Sunday, March 24, 2013

Novel Egois-Norhayati Berahim

Novel Egois-Norhayati Berahim

Novel Egois-Norhayati Berahim ni keluaran alaf21. Lama punya...novel Egois-Norhayati Berahim ni mengisahkan tentang Fikri dan Atia yang bekerja sebagai remiser saham. fikri ni dah lama cintakan atia tapi tiap kali fikri meluahkan perasaannya, atia mesti buat endah tak endah saja. sebenarnya atia juga suka fikri cuma dia ni ego sikit tak nak tunjuk rasa hatinya.

fikri kemudian buat cerita yang dia kononya dah bertunang. dengan cerita tu dia harap yang atia akan menangis dan mengaku dia cintakan fikri. tapi atia sikit pun tak tunjuk dia frust kalau di depan fikri. atia yang kecewa selalu pulang ke kampung dan rapat dengan sepupunya azali. dalam masa yang sama lokman, lelaki kaya pun sukakan atia. 

hubungan atia dan fikri makin renggang. atia sering mejauhkan diri dari fikri. azali kemudian ajak atia kahwin. atia yang kecewa tu terima je. tapi kemudian tak jadi bila rahsia pecah, azali tu abang kandung atia tapi lain emak. bapa atia pernah kahwin dengan mak azali sebelum dia kahwin dengan mak atia. atia tambah2 frust dan menerima cadangan kawannya untuk kerja di hong kong.

fikri pula risau bila tahu atia nak berhenti kerja. rancangannya langsung tak menjadi malah membuat atia makin jauh dari dia. fikiri kemudian menculik atia atas bantuan siti dan ikram. mereka tinggal di rumah baru fikri, masa tu barulah fikri berterus terang tentang pembohongannya mengenai tunangnya itu. dia buat semua tu sebab terlalu cintakan atia. atia marah sangat tapi dalam masa yang sama dia terima juga fikri. 

lepas tu ada pencegah maksiat datang, dorang pun kena kahwin dalam masa terdekat. bila mereka dah kahwin, baru fikri dan atia tahu yang tangkap dorang malam tu bukan orang jabatan agama tapi kawan2 ikram. ikram dan siti yang rancang lebih sebab takut atia masih tak maafkan fikri. fikri terkejut tapi dia tetap berterima kasih pada siti dan ikram, kalau tak belum tentu dia dapat kahwin dengan atia dengan secepat itu.

Komen~Dulu aku sangat minat novelis Norhayati Berahim ni. Sekarang pun minat cuma dah lama tak beli novelnya. Ada satu lagi novelnya yang aku suka 'Cinta Pertama' hero dia nama Carl Zafran. Novel Cinta Pertama ni pernah diadaptasi dalam drama RTM yang tajuknya 'Tak Tercapai Akalmu' lakonan Ady Putra dan Lisdawati.

No comments: