Novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni
Assalamualaikum? Holla, blog!
Novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni salah satu novel Alaf21 yang saya suka. Cover cantik dan cerita pun best. Boleh dikatakan semua novel Anis Ayuni yang saya baca memang best semuanya. Tak baca sinopsis pun dah tahu best. Novel ini juga antara novel Anis Ayuni yang paling tebal.
Novel Kemersik kalbu-Anis Ayuni ini mengisahkan Raihana seorang guru di kg Layangan. Di sana dia berkenalan dengan cikgu Wan. Kemudian jatuh cinta dan bertunang. Mereka banyak merancang tentang kehidupan mereka termasuk membina rumah impian mereka.
Malangnya, abang Wan meninggal dunia kerana lemas di sungai sewaktu aktiviti dengan pelajar. Raihana kecewa dan sukar untuk melupakan abang Wan. Dia sering ke kubur untuk membacakan yassin. Kemudian, muncul cikgu Syikin yang baru mengajar di sekolah itu. Mereka jadi rapat dan sama2 menyambung pelajaran di IPT.
Raihana kemudian bertemu dengan Sufian anak auntie Zarina yang juga ibu saudara cikgu syikin. Sejak mula2 lagi Sufian sudah jatuh cinta dengan Raihana. Pelbagai cara dia guna untuk cuba memikat hati Raihana tapi Raihana masih setia pada cinta abang Wan.
Demi untuk dapatkan Raihana, Sufian perangkap Raihana. Raihana pun tertipu dan setuju kahwin dengan Sufian. Raihana kemudian cemburu bila Sufian ada hubungan dengan perempuan lain. Masa itu barulah dia sedar dia sayangkan Sufian. Sebenarnya Sufian tu baik dia buat macam tu sebab nak sedarkan Raihana.
Lebih kurang macam tulah ceritanya. Banyak babak2 menarik antara Sufian dan Raihana. Saya paling suka masa Raihana kira berapa cucuk lidi satey yang Sufian letak depan pinggannya, lepas tu dalam hati raihana cakap...'kuatnya dia makan satey' hahaha. Suka sangat part tu. Lagi satu masa Sufian tiba2 datang masa sekolah buat hari terbuka. Semua pelajar suka dengan sufian.
Kalau cakap pasal Sufian dalam novel Gemersik Kalbu, memang tak kan habis2 sebab boleh dikatakan semua tentang sufian saya suka. Cerita abang Wan, saya tak berapa suka. Saya suka sufian aje. Yang belum baca novel Gemersik Kalbu, cepatlah beli. Tak rugi beli sebab jalan cerita memang best sangat. Ok, bye.

1 comment:
Saya baru baca kali ke 2. Ya, ok juga novelnya. Kali pertama tidak berapa suka. Kali ini, saya suka :)
Post a Comment