Monday, March 21, 2011

true friendship

sumber : google

kita ibarat aur dengan tebing
saling memerlukan antara satu sama lain
terpatri ikatan mati
bagai tugu tegak berdiri
umpama isi dengan kuku
yang tiada terpisah
walau apa keadaan pun

antara kita banyak perbezaan
berlainan arah hidup
berbeda matlamat
namun tidak sesekali
meluntur semangat persahabatan kita
lantaran tujuan kita sama
untuk menuju kehadapan
demi impaian kejayaan

sama-samalah kita menambah lagi
semangat setia kawan
agar tugu yang terbina
tidak roboh
diruntuh dek musuh tersembunyi
menyimpul berkali-kali tali persahabatan
biar tidak bisa dileraikan
oleh tangan lain
yang mencemburi kita

by bz the witch


Sunday, March 20, 2011

i love my blog

aku baru habis baca entry di beberapa blog yang aku lawat tadi. menarik, semuanya best. tak jemu baca setiap entry mereka. tak macam blog aku ni...blog ss lepas tu entry macam taik ayam je...hahaha...bila agaknya aku menghasilkan tulisan2 yang menghiburkan macam isi blog2 mereka tu?!!!

blog yang menarik boleh dinilai dari cara tulisan dan cerita yang disampaikan. cerita2 kelakar pun mampu menarik orang ramai membaca entry yang dipublishkan. sayangnya blog aku tak macam tu. blog aku....? aku sendiri pun tak tahu nak tafsirkan apa bentuk dan jenis blog aku ni. tapi yang pasti blog aku ni memang jenis ss.


sejak kembali ke dunia blog, aku rajin nak update tapi yang aku update tu, entah apa2 je. aku sorang je yang seronok tengok entry aku. hahaha, tu lah semakin lama semakin bertambah ke ss blog aku ni. dalam kata lain, aku tulis sendiri...aku juga yang baca sendiri!

tapi tak mengapa, sebab aku kena ingat tujuan aku berblog awal2 dulu....aku cuma mencari tempat untuk meluah apa yang aku tak dapat luahkan di alam realiti. disamping tu blog ni tempat aku simpan macam2 info yang aku jumpa masa mengoogle.

bukan tak boleh simpan dalam folder di lappy tapi kalau simpan dalam blog, boleh letak gambar2 hiasan disetiap info2 tu. lagi satu blog aku ni sengaja aku isi tentang perkara2 lama yang pernah berlaku pada aku sebelum2 ini. termasuklah yang berkaitan hiburan. moga2 satu hari nanti boleh jadi rujukan bila aku mengalami kenyanyukan yang melampau!

ops, bukan minta2....tapi kita tak tahu apa akan terjadi esok. tapi harap2 tu ingatan sentiasa segar dan memori tak berkurang biarpun usia meningkat tua dikemudian hari...insyaAllah.

sumber : google

apa2 pun aku harus bangga dengan blog sendiri! kalau bukan aku yang bangga, siapa lagi kan? hahaha...harus bangga dengan kemampuan yang kita ada biarpun kemampuan kita tak sehebat kemampuan orang lain. bersyukur sentiasa....akhir kalam, i love my blog...


Friday, March 18, 2011

man juara raja lawak 5

sumber : google

baru habis tengok raja lawak tadi...finale dah tadi. risaunya...ingatkan BALAS yang jadi juara memandangkan undian mereka yang tinggi. tapi akhirnya MAN juga yang di nobatkan sebagai juara raja lawak musim 5.
yahooo...man juara raja lawak 5. memang tepatlah pilihan penonton sebab man memang lawak pun. aku ingat semua episod dia lawak kecuali masa tema 70an...dia tiru Hail Amir. kurang sikit lawaknya masa tu.
tadi, masa lawak bebas tu...memang lucu juga tapi yang paling lawak masa komedi muzikal tu lah. siap nyanyi lagu untuk mat rempit. hahaha, memang buat aku ketawa...

sumber : google

naib juara pula kumpulan R2...ok jugalah...memang buat orang ketawa tapi komedi muzikal tu, persembahan mereka belum habis lagi tapi masa pula dah tamat. nampak sangat R2 tak puas hati...tak ceria terus. mungkin silap part nyanyi tu...panjang sangat. tapi tak kisahlah...dapat no.2 pun kira baik.
aku puas hati sangat2 dengan keputusan malam ni. macam tak percaya je man juara raja lawak 5...kelakar tengok muka dia tu. 24 jam senyum tersengih...tapi bila diumumkan sebagai juara, terus senyum hilang dan diganti dengan muka sedih nak nangis...tangisan kegembiraan gitu...

