Saturday, July 25, 2009

novel bayangan rindu-anis ayuni



novel bayangan rindu-anis ayuni

novel bayangan rindu-anis ayuni merupakan novel yang banyak kali aku baca. terutamanya part2 yang melibatkan kiew dan iddya hihihi. novel bayangan rindu-anis ayuni ini aku beli pada 17 mei 2008. ingat tarikh sebab semua novel2 yang aku beli, aku tulis tarikh dan nama kedai tempat aku beli. hihihi begitu terperinci maklumatnya ye.

novel bayangan rindu-anis ayuni ni mengisahkan tentang iddya yang berkawan dengan baein di zaman persekolahan. tapi kemudian terputus bila baein melanjutkan pelajaran di luar negara. kemudian iddya bertemu semula dengan baein setelah mereka masing2 sudah dewasa. baein mula memikat iddya semula.


  ~ ini kiew~

pada masa yang sama iddya bertemu semula dengan rakan sekolahnya dulu kiew. mereka jadi rapat dan kiew tempat iddya meluahkan masalahnya. iddya kemudian bercinta pula dengan lutfi seorang duda tapi kemudian hubungan mereka terputus sebab lutfi merupakan anak susuan ibu iddya dulu. kira adik beradiklah tak boleh kahwin gitu.

baien pula tak putus-asa untuk mendapatkan iddya semula. isteri baein pula tak habis2 menyalahkan dan menuduh iddya pengacau rumahtangganya. dalam diam2 iddya jatuh hati dengan kiew yang banyak membantunya ketika ada masalah. akhirnya iddya tahu juga kiew cintakan iddya dari zaman persekolahan mereka lagi. tapi kiew sorang lelaki yang baik tak pernah nak ambil kesempatan tiap kali iddya putus cinta. dipendekkan cerita, mereka berdua juga. baein? bye2..boleh blah! hihihi

dalam novel bayangan rindu-anis ayuni ni, kiew peluk islam dengan nama umar aisy. tapi aku lagi suka nama kiew sebab dekat2 dengan bunyi que sera, sera. lagu lama ni juga lagu yang dinyanyikan oleh iddya masa kat perth. rasa comel sangat iddya nyanyi lagu macam tu.

"que sera, sera.
whatever will be...
will be...
the future's not our to see
que sera, sera
what will be...
will be..."

No comments: