Novel Kasih Yang Suci-Meen Zulaikha, ini antara cover novel yang paling aku suka tengok. mula2 tengok cover kasih yang suci-meen zulaikha ni terus rasa nak beli biarpun belum baca sinopsis kat belakangnya. isinya memang boleh tahanlah bagi seorang penulis yang menghasilkan karya pertamanya. aku memang suka sebab kasih yang suci-meen zulaikha ini berkisar tentang percintaan cina dan melayu.
"Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth. Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.''
kasih yang suci-meen zulaikha
No comments:
Post a Comment