Sunday, March 13, 2011

petanda orang tak ada matlamat


sumber : google

Petanda pertama Anda orang tak ada matlamat: Anda asyik keboringan.
Orang yang asyik keboringan tak tahu apa yang nak dibuat maksudnya dia tiada apa-apa yang disiapkan, dikerjakan, disempurnakan. Masa yang ada dibiarkan berlalu begitu saja sedangkan masa yang ada tu dia boleh guna untuk melakukan berbagai perbuatan berfaedah untuk kebaikan dirinya sendiri.
Apabila Anda suka mengeluh sebab Anda selalu keboringan, itu petanda paling jelas Anda orang tak ada matlamat. Jika tetiba rasa boring, carilah sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan, yang berguna untuk kemajuan diri Anda. Untuk mengatasi keboringan, tanya diri Anda dengan soalan-soalan ni:
a.Apa yang boleh Anda lakukan sekarang ni?
b.Apa yang belum siap?
c.Ada apa-apa yang boleh dibuat?
Tanya dan terus tanya diri Anda. Pastu lihat sekeliling dan fikir. Anda akan jumpa sesuatu perkara yang boleh dilakukan bagi mengelak keboringan. Lama-kelamaan minda Anda akan terlatih untuk meletak matlamat dalam apa jua yang Anda lakukan kesan dari terbiasa melakukan teknik ni. Rahsianya, tanya diri sehingga jawapan ditemui.



The Last Romance In Hong Kong

sumber : google

aku tengok cerita ni semalam di prima. dari nampak iklan lagi aku sudah tunggu2 cerita ni main. bukan apa aku ni kalau cerita filipina memang aku suka.

the last romance in hong kong ni dilakonkan oleh dennis trillo dan carla abellane. lama tak nampak dennis berlakon. teringat wataknya sebagai eboy dalam kahit kailan dulu. berbeza betul dari cerita semalam tu.

the last romance in hong kong ni tentang rackie yang menghidap barah otak. dia pergi hong kong dan bercuti di kapal star cruise. rackie bertemu dengan hero yang berkerja di kapal itu. then lepas tu jatuh cinta tapi rackie mengelak sebab dia tak mahu hero sedih bila dia mati nanti.

hubungan mereka berakhir bila kapal sudah berlabuh. hero kemudian membatalkan perkahwinannya dengan remy dan kembali pada rackie. hero dah tahu rackie hidup tak lama tapi dia tetap mahu menghabiskan masanya sementara rackie hidup.


Saturday, March 12, 2011

gangguan jin dan syaitan


sumber : google

tanda2 gangguan waktu tidur

Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

Mimpi yang sangat menyeramkan.

melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

Berperasaan sedih pada saat tidur.

Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

Bermimpi melihat hantu.

tanda pada waktu sedar atau jaga

Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

contoh2 lain gangguan

Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

diantara penyebab gangguan
Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.

Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.

Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.


sebab masuknya jin dalam jasad manusia


kadang2 terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
cara jin masuk dalam jasad manusia
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.
perlindungan terhadap gangguan
Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
Terjumpa sesuatu di atas tanah.
Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Friday, March 11, 2011

jepun dilanda gempa bumi dan tsunami


aku senyap seketika masa tengok berita tentang gempa bumi yang melanda jepun siang tadi. gempa bumi 8.9 magnitud di timur laut negara itu mengakibatkan tsunami setinggi 4 meter.





kereta banyak yang hanyut dan bangunan, rumah pun banyak yang musnah. takutnya...harap2 m'sia selamat dari bencana alam yang dahsyat macam tu. moga2 Allah swt sentiasa melindungi kita semua




gambar sumber : google


aku rindu aidilfitri

kalau ada orang terbaca entry 'aku rindu aidilfitri' ni, mesti orang tu fikir aku ni sot! ya lah kan, sekarang ni baru masuk march, puasa pun jauh lagi. tapi aku sudah buat entri raya! tadi pun aku dengar lagu raya pulanglah nyanyian aishah.



hahaha, tapi betul aku rindu sama aidilfitri...rindu mau makan ketupat, nasi impit dan lemang. makan dengan kuah satey, kari ayam atau rendang daging.


sumber : google


cepatlah masuk bulan ramadhan, tak sabar mahu puasa...mahu buat kuih raya, hias rumah, pasang lampu kelap-kelip. lepas tu jahit baju raya, pasang langsir baru dan sapu laman rumah.



lepas tu...dengar dengar lagu wajib ku tiap kali raya 'kepulangan dinanti-aman shah' dan anuar & elina 'suasana hari raya. sambil2 tu boleh jalan2 ziarah rumah saudara-mara dan kawan2.

memang tak sabar2 mahu tunggu ketibaan hari yang cukup mulia dan menggembirakan tu. lepas ni mahu sambung dengar lagu raya lagi...hahahah, memang sot!


