mau dulu beli novel. Lagi pun, saya tak tertarik nak beli apa2 novel sekarang ni. Saya tunggu novel baru Farah Husain atau Anna Lee, Rose Harissa atau novelis lain yang saya minat. Tapi buat masa ni belum ada pula. Tak tahulah kalau tanpa pengetahuan saya, mereka ada novel baru. Saya ni nama aje follow blog atau fp dorang tapi nak tengok hari2, memang taklah. FB saya pun jarang berjenguk. Tu yang agak ketinggalan dengan apa2 saja perkembangan novelis yang top2 sekarang ni.

 Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best

Cakap pasal novel Arluna-Rin Ahmad ni. Saya memang tak sengaja jumpa buku ni dilonggokan novel di Eatons sabtu lepas. Lama saya kat situ semata-mata baca sinopsis kat kat belakang novel2 yang berlambak di rak buku kedai tu. Konon kalau terjumpa novel lama Rose Harissa (yang bukan keluaran ALAF21) memang saya nak beli juga. Kalau terjumpa novel Ratu Bulan pun (Prince Charming), saya akan pertimbangkan untuk beli. Tapi takde pula kat situ. Masa nak keluar, ternampak pula novel Arluna-Rin Ahmad ni. Terus ingat hari tu Rose Harissa kata buku ni best (status kat fp dia). Kalau dah novelis cakap novel Arluna-Rin Ahmad ni best, maknanya memang bestlah. Jadi saya terus capai dan bayar kat kaunter. Masuk dalam kereta terus mula baca...hehe...

 ni part Johan bagi Nina pensil warna Luna tu..

Novel Arluna-Rin Ahmad ni mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna Najib. pertemuan pertama di sands skypark...Nina jatuh dalam kolam. Kali kedua jumpa masa Nina praktikal di tempat Raziq. Perkenalan mereka singkat aje, tapi Johan terus ambil keputusan untuk kahwin dengan Nina. Masa nak kahwin, muncul Fazleen bekas teman wanita Johan. Tapi sebab Nina tak mahu malukan keluarga dan sebab dia pun sayang Johan, perkahwinan mereka tetap diteruskan. Lepas kahwin Fazleen memang selalu nak kacau daun. Johan pula masih juga layan Fazleen. Kebetulan mereka pun masih rakan sebisnes. Cuma Johan memang dah lupakan Fazleen pun. Fazleen saja yang masih gilakan Johan.

Fazleen dan Johan tu memang nak kahwin pun dulu tapi Hanna tak izinkan sampai ugut macam2. Sebab Hanna, Johan terpaksa berpisah dengan Fazleen untuk sementara. Fazleen kecewa dan pergi luar negara. Masa tulah Johan kenal Arluna dan terus suka. Lagipun masa tu Raziq pun macam suka Arluna. Johan tak nak Raziq suka Nina sebab Johan nak Raziq tu kawan dengan Hanna. Tu sebab Johan terus nak kahwin dengan Nina. Tapi sebenarnya tu alasan aje...memang pun Johan suka dengan Nina.

Lepas kahwin, memang bermasalah sebab Fazleen selalu kacau. Nina memang sakit jiwa sebab Johan pun masih juga layan Fazleen dengan alasan dia kesiankan Fazleen. Dah nak habis baru Johan tahu, Fazleen tu tak sebaik mana. Hanna yang tahu Fazleen tu  buat benda tak senonoh dan liar. Hanna sebenarnya ada kembar (Hanni) tapi dah meninggal. Hanni ni liar dan kawan Fazleen juga...Hanni yang tahu aktiviti ta kbaik Fazleen tu. Hanna tak berani nak cakap dengan sesiapa sebab tak nak buka aib Hanni yang dah meninggal. Lepas tu barulah Johan putus habis dengan Fazleen dan berbaik dengan Nina. Nina pun dah mengandung. Hujung cerita hidup mereka dah aman dan punya anak dua orang Iman dan Hanni.

Ok, lebih kurang macam tulah jalan cerita novel Arluna-Rin Ahmad ni. Jalan cerita novel Arluna-Rin Ahmad memang best...cuma saya aje yang tak berapa pandai nak cerita semula. Kalau korang belum baca buku ni, silalah pergi kedai bukan dan beli. Tak rugi beli... Dalam buku ni pun ada selit resipi tau...tentang home water birth pun ada.

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
Nina terima lamaran Johan

Tapi part saya suka masa pertemuan Johan dan Nina di sands skypark tu...secara tak langsung tahu jugalah tentang tempat mewah macam tu. Tapi paling kelakar masa Joe dan Nina di KL Birdpark.

"Sit and Practice calling."
"Joe."
"Ya." Burung kakak tua yang bersuara
Johan hanya menutup mulutnya dan meletakkan jarinya ke mulut membuat isyarat diam. Arluna bengang. "Joe!"
"Ya." Burung kakak tua bersuara lagi.
"Joe. Janganlah main-main." Arluna bertambah bengang melihat Johan menahan ketawa sambil menutup mulut. Arluna bangun dan bergerak selangkah meninggalkan Johan.
"I love you Nina. Be mine."
Owh My coach! Did he train the parrot to say that he loves me?

 ~Novel Arluna-Rin Ahmad: m/s 125

Lagi part saya suka masa Joe tanya pasal lamaran dia kat tepi kolam renang tu. Lama sangat Joe tunggu Nina lempar bunga dalam kolam tu...sampai dia merajuk dan jalan dulu. Then Nina jerit nama dia dan tunjuk bunga kat kolam tu...hehe...sweet gila...

Yang Johan bagi hadiah pensel warna Luna jadi Arluna tu pun best juga. Semualah best...tak ada yang tak best melainkan best-best belaka!  Saya perasan juga penulis ni banyak je sebut Oh my chanel, Owh my Bottege Veneta, Owh my March Jacob, Owh my batenciaga dan Oh my coach.

Cakap pasal hero Johan Arif @ Joe, saya memang suka dia. Cool aje cara dia ambik hati Nina. Masa dia beli hp baru untuk Nina tu pun, lawak juga. Selalu sata baca novel hero2nya macam tak berapa nak realiti. Kebanyakan semua bersih dan jenis stok imam2 la gitu. Lepas tu semua hero dibayangkan bibir merah tanda tak merokok! Haha...tu hero2 novel yang selalu saya baca. Bersih bukan main.  Tapi dalam cerita ni hero dia nakal, sosial, lepak di club. Rajin merokok lagi. Tu sebab saya rasa hero dia macam betul2 ada di alam realiti. 

Lagi satu kenapa saya rasa novel Arluna-Rin Ahmad ni berbeza dengan novel lain, heroin dia yang kejap bertudung kejap tak. Lepas tu seksi pakai bikini. Bapa dia suruh solat istikharah (sebelum terima Johan) pun dia tak buat tapi dia kahwin juga dengan Johan dan bahagia. Nakal samalah dengan Johan tapi hujungnya dia terbuka hati untuk bertudung juga. Kalau novel lain tu...saya rasa macam bosan sebab semua heroin dia macam sama aje...stok macam ustazah semua. Lepas tu nak kahwin mesti ada babak solat istikharah yang sah2 jawapannya terima hero. Bukanlah mempertikaikan solat tapi yang saya bosan part tu semua ada dalam novel. Macam sama aje semua... Nasib baiklah watak dan perwatakan Arluna sangat2 berbeza. Tu yang saya suka novel ni.

Ada satu ayat yang buat saya terkesan dalam ni...dialog Joe pada Nina..m/s 406... "Apa yang kita makan hari ini kita akan dapat hasilnya sepuluh tahun akan datang. Apa yang kita amalkan hari ini kita akan dapat hasilnya bila kita sakit. Nak tengok sejauh mana amalan kita, lihatlah siapa kita ketika sakit." Touching gitu...

Jangan lupa beli novel Arluna-Rin Ahmad ni ya Rm21 kat west dan rm 24 kat Sabah dan Sarawak. Masa kat Eatons tu saya beli Rm21 aje (eaton mmg jual buku ikut harga west sebab tu saya suka masuk kedai ini). Nasib baik saya beli kat situ sebab masa masuk kat Popular tu, nampak buku ni dengan harga Rm24. Kalau beli Online rasanya lagi dapat diskaun... Lepas ni ingat nak cari novel Rin Ahmad yang lain pula. Ok, bye.


Wednesday, August 6, 2014

Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza

Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza

salam aidilfitri...

ini lagi satu novel (Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza) yang aku masih tak baca. tengok review dibeberapa blog, semua kata novel ni best. Rasa nak baca cepat tapi belum ada masa yang terluang. baca novel ni, mood pun mesti ada. barulah dapat menghayati jalan ceritanya.

kat bawah ni sinopsis novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza
Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya. Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki. Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya.

edit ~ 21 nov 2014 : Haha...akhirnya aku berjaya juga tamatkan novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza ni. Fuhh! Lama gila untuk habiskannya. Bukan tak best tapi hilang mood nak baca novel lantaran tugas harian yang banyak. Ni pun baru ada mood balik terus baca semua novel yang terperam selama ni. 

Ok komen aku pada novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza ni memang bestlah. Tak rugi baca. Tapi cover tu aku tak suka. Pasal baju tu nampak teruk? Kena tak guna hanger half body je? Nampak jugalah baju pink tu cantik bentuknya. Ok, sorry...aku memang hangin sikit kalau cover tak berapa cantik. Nasib baiklah novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirzaini best.

Ni aku cerita sikit pasal novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza. Diza ni cikgu Sekolah Rendah. Ada adik Daim yang nak ambik UPSR. Cikgu Remy ni suka dekat Diza tapi tak cakaplah. Tapi dari cara dan cakap tu memang nampak sangat suka dekat Diza. Mak Syahrin pula berkenan nak jadikan Diza menantu. Baginya Diza mampu bimbing anaknya yang selalu tuang solat itu!

Syahrin ni sombong dan ek. Menghina pun ya juga nombor satu. Sebenarnya kali pertama dia dah suka Diza tapi sebab dia pernah terluka dengan gf dia dulu...membuat dia jadi benci dengan perempuan bertudung. Baginya perempuan bertudung hipokrit. Ex gf dia dulu pakai tudung tapi perangai macam hantu. Curang dan buat maksiat dengan lelaki lain...Syharin yang tangkap mereka masa kat katil. Tu yang Syahrin ni benci perempuan bertudung. 

Tapi sebab rasa tercabar Diza tolak lamaran mak dia, Syahrin paksa mak dia lamar Diza tu semula. Mak dia pun ok aje. Diza pun terima lepas buat sembahayang istikarah. Bermulalah kisah rumahtangga mereka. Syahrin tunjuk aje gaya membuli tapi sebenarnya syok habis dengan Diza. Ego...

Diza ni relex aje...tak kisah pun yang penting dia jalankan semua kerja yang Syahrin arahkan. Hafiz datang dan kacau daun. Hafiz ni ex tunang Diza. Hafiz bocorkan rahsia Diza yang dia bukan anak yatim piatu tapi masih ada mak. Mak dia duduk di penjara kajang sebab kesalahan membunuh tanpa niat. Mak dia bunuh bapa tiri Diza yang masa tu nak merogol Diza. Syahrin terus rasa Diza ni penipu dan malukan Diza depan sepeupu2 Syahrin dan adik-beradik dia. Part ini, aku kesian dengan Diza...hantu punya Syahrin sanggup malukan isteri sendiri.

Diza kemudian pindah balik kat rumah lama dia. Masa tu dia rapat semula dengan Remy. Jumpa Hafiz beberapa kali. Mak Syahrin marah dan suruh Syahrin pujuk Diza. Tapi Syahrin ni degil dan ego. Dah tahu cerita sebenar pun masih juga ego. Tapi bila nampak Diza layan Remy terus pula ego dia tu hilang. Pandai pula nak baik-baik dengan Diza. Endingnya....dah semesti hero dengan heroin bersama...

P/S~ aku rasa penulis ni minat sangat REMY ISHAK...dia asyik cakap Remy macam REMY ISHAK. Dalam hati aku dia ni, kenapa tak jadikan Remy tu aje hero? Kenapa Remy aje dia asyik puji? Kenapa tak puji hero tu (Syahrin)? Hujung2...ada juga pujian...Syahrin tu macam RAIN...hehe...tak menahan. Ngam2 pula sekarang ni RAIN punya drama tengah ditayangkan di ONE. Ok, jangan lupa dapatkan novel ni...
 

Tuesday, August 5, 2014

novel hati kita satu-rania firdaus

salam syawal yang ke 9...

masih dengan mood raya lagi...

aku tak pasti novel hati kita satu-rania firdaus ni novel penulis yang keberapa. cover sangat cantik...harap cerita pun best. kenapa aku harap macam tu? sebab aku belum baca novel ni lagi hehe. tunggulah masa terluang, baru baca novel ni.


Sara - Dia menjadi seorang gadis yang berhati beku apabila berhadapan dengan lelaki. Baginya, kaum itu sukar untuk dipercayai. Dia nekad hendak belajar hidup tanpa bantuan insan bergelar lelaki.

Luthfi - Dia lelaki yang tidak mahu tertipu dek kebekuan hati Sara. Gadis itulah pilihan hatinya sedari dahulu. Tidak kira seteruk mana pun layanan Sara, dia terima. Namun, dia hanya berani memuja dari jauh. Bukan kerana dia tidak yakin, tetapi dia berpegang pada prinsip... jika benar Sara jodohnya, pasti tidak akan ke mana.

Kuz Kusyairi - Dia telah banyak menghadapi kehilangan dalam hidup. Selepas Misya pergi, dia nekad enggan tunduk pada perasaannya lagi. Sangkanya, dia memang tidak layak untuk sesiapa. Namun, siapa dia ingin melawan percaturan takdir. Tekadnya goyah tatkala terjumpa dengan Sara. Meski dia cuba menolak, perasaan itu hadir juga.

“Bahagia tu bukannya bergantung pada lama mana kita kenal, tapi pada sejauh mana kita kenal satu sama lain.”

Monday, August 4, 2014

novel cinta pencuri mimpi-lynn dayana


salam syawal yang ke 8...

novel cinta pencuri mimpi-lynn dayana ni aku beli sebelum ramadhan hari tu tapi sampai sekarang aku belum ada masa nak baca lagi. Entah best ke tidak. tapi setahu aku kalau penulisnya lynn dayana, memang ceritanya tak pernah pun menghampakan. lagipun aku peminat novel2 lynn dayana.

lepas baca nanti, aku akan tambah review kat sini. sementara tu, aku bagi sinopsis ajelah. tu pun aku cilok dari page alaf21...

Kali pertama mereka bersua, Airis jatuh dari pokok. Yang lebam punggungnya, tetapi yang jatuh hati pula Zahier. Jatuh tahap gaban kononnya. Kali kedua terserempak, Zahier tertolak Airis ke dalam lopak air. Airis yang basah lencun tapi Zahier pula yang kelemasan dan mahu Airis menyelamatkannya. Mengada-ngada.

Keliru. Itu yang Airis rasakan. Lelaki ini peguam atau pencuci pinggan? Puas dia mengelak tetapi Zahier pula seperti magnet yang merosakkan koordinat hatinya. Siang teringat, malam terbayang dan di antaranya ada bisa rindu yang berdenyut-denyut.

“Zahier, awak kaki buli yang baik hati.”

“Airis... awak gadis yang terlalu naif.”

Bagi Airis : Saya bukan naif. Saya cuma gadis biasa yang boleh jatuh, jatuh dan jatuh kalau awak terus senyum dan mengusik ritma jantung saya yang sudah tidak normal.
Sedangkan Zahier : Saya bukan lelaki yang baik untuk awak Airis. Kalaulah awak tahu, usahkan ke hujung dunia, selangkah pun pasti awak tak mahu mendekati saya.

Lalu di kategori manakah cerita cinta mereka? Kisah manis kategori terlebih dos dan bahagia hingga ke akhir hayat. Atau kisah masam payau kategori sakit jantung dan hidup berantakan kerana janji ALLAH, ujian itu sentiasa ada untuk hamba-NYA yang terpilih.

Saturday, August 2, 2014

novel cinta MOU ~ nurassyi rashid

novel cinta MOU ~ nurassyi rashid
salam aidilfitri...
masih dalam mood raya lagi. tapi sebab blog dah lama tak update, aku curi masa untuk menaip entry baru. tapi bukan entry terkini...Gaza atau tentang penceroboh di Semporna tu...atau tentang MH17. malaslah nak buat entry pasal tu sebab semua blog lain pun buat cerita yang sama.

tu dah ada gambar kat atas tu, maknanya aku nak cerita pasal novellah.novel cinta MOU ~ nurassyi rashid ni aku beli sebelum puasa hari tu di pameran buku. masa tu aku tak tahu nak beli novel apa, main capai aje...terus baca sinopsis, macam best. tak fikir banyak aku terus beli.

jujurnya aku tak tahulah nak komen apa novel cinta MOU ~ nurassyi rashid ni. nak kata tak best...macam best la juga. tapi nak kata best pun, macam tak best juga. sederhana la macam tu... aku suka nama watak utama tu Chitra. dia miskin tapi pandai dan punya keinginan yang kuat untuk berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan. chitra dan reza tapi kemudian muncul watak firdaus (digambarkan macam eizlan yusof!) lelaki yang sedikit dah tua. chitra terpaksa kahwin dengan lelaki ni dan terciptalah MOU tu. tapi dihujung cerita firdaus meninggal. kesudahannya chitra kahwin juga dengan reza.

sinopsis yang aku copy paste dari alaf21

“Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya.

Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.

Hatinya ingin menolak, tapi mulut berkata jangan. Disebabkan hutang lama ayahnya, Chitra rela dalam terpaksa. Ayah menarik nafas lega sebab hutangnya dikira selesai. Emak tirinya paling gembira sebab tanggungjawabnya terlepas. Tapi, mengapa dia tak boleh tersenyum? Saban hari dia menangis menyesali takdir yang menimpa diri.

Ah, kalau lelaki itu boleh bermain politik, dia juga tidak mahu menjadi isteri yang dicucuk hidung! Dalam diam, Chitra merangka satu MOU. MOU yang diharap boleh merubah masa depannya. 

Thursday, May 8, 2014

NOVEL MENCARI MR.CHARMING ~ ANNA LEE

NOVEL MENCARI MR.CHARMING ~ ANNA LEE

Ini novel baru dalam koleksi aku novel Mencari Mr.Charming-Anna Lee. Baru je beli. Dapat je terus baca sampai habis...hehe. Aku kalau suka memang takkan berhenti selagi tak habis. Macam novel Mencari Mr. Charming-Ann Lee ni aku start baca tengahari, habis pukul 4.10am...sikit lagi nak masuk subuh kat tempat aku (sandakan). Gila tak? 

Bab awal, aku dah baca di blog penulis Anna Lee. Dari situ aku terus suka novel Mencari Mr. Charming~Anna Lee ni. cari kat sini, mana nak jumpa. terpaksa jugalah beli online. susah duduk kat bandar yang takde kedai buku besar ni. bila agaknya popular nak buka kedai buku kat sini? Pelik aku bandar kecil macam beaufort pun ada kedai buku besar macam pts tu. sandakan je takde...hurm :(

Ok balik cerita tentang novel Mencari Mr Charming~Anna Lee, macam biasa aku suka watak hero2 dalam cerita ni...Sam dan Fazrin. masa baca di blog aku berharap sangat sam adalah indah water. Aku suka Sam sangat2...aku tak suka Fazrin...tak tahulah kenapa. mungkin sebab dia pelakon. lagipun diawal cerita dia tak suka langsung pada Lara. Selalu kutuk penampilan Lara. Tapi kemudian mereka jadi kawan baik pula.

Aku suka Sam sebab Sam suka Lara. Lara sangat bertuah dapat kerja dengan Sam. Tania pun suka dia. Tapi bila aku dah baca novel Mencari Mr. Charming~Anna Lee, aku mula suka dengan Fazrin sebab jadi kawan baik Lara. Jadi dua2 hero aku suka. Oh ye, aku pun suka juga si Indah Water tu. Pada asalnya aku ingatkan Indah Water adalah hero ketiga. Jadi aku beli novel ni untuk nak tahu siapa Indah Water, dalam hati mesti Indah Water ni yang akan jadi boyfriend Lara. Rupanya takde pun hero ketiga Indah Water adalah Fazrin.

Seronok baca emel Indah Water yang kutuk kaw2 novel Indah Lara. senyum sendiri aku baca chatting dorang kat fb dan kat wall Indah Lara. Masa ni memang geram dengan Indah Water yang suka hentam Indah Lara. masa ni juga aku dah mula sukakan watak Fazrin tu. 

Selalunya aku baca novel nak sangat cepat habis untuk tahu endingnya. Tapi novel Mencari Mr. Charming- Anne Lee, aku tak nak pula ianya habis. makin nak habis makin aku susah hati sebab aku rasa best sangat. Sampai tak nak cerita ni berakhir. 

Lepas baca novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee ni, bertambah lagi novelis yang aku suka. Cover novel ni aku suka sebab tak tunjuk muka orang. Aku kurang suka cover novel yang guna model manusia (selalu novel alaf21) ni. Selalu tak menepati ciri2 hero dan heroin dalam cerita tu. Buat orang hilang mood je nak beli. Kan baik kalau guna guna ilustrasi macam cover novel terbitan lain tu...takde pun guna muka model tapi cover dorang cantik dan menarik biarpun simple aje.

sinopsis novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee yang aku copy paste dari fajar pakeer
Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?

Indah Lara aka Lara Alisya ,seorang penulis novel cinta yang tak 
popular , tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama indah water .
kehidupan indah Lara Huru-Hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada indah  water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.

Indah water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya indah Lara. Dia menyampah Sungguh dengan watak hero ciptaan indah Lara yang terlampau kacak dan romantik . katanya , indah lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan .

indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud . Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada indah water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. sehingga dia bertemu dengan sam , lelaki
yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.... jatuh cinta pandang pertama !

Tetapi , benarkan sam itu prince charming yang dicari selama ini ? Apakah krateria prince charming ?
Dapatkah indah Lara menjadi penulis yang Berjaya? Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya ? Dan yang paling penting ... siapakah indah water ? Kenapa indah water membenci indah Lara ? adakah indah water itu prince charming yang dicari ?

P/S~ korang peminat novel...silalah beli novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee ni ye. Best...tak rugi beli pun. 

Wednesday, May 7, 2014

NOVEL DIA...RANDOM GUY ~ FARAH HUSAIN

NOVEL DIA...RANDOM GUY ~ FARAH HUSAIN

Haiii...
Kali ni aku nak cerita pasal novel Dia...Random Guy-Farah Husain. Aku tak tahu novel ni baru ke apa. Tapi rasanya dah lamalah. Cuma aku je yang baru baca. Beberapa bulan yang lalu aku sesat di blog penulis (Farah Husain) ni, terus aku baca beberapa bab novel Dia...Random Guy ni. Masa tu juga jatuh cinta dengan Amzar.

Lepas tu aku cari novel ni tapi tak jumpa. Sudahnya aku beli online je dengan ideakreatif. Dapat je terus baca sampai habis. Ok, komen aku...memang best dan aku memang suka Amzar sejak dalam blog lagi. Dalam novel lagilah suka.

Alin? Macam biasalah aku memang jeles habis dengan dia sebab dia dapat lelaki superhot macam Amzar tu. Hehehe... macam biasa juga aku suka bab dorang gaduh2 tu. Mula2 memang geram jugalah dengan Amzar ni tapi lama2 dia pula yang lebih2 dekat Alin, cik kerani dia. 

Pendek kata novel ni memang best. cuma ada kurang sikitlah lepas dorang kahwin tu, aku macam bosan nak baca sebab banyak 'penceritaan' aje. Kurang dialog Amzar dengan Alin. Aku juga tunggu2 Hairi datang buat kacau tapi sampai novek Dia...Random Guy ni habis dia senyap je. Rupanya konflik lepas kahwin disebabkan mak kandung Alin pula. Mati2 ingatkan konflik dengan Hairi. Yelah selalu pasangan yang kahwin, ada konflik disebabkan kekasih lama yg datang semula . Kebanyakan novel macam tu, kekasih lama buat kacaukan? kan?. 

Apa2 pun aku suka novel Dia...Random Guy~Farah Husain ni, aku juga suka novelis ni, aku suka cara penulisannya, caranya menggambarkan hero tu.. Korang yang belum beli novel ni, pergilah beli cepat.

sinopsis yang aku copy paste
Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. “You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina “You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. “You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar “Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! ‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy? 

Tuesday, May 6, 2014

NOVEL YANG MANIS ~ MARISSA

NOVEL YANG MANIS ~ MARISSA

Haiiii,
Kali ni entry pasal novel lagi. Siapa pernah baca novel Yang Manis ~ Marissa ni? Aku baru je beli novel ni. Tak rancang pun nak beli. Ni kali pertama aku baca karya penulis ni. Masa mula baca bab 1 macam tak best aje...tapi makin lama baca makin best pula. tak rugi beli...

Aku jatuh cinta dengan Raees Hamzah...suka sangat wataknya tu. Penyabar, berfikiran matang dan sentiasa hormatkan orang lain. Suka betul...banyak babak yang melibatkan Raees aku suka. Aku sangat cemburukan Iman sebab Raees sayang dekat dia. Lagi aku cemburu sebab Iman dapat lelaki baik macam Raees tu. Hehehe...

Cara raees selasaikan masalah tu, aku suka sangat. Dia pun pandai nasihatkan orang. Sampaikan bapa Iman pun minta raees tolong bila Iman dan Wafi gaduh. Tapi dalam syok tu, aku menyampah juga dengan watak jahat macam Humaira, nenek Iman, Tengku Badrul dan mak dia tu. Eii...menyampah sangat. Eh, satu lagi watak jahat tu...Bahiyah. Jahat sampai langgar Iman.

Korang kalau belum baca novel Yang Manis ~ Marissa ni, pergilah cari ye. Tak rugi beli. Aku pun rasa jatuh cinta dengan cara penulisan novelis ni. Lepas ni, kalau jumpa buku dia, memang tak teragak2 aku akan beli.

Ni sinopsis dari belakang novel Yang Manis ~ Marissa. Aku malas nak buat sinopsis sendiri sebab mesti panjang berjela-jela. Tau jelah aku kalau cerita yang best, memang tak pandai nak cerita ringkas2.

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.
“Aku nak pikat Raees Hamzah.”
“Apa?”
“Aku nak pikat Raees Hamzah.”
“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”
Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah  paling layak menemani hidupnya.
RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.
“Perempuan macam tu yang hang pilih?”
“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”
Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?
 

Monday, May 5, 2014

NOVEL JODOH SEBELAH PINTU ~ DEKNA LEE

 NOVEL JODOH SEBELAH PINTU ~ DEKNA LEE

Hai, novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni aku beli minggu lepas. Tak kenal pun siapa penulisnya...syarikat penerbitan pun nampak baru. Tapi sebab sinopsis belakang  novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni, macam menarik je, aku terus je beli tanpa fikir banyak. Masuk je dalam kereta, terus koyak plastik pembalutnya dan baca sikit bab depan. Wah! terus rasa best dan tak sabar nak baca. Penulis ni  (Dekna Lee) nampak masih muda remaja tapi sangat2 berbakat. 

Kira berbaloilah aku beli novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni, cerita pun menarik. aku suka Mona dan Bad yang asyik gaduh tu...kelakar betul. Aku sengih sorang-sorang baca part yang mencuit hati melibatkan Bad dan Mona ni. Tapi lepas mereka kahwin, aku kurang sikit teruja sebab takde babak2 kelakar dan gaduh2 lagi. Boring sikitlah... (sorry penulis yang comel). Apa pun aku suka novel ni sebab sangat2 menghiburkan.

sinopsis belakang novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee:

Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang yang tidak pernah dilihat dengan mata kasarnya. Hubungan mereka hanya berlangsung melalui telefon, hanya suara tanpa rupa!

“Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi.

Namun begitu pertemuan pertama yang diatur terpaksa dibatalkan gara-gara terserempak dengan dua orang jirannya yang berperangai seperti hantu, Irfan dan Badrul. Dalam pada berperangai seperti hantu., Mona dikejutkan pula dengan sebuah kenyataan. Bakal tunangnya tidak jauh, terlalu dekat, malahan hanya sebelah pintu! Tapi siapa? Adakah si Badrul Syah yang suka mencari fasal?

“Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Badrul Syah

“Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona.

Atau si Amirul Irfan yang tidak kurang celoparnya?

“Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” ~Amirul Irfan

Pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia.
“Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Airawani

Setelah identiti misteri si tunang terbongkar, hati Mona Airawani mula dibelit perasaan bersalah kerana sering bersikap buruk terhadap lelaki itu. Apatah lagi benih cinta dan sayang cuba disemai sebaiknya demi kebahagiaan mereka berdua di masa hadapan. Namun ada resah kian berbelit dengan kehadiran orang ketiga yang datang mengganggu.

Mampukah Mona dan si tunang dari sebelah pintu melalui cabaran-cabaran yang mendatang? Dan, siapa sebenarnya tunangan Mona Airawani?

P/S~nama Dekna Lee ni mengingatkan aku pada Dekna AF5

Sunday, May 4, 2014

NOVEL ATIN, JOM KAHWIN! ~ IFFA ZALIA

NOVEL ATIN, JOM KAHWIN! ~ IFFA ZALIA

Novel kazen ni...aku pinjam je. Baru baca bab 5 hari tu, sampai sekarang belum sambung lagi. memandangkan belum habis baca saya cedok aje sinopsis dari web alaf21. Oh ye, aku tak suka cover novel Atin, jom kahwin ~ Iffa Zalia ni. Tapi model lelaki tu boleh tahan juga...hensem.
Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.

Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.

Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.

Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.

Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?

Edit~21 nov 2014

Aku dah habis baca novel Atin, Jom Kahwin~Iffa Zalia ni. Gila lama betul peram...nasib baik tak basi...hehe. Best juga novel ni, menghiburkan hati dan mengelikan ketiak haha. Fatin tu memang sempoi gila tahap gaban sampai sanggup jadi gila untuk elak dari dikesan ah long. Tapi sebenarnya aku tak suka pun watak Fatin ni sebab sempoi dia macam over sikit. Betul cakap Fendi, Fatin ni normal ke...gila ke...sama aje, perangai tetap gila! Jadi tak perlu berubat pun...hahaha.

Aku suka Fahmi...bagus lelaki ni. Berhati luhur...walaupun cuma anak angkat dan tapi sanggup bayarkan hutang Fatin. Dah tu rahsiakan lagi dari Fendi. Fendi ni yang panas baran...nasib baiklah Fahmi tu jenis pemaaf. Sebenarnya aku penat sangat baca novel ni sebab perangai Fatin yang over sempoi itu. Boring pun ye juga sebab tak ada dialog dia lembut2 dengan Fendi. Apa2 pun, memang terhibur dengan novel Atin, Jom Kahwin~Iffa Zalia ini.
 

Saturday, May 3, 2014

Novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah

Novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah

Hai, siapa pernah baca novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah ni? Best tak? Aku dah lama pinjam novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah ni dari kazen (dah masuk sebulan lebih dah) tapi sampai sekarang belum ada kesempatan baca lagi. 

Sinopsis novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah yang aku copy paste dari laman alaf21

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.

Thursday, January 16, 2014

Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose

Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose
Ini entry kedua untuk tahun 2014...tengok gambar kat atas tu, mesti dah tahu aku nak story tentang novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose. Sinopsis novel 13 JAM A380 ni tentang Hana Sofea yang dah 3 tahun skodeng twitter Syed Haydar. Siang malam berdoa minta ditemukan dengan Haydar. Impaiannya tercapai bila kebetulan dia naik flight sama dengan Haydar. Mereka pun cipta kenangan indah sepanjang pernerbangan 13 jam tu. Hana juga jadi kekasih kayangan untuk Haydar sepanjang 4 jam. Tapi lepas sampai di bumi London, mereka kemudian terus berpisah.

Hana kemudian bertemu dengan Fawwaz. Dia ni sangat-sangatlah alim, Hana yang frust tengok Haydar dengan kekasih modelnya tu terus suka dekat dengan Fawwaz. Kerana Fawwaz juga dia mula menjadi muslimah yang sebenar. Selepas 3 tahun, mereka nak kahwin tapi Haydar muncul dan nak kahwin dengan Hana juga. Banyaklah Haydar buat sampai Hana jadi milik dia. Hujung novel 13 JAM A380 ni, Haydar dan Hana ada anak perempuan Sharifah Husna Huri. 

~ FALIQ NASIMUDDIN

Ok, sebelum aku beli novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose ni, aku dah baca beberapa bab di blog Evelyn Rose. Bab pertama je aku terus suka novel Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose ni dan teus jatuh cinta dengan Haydar. Rupanya penulis mendapat inspirasi menulis watak Haydar ni dari seorang yang memang ada di alam realiti. Siapa lagi kalau bukan Faliq Nasimuddin. Jujur aku memang tak tahu siapa Faliq Nasimuddin tu. Ada beberapa blog yang review novel ni semua ada cakap pasal Faliq Nasimuddin. Google punya google...akhirnya aku pun tahulah siapa Faliq Nasimuddin ni. Rupanya dia ni anak pengasas Naza Group. 

Kelakarnya, ada yang review novel ni, terus kata follow twitter si Faliq Nasimuddin ni. Hahaha...kuatnya pengaruh novel ni. Sampai si Faliq ni pun baca novel ni lepas beberapa kawan dia sarankan dia baca. Aku pula dari tak tahu jadi tahu semua tentang NAZA GROUP...termasuk Naza sibilings. Lagi yang aku baru tahu, dia ni adik Nasarudin suami si Marion Caunter tu...hahaha, nampak tak di situ ketinggalan zamannya aku? 

~ AKU JATUH CINTA DENGAN HAYDAR!

Macam aku cakap kat atas tadi, mula2 baca bab 1 di blog Evelyn Rose aku terus jatuh cinta dengan Haydar. Terus nak beli novel 13 Jam A380 ni. Proses menunggu kedatangan novel ni memang sangat menggugat keimanan. Memang tak sabar dan asyik menghitung hari. Dapat je terus baca...tak henti sampai habis. Makin lama baca, makin suka dengan watak Haydar.

Sebelum baca penuh novel ni, aku baca semua review dari mana-mana pembaca novel ni. Ramai yang kata Fawwaz lagi layak dengan Hana. Lepas tu kata Haydar ni licik dan main kotor untuk dapatkan Hana. Komen2 negatif tentang Haydar tulah buat aku rasa tak sabar nak baca novel ni sampai habis. Hasilnya................

Aku semakin suka dengan Haydar. Takdelah pun jahat atau liciknya...biasa je perangai atau perbuatan macam tu bila gila dekat perempuan. Bagi aku memang dialah yang paling layak dapat Hana. Dia dulu yang kenal Hana berbanding Fawwaz. Memang dia banyak potong jalan Fawwaz tapi kalau tengok betul2, Haydar memang berusaha habis nak dekat dengan Hana. Macam-macam dia buat untuk bisnes Hana di Malaysia sepanjang 3 tahun Hana di luar negara. Tapi Hana tak tahu pun. Lepas tu bila Hana pulang Malaysia pun, Haydar buat macam-macam untuk ambil hati keluarga Hana. Jelas dia memang banyak berusaha untuk dapat Hana.

Fawwaz? Memang alim habislah, sampai Hana cakap dia tu macam malaikat. Hana jadi baik dan berhijab pun sebab Fawwaz. Tapi Hana ada kata, semua tu pun sebab dia kecewa dengan Haydar masa pertemuan pertama dorang dulu. Tentang agama tu memang Fawwaz superb, tapi aku tetap tak suka bila dia tak boleh terima Hana yang punya kisah silam dengan Haydar. Alaa...bukannya teruk sangat pun, tapi entah Fawwaz ni over pula nak pilih calon isteri. Kesian Hana...sudahlah tu Fawwaz memang tak berusah pun pertahankan cinta dia dengan Hana, mudah je dia putuskan untuk tak pilih Hana sebagai isteri. Memang sesuailah pun dia tak dapat Hana. 

Hana? Heii, memang sesuailah dengan Haydar. Nakal ya juga...suka sangat masa dorang jumpa dalam flight tu. Tapi masa jumpa Fawwaz, aku tak suka langsung. Aku juga tak suka bila dia asyik lukakan hati Haydar. Nasib baiklah Haydar ni penyabar je orangnya. Masih nak dekat Hana walaupun Hana mulanya nak kahwin sebab nak perniagaan family dia Haydar kembalikan. Sudahlah tu, lepas nikah dia memang rancang untuk lari tinggalkan Haydar. Masa ni aku tak suka langsung dekat Hana, terlau ikut perasaan...asyik balas dendam je. Padahal dah sah2 Fawwaz tak nak dia lagi...Fawwaz pun dah kahwin dengan Almas Iman. 

Tapi nasib baiklah, Linda nasihatkan Hana masa kat airport tu. Terbuka juga pintu hati Hana untuk kembali muhasabah diri. Nak lari konon tapi akhirnya kantoi bila Haydar dapat juga jumpa dia.Seronok baca kisah mereka masa di India. Teringat bab2 awal novel ni...rindu dengan gelagat mereka masa dalam A380 tu.

Ok tu bebelan aku tentang novel 13JAM A380 - Evelyn Rose. Kalau yang belum beli, aku cadangkan belilah cepat...memang best dan tak rugi beli. Ada juga kata novel ni bakal diadaptasi ke drama. Tapi ada juga kata akan dibuat filem. Tak tahulah mana yang betul.


Saturday, November 9, 2013

Novel Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

Novel Isteri Separuh masa - Suri Ryana

Novel Isteri Separuh masa - Suri Ryana ni aku baca minggu lepas. Ok juga la jalan ceritanya walaupun aku tak suka jenis cerita yang melibatkan adik-beradik angkat yang tinggal serumah lepas tu kahwin. Entah rasa macam geli la sebab kan dah macam adik beradik. Dari kecil sampai besar bersama lepas tu kahwin pula. Uhh, memang tak dapat terima la. Novel Isteri Separuh Masa- Suri Ryana kisahnya macam tu la. Mula aku malas baca tapi sebab boring..aku baca juga akhirnya. Lagi pun aku suka novel yang guna 'aku' sebagai pengerak cerita. 

Ok, novel isteri separuh masa~Suri Ryana ni mengisahkan tentang Medina Izwani (nama ni mengingatkan aku pada Chris Medina peserta American Idol's) yang menjadi anak angkat kepada ibubapa Nazrin sejak dia berusia 5 tahun lagi. Sejak dia kecil, Nazrin tak pernah suka pada Medina. Bila dewasa lagilah dia benci sebab Medina bagi tahu pada ibubapa mereka yang bakal tunang Nazrin main kayu 3 dibelakang Nazrin. Family mereka pun tak setujulah Nazrin tunang dengan Zita. Nazrin anggap semua ni berpunca dari Medina yang penyibuk tu.

Medina baru nak spm bila, family cadangkan dia kahwin dengan Nazrin. Nazrin cuba elak tapi sebab nenek dia mendesak, dia terpaksa bertunang juga dengan Medina. Lepas setahun, mereka dikahwinkan. Medina sebenarnya frust juga sebab masa sekolah dia suka dengan Megat Shazril. Nazrin tetap benci dia, dia tak mahu pun jadi suami sebenar Medina. Depan family je mereka jadi suami isteri, belakang masing2 buat hal masing2. Medina ingin berbaik juga dengan Nazrin tapi Nazrin menjauhkan diri, dia belajar di luar negara pun tak mahu bawa Medina. So, Medina sambung belajar di dalam negara saja.

4 tahun berlalu, Medina sudah tahun akhir. Nazrin pula jadi tutorial untuk salah satu subjek yang Medina ambil. Nenek mereka tinggal di rumah Nazrin, terpaksa la Medina tinggal sekali di rumah Nazrin. Mulanya kawan2 Medina tak tahu pun Medina dah kahwin. Medina cuma cakap Nazrin tu abang angkat dia. Macam2 terjadi bila nenek mereka macam sengaja buat Medina dan Nazrin rapat. 

Dari hari ke sehari, mereka nampak dah ok. Nazrin pun dah kurang benci pada dia Medina. Zafril pula minat dengan Medina tapi Medina tolak. Zafril selalu hantar bunga pada Medina dalam diam2. Kemudian Zafril bercinta dengan Niza kawan Medina. Nazrin ajak Medina, nenek dan mak Timah ke Bali. Di sana Nazrin jumpa Zita yang ada curang. Sebenarnya selama ni Nazrin tak pernah putus pun dengan Zita. Janji Nazrin, dia akan bercerai dengan Medina dan lepas tu baru kahwin dengan Zita. Tapi Zita curang dengan lelaki lain di Bali. So, Nazrin putuskan hubungan mereka. Masa tu barulah dia menyesal tak percaya kata2 Medina dulu. Nazrin pun berbaik secara rasmi dengan Medina. Mereka pun jadi suami isteri yang sebenar.

Hubungan mereka ok hinggalaha Medina kena culik oleh Zafril. Rupanya Zafril tu adik Megat Shazril. Zafril ni balas dendam dengan Medina. Dia gunakan Niza untuk culi Medina. Sebenarnya Megat shazril dah mati bunuh diri. Dia telan ubat dengan banyak gara2 frust Medina kahwin dengan Nazrin. Masa ibubapa Megat ke hospital, mereka kemalangan. Tinggallah Zafril seorang. Itu yang buat dia salahkan Medina dan nak balas dendam. Nasib baik polis datang, Medina dan Niza selamat. Zafril kena tangkap. Endingnya, Medina dah konvo..dia dan Nazrin pun dah ada anak nama Nawra Mariss. Niza kawan dengan Aliff.

Komen ~ Masa aku baca novel ni asyik terbayang je muka Nomad ( tetap menantimu...). Lagi, aku teringat filem Korea My Little Bride. Terutamanya bab Nazrin jadi tutorial tu. Lepas tu dalam cerita korea tu pun yang paksa kahwin nenek dia juga. Lebih kurang macam dalam novel ni la juga. Tapi novel isteri separuh masa~Suri Ryana ni memang ok la juga, kalau korang nak beli. Agak2nya novel ni akan di buat adaptasi drama tak? Bukan apa, sejak akhir2 ni novel jadi drama semakin menjadi2, kan. Ok juga la kalau novel ni dibuat drama.


Thursday, November 7, 2013

Novel Sandal Bunga-bunga ~ Faziela

Novel Sandal Bunga-bunga ~ Faziela

Novel Sandal Bunga-bunga - Faziela ni dah lama my sis beli tapi baru semalam aku baca. Ok, tak mahu intro panjang2, aku terus ke jalan cerita novel sandal bunga-bunga. Kisahnya tentang Zahran dan Izza yang masing2 punya kisah silam dalam percintaan masing2. Zahran yang kecewa bila Deena bertunang dengan lelaki pilihannya terus mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Selama ni dia duduk di Dubai. Izza pula kecewa bila kesetiaannya selama 8 tahun dipermainkan oleh Naqib. Naqib curang dan bermain kayu tiga dengan kawan sekampus Izza. Mereka berdua cuba bangkit dan melupakan kedukaan itu.

Zahran dan Izza bertemu secara kebetulan. Masa tu Zahran datang ke pejabat Izza. Izza anggap Zahran itu sombong tapi lepas bertemu beberapa kali, dia membuang telahannya itu. Kebetulan pula mak Izza dan mak Zahran saling kenal-mengenal. Family mereka pun berniat menyatukan Zahran dan Izza. Zahran tidak ada masalah dia terima cadangan keluargannya itu. Lagi pun dia mula jatuh cinta dengan Izza dalam diam2. Izza ambil masa sedikit untuk menerima Zahran. Hanya selepas yakin yang Zahran tidak kisah dengan perangai2 pelik Izza, baru la Izza menerima lamaran Zahran.

Mereka pun kahwin, Zahran menjadi suami yang baik pada Izza. Dia sering bawa Izza melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Walaupun Izza benci dengan semua itu tapi dia turuti juga semua pelawaan Zahran. Hubungan mereka baik2 saja hinggalah Naqib dan Deena muncul. Naqib selalu nak jumpa Izza sedangkan Naqib sendiri sudah ada isteri. Izza akhirnya berterus terang tentang Naqib pada Zahran. Zahran kemudian menemui Naqib dan memberi amaran agar menjauhkan diri dari menganggu kehidupan Izza lagi. Naqib akur dan mengundur diri.

Kehidupan mereka kembali normal hinggalah Deena pula yang muncul. Izza agak terganggu dan hampir2 termakan kata2 Deena mengenai Zahran yang kononnya cuma memperalatkan Izza. Zahran akhirnya berterus terang tentang kisah lamanya dengan Deena. Deena sebenarnya sangat cintakan Zahran. Dulu dia bertunang semata2 untuk sakitkan hati Zahran je. Dia pun memutuskan pertunangannya dan datang ke Malaysia untuk mendapatkan Zahran semula. Zahran memang terkejut tapi dia sudah melupakan Deena dan hidupnya cuma untuk Izza.

Izza mengandung, Zahran sangat gembira. Deena menyimpan dendam dan menculik Izza. Masa dalam penculikan tu, Deena mendera Izza dengan teruk. Malah Deena hampir tembak Izza, nasib baik ada orang yang nampak kejadian tu. Izza yang cedera teruk di bawa ke hospital. Zahran sangat sedih melihat keadaan Izza. Malah kandungan Izza juga tidak dapat diselamatkan. Izza juga mengidap tekanan jiwa akibat kejadian itu. Izza pernah meminta agar Zahran tinggalkan dia saja. Tapi Zahran sayangkan Izza. Selepas hampir dua bulan di wad, Zahran bawa Izza pulang. Izza pun sudah mula sembuh. Deena pula masuk hospital mental.
Izza sembuh sepenuhnya...endingnya, Zahran bawa Izza ke Pulau Redang. Mereka sama2 tengok matahari terbit. The End...

Komen ~ Ok juga la novel sandal bunga-bunga~Faziela ni. Cuma aku rasa malas nak baca hujung2 novel ni sebab Deena digambarkan melampau2 kejahatannya. Lagi pula, banyak novel yang aku baca sejak akhir2 ni semua ada kes ex bf atau gf jadi obses sampai ambil tindakan melampau macam menculik, cederakan orang, bunuh diri dan membunuh pun ada. Aku rasa boring bila banyak persama macam tu. Lagi satu, aku tak suka betul nama Izza tu. Macam ombak rindu la pula. Tapi aku suka penulis ni gambarkan Zahran tu seorang yang aktif dan sukakan aktiviti lasak dan extreme. Aku rasa kebanyakan pembaca pun suka hero jenis macam ni.

Sunday, September 22, 2013

Novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira

Novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira

Salam pagi ahad, awal2 lagi dah mengadap blog...nak buat entry tentang novel2 yg aku dah baca. sejak minggu lepas nak buat tp tak ada masa pula. Novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira ni aku beli sebab suka heronya seorang tentera. Kisah ni sambungan dari novel jauh kau pergi. Tapi aku tak pernah baca novel tu pun. Dalam novel tertulis buat kita-dhiya zafira ni, mengisahkan tentang Jimmy (Mejar Najmi Hariri) yang menyamar sebagai orang biasa dan bercuti di Langkawi. Di sana dia bertemu dengan Auni dan jatuh cinta.

Auni tak suka tentera sebab abangnya mati kena tembak. Abang dia ni jahat tapi Auni tetap dendam dengan tentera. kebetulan yang bunuh abang Auni tu Jimmy. Jimmy menyamar sebab ada misi nak hapuskan saki baki kumpulan penjahat yang dia join dulu. Masa tu pun dia menyamar juga dan masa tulah dia geng dengan abang Auni. Auni dan Jimmy kahwin tapi lepas Auni tahu Jimmy tu pembunuh abangnya, dia pun perangkap Jimmy dan bersubahat dengan geng penjahat tu. 

Dia tembak Jimmy. Lepas tu Auni mengandung dia keguguran. Mulanya dia nak gugurkan anak tu sebab marah dengan Jimmy tapi dia insaflah konon2nya. Hubungan mereka makin tegang tapi endingnya mereka berbaik juga lepas semua kes selesai, mereka pergi lawat kubur abang Auni tu.

komen~tebal novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira ni, banyak babak2 aksi bersesuaian dengan cerita komando dengan penjahat. Aku tak berapa nak ingat babak2 yang sepenuhnya. Biasalah...aku ni cepat sangat lupa. Kebetulan masa ni ada beberapa novel lain yang aku baca. Habis cerita bercampur aduk...hihi. Nak belek buku tu semula, rasa malasla pula. Tapi novel ni memang bestlah juga. Tak rugi beli...aku pun memang suka Dhiya Zafira ni cuma tak semua novelnya aku ada.

Ok korang yang minat novel jenis macam ni, silalah beli novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira ni. Tak rugi beli tau...cerita best....

Monday, September 16, 2013

Novel Cinta Untuk Disewa ~ Lynn Dayana

Novel Cinta Untuk Disewa ~ Lynn Dayana

Ok story tentang novel Cinta untuk Disewa~Lynn Dayana ni...ramai juga watak2 dalam novel ni sampai aku rasa boring mula2 baca tu. Lagi pula nama2 dalam novel ni, especially heroinnya tak berapa berkenan dihatiku. Aku lagi suka kalau namanya Sofea je bukan Anis. Cerita ni bermula dengan majlis harijadi Anis yang dihadiri oleh rakan2 baiknya Amran, Hafiz dan Jenny. Seorang lagi rakan mereka Iskandar tak dapat hadir. 

Anis cintakan Iskandar tapi dia cuma bertepuk sebelah tangan. Kemudian Anis rapat dengan Kamal seorang anggota polis. Dia mula jatuh hati dengan Kamal tapi kemudian Kamal tidak memilihnya sebaliknya bertunang dengan bekas adik teman wanitanya. Anis kecewa dan mengajak Ashraff berkahwin. Kamal pula tiba2 nakkan Anis semula. Ada orang nak bunuh Anis tapi Kamal selamatkan dia. Tapi endingnya Anis pilih Ashraff juga dan Kamal berkahwin juga dengan adik bekas exgirlfriend dia tu. 

Komen~ secara jujurnya aku tak berapa nak enjoy dengan novel Cinta Untuk Disewa-Lynn Dayana ni kalau nak banding dengan novel2 dia yang lain tu. Tak tahu la kenapa...Tapi mungkin sebab nama heroin dia tu 'Anis' memang tak menarik dalam hati aku. Nasib baik juga Ashraff panggil dia Sofy...cuma watak Ashraff tu macam tak berapa nak menarik berbanding dengan kamal.

Apa pun aku tetap rasa novel Cinta Untuk Disewa~Lynn Dayana ni best...karya2 Lynn Dayana walaupun jalan cerita tak superb tapi cara penceritaan tu dan ayat2nya memang terbaik. Ayat2 pun matang, santai dan memang tak rugilah kalau beli novel ni. Cover pun sangat cantik...suka tengok. Ok, korang peminat novel tu silalah beli novel Cinta Untuk Disewa~Lynn Dayana ini.

Tuesday, March 26, 2013

Novel Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara

Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara

Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni aku beli sama dengan novel Cinta Sekelip Mata-Hasreeyati Ramli tu. Aku suka tengok cover novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni, sangat2 lembut dengan warna birunya. Lepas tu ada salji2 lagi...memang cantik, aku suka tengok. Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara sangatlah tebal...harga rm28 (sabah sarawak). Inilah novel paling mahal aku beli setakat ni. Sekarang ni harga novel boleh tahan mahalnya. nasib baiklah minat...beli je la. lagi pun bukan selalu aku dapat beli novel.

~ hardy & raniya ~
Novel Jujur Aku Setia~Eka Fahara

Ok novel Jujur Aku Setia~Eka Fahara ni mengisahkan tentang Raniya yang dah lama tinggal di London. Dia ni frust bercinta dengan Johan. Johan balik malaysia lepas putuskan hubungan dengan Raniya. Raniya kemudian balik Malaysia dan tinggal dengan tok wan dan tok mama di rumah aunty Salmi. Orang tua ni makbapa Roziah, mak kepada Raniya. Dulu tok wan dan tok mama ni kerja di rumah bapa Salmi. Bila ibubapa Salmi meninggal, tok wan dan tok mama tetap tinggal di situ untuk jaga Salmi hinggalah Salmi berkeluarga. Kebetulan Roziah pun tinggal di luar negara dengan suami dan anaknya.

~ gambar sekadar hiasan ~
Novel Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara

Raniya kemudian berkonflik dengan hardy anak aunty salmi. mereka berebut2 nak jaga tok wan dan tok mama. secara tak sengaja hardy pula libatkan raniya dalam hubungannya dengan fasya. kemudian raniya bawa tok mama dan tok wan tinggal di kampung. hardy tak setuju dan sanggup bercuti semata2 nak duduk di kampung dengan kedua orang tua itu. hardy dan raniya selalu je bertengkar.

Tapi lepas fasya datang ke kampung dan siap menghina raniya, tok wan dan tok mama...hardy dan raniya mula saling menyukai. tapi selalu nak cover2 perasaan tu. hubungan mereka semakin rapat bila raniya balik ke london semula. masa di sana dia cerdera masa di ragut. hardy dan nadine datang temankan dia sampai dia pulih. lepas tu mereka pulang malaysia semula.

fasya semakin tergila2kan hardy. hardy putus dengan fasya dulu sebab fasya ada affair dengan johan sepupu fasya. tak sangka pula johan tu bekas kekasih raniya. fasya ni sanggup buat apa saja asalkan dapat hardy. dia kemudian fitnah hardy dengan buat gambar superimpose dia dengan hardy. sebenarnya gambar tu gambar fasya dengan johan. kerana fitnah tu, hardy terpaksa bersetuju kahwin dengan fasya. dalam masa yang sama raniya sanggup kahwin dengan anak tok ketua bagi mengelak fasya dari menganggunya lagi dan bagi hardy bertanggungjawab. 

tapi johan kemudian sedar tindakan fasya tu, dia tak sangka fasya semakin terpesong. jadi dia ugut fasya dan akhirnya fasya pun sedar dan mengaku fitnah hardy. dia kemudian minta maaf pada semua orang. lepas tu hardy pula kahwin dengan raniya. the end la...

Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni best, tapi sebab panjang sangat...aku cerita ringkas2 je. Aku suka sangat kalau novel karya Eka Fahara ni, tak pernah menghampakan. berbaloi harga rm28 dengan isinya yg best tu. kalau ada peminat novel yang tersesat di blog ini dan terbaca entry ni, silalah beli novel Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara ni kalau belum pernah baca. 

~gambar selebriti sumber fb in-trend ~