Monday, October 13, 2014

AF2014~Ziha tersingkir



Lama aku tak cakap pasal benda lain...asyik cerita novel saja. Macamlah dunia aku cuma novel aje...takde novel takde entry. Ada novel baru ada entry...hehe. AF? Dulu aku selalu juga buat entri pasal af. sebenarnya aku memang sangat sukakan af tapi af yang dulu2lah. zaman2 af3, 4, 5 dan 6. lepas tu terus hilang selera sikit demi sedikit. af selepas tu terlalu banyak pembaharuan yang bukan2. menyampah sangat2 tengok. paling menyampah af tahun lepas dan tahun sebelumnya. boring sangat2. 

AF2014, ok sikit sebab ada diari. Diari pun macam diari af yang dulu2, bilik merah tu. Sebenarnya rindu sangat diari dan bilik tu. mengingatkan af yang lama2. sebab diari dan tenaga pengajaran pun yang lama (siti Hajar, Marlia Musa, Fatimah dan Linda) tu yang buat aku rasa nak tengok af sekarang ni. kalau buat pelajar menari untuk persembahan macam dulu2...lagi best. Tak ada guna penari latar, semua pelajar yang jadi penari latar...kan lagi best...macam zaman af2 dan af3...best sangat. 

Semalam minggu rock tapi macam tak rock sangat...slow aje. Harapkan Firman aje. Tu pun dia dapat lagu 'kerja gila' taklah rock sangat pun. Patut dia dapat lagu yang banyak jerit2 baru best. Lagu Zarif hukum karma tu memang rock habis tapi sayang zarif bukan rock pun, jadi lagu tu macam hambar je. betul kata awie, kalau orang tak rock memang tak rock jugalah. kalau cuba, tu yang jadi beruk! kikikiki... rock memang bukan dibuat2 tapi datang dalam diri sendiri. Ewal pun tak best semalam. Sayang betul lagu Fanatasi Bulan Madu~Search, sangat hambar Ewal bawa.

Adel best juga semalam tapi nak kata rock pun taklah berapa menjadi sangat. Cuma kebetulan cara dia bawa lagu tu best, dia pun nampak aktif atas pentas. Kena pula lagu tu pun memang best dan memang lagu zaman sekarang. Jadi orang pun, lebih senang nak terima. Yang lain2 tu, semua boring...rock jadi pop! 

yang keluar semalam Ziha...dia bawa lagu 'luka dilukai' nyanyia Shima. Sebenarnya  Ziha ok, ada tarikan walaupun suara biasa aje. Tapi mungkin takde rezeki nak duduk lama di af. Bagi aku, Ziha lagi best dari Nina, Aman dan Azwan. Semalam masa Zarif di bottom 3, risau dan berdebar sangat. takut dia yang keluar. kalau dia keluar mesti Firman takde kawan rapat. Nasib baik Ziha tapi kesian pula dengan Ziha. minggu ni entah tema apa pula.


No comments: