Monday, October 13, 2014

Good Daughter, Hana ( 잘키운 딸 하나 )

Lamanya aku tak post tentang drama korea yang aku suka tengok. Selalu nak buat entri tapi lepas tu lupa. Kali ni betul2 ingat dan terus buat. Good Daughter, Hana...nilah drama yang aku layan sekarang ni. Mula2 tengok episod awal memang best tapi bila Ha-Na dah besar, muncul hero Do-Hyun. Terus aku kecewa habis sebab Do-Hyun tak hensem! Rasa macam tak boleh terima dia dengan Ha Na. Masa tu adalah juga ternampak lelaki lain yang nampak lebih menarik walaupun tak sehensem Lee min Ho... (Han Yoon-Chan la tu...). Tapi ingatkan watak sampingan...dan aku juga ingat tu warden hostel Ha-Na hehe... dalam hati aku 'eh warden ni lagi hensem dari Do Hyun'. Dia selamatkan Ha-Na tu aku dah rasa, lelaki ni lagi padan dengan Ha-Na tapi bila fikir dia macam sampingan aje...tak jadilah aku fikir lebih2 nak bayang ending drama ni dia dengan Ha-Na. Masa tu pun Ha-Na dah syok dengan Do-Hyun. Aku pun malaslah nak cerita ni, tak selera nak tengok Do Hyun.

Hanya lepas Ha-Na jatuh, Do Hyun kahwin dengan Ra He...barulah aku tengok semula sebab masa tu nampak macam si warden hostel tu dah macam jadi penyelamat Ha-Na. Bila Yoon-Chan balik semula ke Korea untuk bawa Ha-Na keluar dari kegelapan, terus aku tak tinggal satu episod pun. Terus rasa watak Yoon-Chan sangat penting. Terus rasa Yoon-Chan menarik, berkarisma dan sesuai dengan Hana. Terus rasa jatuh cinta dengan Yoon Chan juga...hehe. Suka sangat tiap kali dia tolong Ha-Na. 

Cara dia cintakan Ha-Na tu yang menarik. Senyap je...tak canang sana sini macam Do-Hyun. Tapi dalam masa yang sama dia bantu Ha-Na capai apa yang Ha-Na impikan. Sentiasa ada di sisi Ha-Na tak kira susah dan senang. Sanggup lindungan Ha-Na sekalipun nyawa dipertaruhkan. Memang cintanya jauh sangat beza dengan cinta orang lain. Ada masanya aku rasa kesian sangat dengan Yoon-Chan...terutamanya bila dia banyak sangat tolong Ha-Na tapi Ha-Na masih tetap dengan Do-Hyun. 

Sebab dah rasa macam angau dengan Yoon-Chan, aku google la ending cerita ni. Terjumpa blog ini dia bagi spoiler Hana dengan Yoon-Chan juga akhirnya. Rasa nak melompat2 atas katil masa tu. Hahaha...bukan apa happy sangat. Hari-hari rasa tak sabar nak tunggu cerita ni main. Nak tengok online, kat rumah cuma guna wifi je...Sakit jiwa kalau nak tengok. Takpelah tengok kat tv aje...


 

Tiga gambar kat atas tu aku ambik dari blog Nurfarhana. Cantik aje gambar yang ada dalam blog tu...sila klik nama kat atas tu untuk tengok blog dia. Gambar lain2 kat bawah ni, semua aku jumpa kat google aje. Semua gambar Yoon-Chan dan Ha Na aje.


 Aku suka tengok Yoon-Chan sekarang ni, nampak sangatlah menarik. Sentiasa kemas aje penampilannya. Tapi dalam hati, aku rindu nak tengok penampilannya yang dulu...masa Ha-Na panggil dia Along? Suka tengok dia macam ganas2 sikit tapi dengan Ha-Na, dia lembut dan sopan. Walaupun dalam penampilan ni Yoon-Chan kurang senyum dan nampak macam penuh misteri tapi aku lebih suka. Eh, cukuplah...dah panjang aku menaip. Nak buat kerja lain dulu...asyik cakap pasal Yoon Chan, kang bertambang angau jadinya.

Park Han-byul as Jang Ha-na/Jang Eun-seong

Lee Tae-gon as Han Yoon-chan


Ini, bukan dalam drama tu...masa pembikinan.







Dan ini Lee Tae Gon dalam Running Man...episod 99. kelakar tengok dia ni...terutamanya masa pertandingan lontar kayu aiskrim tu...hahaha...boleh je dia kalah dengan ji hyo. Kalau nak tengok klik SINI






Credit to : http://nurfarhanaabdullah.blogspot.com
                 http://syuk6692.blogspot.com
                 http://kshowonline.com
                 pakcik google

No comments: