novel tarikh luput cinta-lynn dayana
aku suka novel tarikh luput cinta-lynn dayana ni sebab cover dia cantik dan comel. lagi pun aku memang suka novel2 lynn dayana. tajuknya pun nampak lain dan unik. cuma aku penat sikit nak baca perbualan antara iman dan airel juga antara airel dan rezzal...terlalu banyak loyar buruk, boring juga. tapi macam mana pun aku memang suka novel ni.
novel tarikh luput cinta-lynn dayana ni tentang imanina, airel dan rezzal yang di tawarkan dengan wang 22.5 juta oleh tuan hj kamarul, seorang jutawan yang tak punya waris. dia memilih mereka bertiga ada sebab2 yang tersembunyi. untuk dapatkan wang tu, mereka bertiga kena bersaing untuk tingkatkan jualan dalam 3 syarikat tuan hj kamarul yang masing2 diuruskan oleh imanina, airel dan rezzal. dalam masa yang sama faizal anak angkat tuan hj kamarul berniat hendak bolot harta dia bekerjasama denga sarina pembantu peribadi tuan haji kamarul.
~airel ~
novel tarikh luput cinta-lynn dayana
rancangan jahat faizal dan sarina mula goyah bila faizal jatuh cinta dengan imanina. lina yang diupah oleh mereka untuk menjatuhkan rezzal juga jatuh cinta dengan rezzal. dalam masa yang sama, macam2 kejadian buruk menimpah mereka bertiga. airel dan rezzal beberapa kali hampir terbunuh. airel pula jatuh cinta dengan iman tapi iman sukakan hilman peguam tuan hj kamarul. sayangnya hilman dan bertunang dan masa hilman kahwin, iman pula di culik oleh faizal.
~ imanina ~
novel tarikh luput cinta-lynn dayana
rezzal dulu yang tahu faizal dan sarina dalang disebalik kejadian malang yang tak habis2 menimpah mereka. so dia ekori faizal dan jumpa imanina. rezzal sempat berhubung dengan airel. lina juga datang ke tempat persembunyian faizal tu. lina dan faizal bertengkar dan rezzal keluar dari tempat dia bersembunyi tu untuk selamatkan lina yang nak dibunuh oleh faizal. tapi tak sempat bila faizal tikam lina. lepas tu dia tembak rezzal pula sebelum dia pula ditembak mati oleh polis.
~ rezzal ~
novel tarikh luput cinta-lynn dayana
iman rasa sangat bersalah dan susah nak terima kenyataan tu. kalau rezzal tak datang selamatkan dia mesti reezzal tak kena tembak. rezzal koma di hospital dan tak punya harapan untuk sedar lagi. akhirnya rezzal dimatikan memandangkan dia penderma organ. semua orang sangat sedih terutamanya ibu rezzal, airel dan imanina.
semua terbongkar dan sarina sudah ditangkap. tuan hj kamarul tak sangka hal itu terjadi. rahsia juga terbongkar yang mak iman tu bekas girlfriend tuan hj kamarul. bapa rezzal pula adik angkat hj kamarul. dia tak suka mak rezzal tu sebab baginya perempuan tak setia. bila bapa rezzal mati kemalangan, hj kamarul tuduh mak rezzal tu pembawa malang dan menyalahkan mak rezzal sebabkan adiknya mati. airel dipilih oleh tuan hj kamarul pula sebab mak airel tu kahwin dengan kawan baik hj kamarul yang kaya. bila bapa tiri airel tu mati, semua harta jatuh pada mak airel. itu yang dia dendam pada 3 wanita tu dan berniat balas dendam pada iman, rezzal dan airel.
tapi kemudian tuan hj kamarul insaf dan minta maaf dengan mereka semua. hj kamarul pun meninggal dunia.. lepas tu, airel dan iman nak keluar dari syarikat tu tapi kena bayar 1 juta untuk saman. tapi kontrak tu batal kalau iman dan airel berkahwin. iman memang nak tarik diri pun tapi dia tak punya duit sebanyak tu. airel je yang releks sebab dia tak kisah kena kahwin dengan iman. tp akhirnya mereka kahwin juga dan lepas tu terbongkar lagi satu rahsia. sebenarnya tuan hj kamrul tak ada pun bagi syarat saman 1 juta dan kontrak kena kahwin tu. mak airel yang rancang masa hj kamarul dah insaf. lagi pun mak airel tahu airel memang cintakan iman dan iman pun suka airel cuma tak mengaku.
komen~aku suka airel dan sangat2. kesian denga rezzal. sedihlah cara wataknya ditamatkan. aku tak dapat bayangkan kalau aku menghadapi situasi macam tu...rasanya tak sanggup sama sekali. aku benci faizal dan sarina tapi lagi benci sangat dengan lina. bagi aku sebab lina rezzal mati...rezzal pun satu, dah lina tu jahat pun dia suka juga perempuan tu. arrghhh lelaki memang selalu buta bila jatuh cinta!
~gambar selebriti sumber google~
No comments:
Post a Comment