Wednesday, March 9, 2011

Growing Through Life (摘星之旅)


Hoi Sing (Hanson) (Raymond Lam) and his mother Ho Wai Sum (Lui Yau Wai) runs a domestic appliance manufacturing factory (Sing Moon Tin Electrical Appliance) that have been left by his father.

Hanson’s uncle Hoi Leung (Albert) (Damian Lau), a money-minded businessman seeks any opportunity to acquire Sing Moon Tin. Albert's wife Cheng Ming Chu (Liza) (Cecilia Yip) and daughter Hoi Mei Si (Macy) (Toby Leung) intercede the acquisition plans as they value the importance of family since the business belongs to the family and that Hanson would like to maintain Sing Moon Tin.

Through persuasion Liza and Macy convinces Albert to put the acquisition on hold. However, a business opportunity arises, Albert (being the major shareholder) places a spy Fong Lai King (Zhao Ziqi) in the factory to cause mishaps. To persuade Albert in giving up on the business plan, Wai Sum decides to reveal a long-kept secret to him.

Hanson invites his friend Chung Lam Tai (Linus) (Bosco Wong) to join the factory so that he no longer has to fight alone for the family business. Withholding the trust in the friendship it does not cross Hanson's mind that Linus would betray him such that his friend is a wolf in sheep skin.

Hanson's fiance Chok Yiu Kwan (Ella) (Vionn Song) cancels the wedding all of a sudden and gets betrayed by Linus. Then, the cold reality eventually forces Hanson into the fiercest commercial wars.


gambar & sinopsis sumber : google

Monday, March 7, 2011

mentor 5


aku minat tengok mentor sejak season 1 lagi...masa pija nyanyi. seronok tengok masa tu. masa musim 2 Fiq pun lagilah suka tengok. cuma mentor 4 yang aku tak tengok sebab kurang menarik.


sihah,ratnah,aiman,ayish,iqa & salma

mentor 5 kali ni, sejak episod ujibakat lagi aku memang dah tengok. teruja sikit masa tengok ujibakat di sabah tu. lawaklah orang sabah menyanyi...buat orang pecah perut ketawa. ada yang suka2 datang, nama mentor pun langsung tak tahu.


salma

lepas tahu erra fazira ambil orang tawau jadi protegenya, terus tambah semangat nak tengok mentor 5. ye lah mentor 4 kan takde orang sabah tersenarai...kali ni rasa terubatlah juga kekecewaan tahun lepas tu.

semalam episod pengenalan mentor 5 dengan protege masing2. lamanya nak tunggu erra keluar dengan protegenya tu. aku enjoy juga masa tengok peserta ujibakat tu nyanyi lagu dato sharifah aini tu.

memang ok habis...harus tv3 buat pertandingan lagu2 70an, bagi peserta macam budak tu masuk. tapi mak dia pula yang rosak, nangis masa duet dengan dato sharifah!

masa tengok sihah dengan Iqa nyanyi terus dalam hati kata "wow! bakal juara ni." memang takde peluanglah protege erra. tapi bila tengok salma muncul dan nyanyi...hmmm, saingan sengit nampaknya.

tak sangka pula salma tu nyanyi bagus macam tu sekali. ingatkan ala-kadar macam anum af8 dan mas af2 saja. rupanya2 lagi up byk dari tu. bertuah juga erra dapat protege suara ada umph...macam tu.

harap2lah episod akan datang dia nyanyi lagi bagus dari semalam. jangan episod pengenalan je best lepas tu prestasi terus menurun. selalu ramai peserta macam tu. mana yang mula2 tengok lembik2 pula yang makin lama makin baik dan muncul juara.

tak kisahlah siapa yang menang mentor 5, asalkan salma tu nyanyi bagus dan orang terhibur, itu dah cukup baik biarpun tak menang. semalam sihah paling ramai penyokong...biasalah bekas budak perlude af, memang dah ada peminat.

tapi aku suka sihah juga sebab berbakat. Iqa pun sama...cuma style nyanyi sebijik camelia. ratnah, oklah cuma terlebih bergerak...macam muzikal aku rasa persembahannya semalam.
ayish protege noh tu...macam ek lah pula. adoiii...noh pun asyik buat lawak yang dia sendiri je ketawa besar!

aiman?ini lagi seorang yang menang dari segi rupa. macam aliff aziz lah. aku suka juga dengar suara dia tapi macam takde semangat je rupa dia tu tu. lagu bukan main rancak tapi pergerakan, macam orang sakit pun ada!

harap2lah lain persembahan dia ni tujuk bakat sebenar. jangan bagi malu rahim maarof...sudahlah. minggu depan bolehlah tengok kumpulan A buat persembahan.

p/s: seronok tengok pija, fiq dan black buat persembahan pembukaan semalam...rock giler beb!

gambar sumber : google




Sunday, March 6, 2011

Raja lawak 5


Mula2 dulu aku tak suka pun tengok raja lawak ni. Aku rasa dorang ni tak lucu pun sebab kena paksa buat macam2 lawak. Tapi tahun lepas bila ada alex dan kumpulan kecik masuk,aku terus suka tengok rancangan ni. lagi best bila kecik dinobatkan sebagai raja lawak 4.



Tahun ni raja lawak 5, takde peserta dari sabah pun.ok la tu,kalau asyik nak orang sabah je,baik buat rancangan sendiri kan. Walaupun takde sabahan tapi aku tetap minat tengok setiap minggu.jumaat 9pm,105 waktu yang aku nanti2kan untuk menghiburkan hati dan ketawa melihat lawak2 dari peserta yang bertanding.


nazmi

Awal2 lagi aku sudah jatuh cinta dengan lawak selamba kumpulan r2, nazmi dan man.merekalah yang selalu aku tunggu.tiap2 minggu memang persembahan mereka tak pernah menghampakan.aku paling suka masa tema tiru selebriti tu.r2 tiru mj, hahaha...memang sakit perut aku ketawa masa tu bila yg gemuk tu asyik cakap i love u. Man lagi bikin geli ketiak, tiru eric leong dan nasir bilal khan!



Semalam epy dah keluar.dah lama aku rasa dia patut keluar tapi kesianlah pula masa dia diumumkan tersingkir.takpe lah dah banyak pun pengalaman dia timba sepanjang beberapa minggu dia bertahan tu.nampaknya dari segi undian kumpulan balas sentiasa di atas.tak pernah jatuh sejak beberapa minggu yang lalu lagi.sampai 80% lebih.biar betik?!! Dah macam masa af3 waktu tsumawi melanda.

Aku memang tak suka kumpulan balas sebab ada lawak2 mereka yang tak lawak tapi lebih kepada sinis dan menyentuh sensitiviti seseorang.lagi satu kenapa aku tak suka kumpulan balas ini sebab ada lawak2 mereka yang berbaur lucah. Ingat2 lah,kalau nak buat orang ketawa pun...bukan semua penonton raja lawak tu 18 ke atas. Budak2 pun ramai yang tengok juga. Bagilah contoh lawak yang tak membluekan otak budak2 tu.

Apa2 pun aku rasa, inilah juara tahun ni,biasalah sms...apa ada pada bakat,kan. R2,nazmi dan man, tak jadi raja lawak pun takpe. Janji mereka dah buat penonton ketawa dengan bakat lawak sebenarnya mereka.kira oklah tu...lagi pun yang tak menang tu lah yang selalunya menonjol.tengoklah zizan dan johan...contoh paling nyata.

gambar sumber : google



Friday, March 4, 2011

rasa malu yang sepatutnya

Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.
Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

credit http://dengantenang.blogspot.com


Catch Me Now ( 原來愛上賊)



baru habis tengok catch me now, drama kantonis di 8tv. aku suka drama ni...rasa sesak nafas tengok episod tadi. sakit hati pun ada...hahaha. tak sabar mahu tengok episodnya esok malam.


American Idol Reveals Season 10′s Top 13 Contestants



And then there were…13!?
Forget about a top 12. American Idol season 10 picked its top 13 finalists of the season last night (March 3) in the season’s first live results show. For the first time ever, Idol went straight from the top 24 to the top 13, choosing the finalists by the top five girls and top five guys voted on by America and three wildcard slots voted on by the judges after a ‘sing for your life’ round.
Avoiding the sudden death sing-off and making it into the top 13 by earning America’s votes were Casey Abrams, James Durbin, Jacob Lusk, Scott McCreery, Paul McDonald, Lauren Alaina, Haley Reinhart, Thia Megia, Karen Rodriguez, and Pia Toscano.
Making it through after impressing the judges in the sing-off was Stefano Langone, who took it to church with a soaring rendition of Smokie Norful’s “I Need You Now,” Ashthon Jones, who played up her diva persona by singing “And I’m Telling You I’m Not Going,” and Naima Adedapo, whose earthy and soulful voice on “For All We Know” carried her through.
The newly named top 13 perform for America’s votes on Wednesday, March 9.

gambar & info sumber : google



Wednesday, March 2, 2011

9 jenis syaitan


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

gambar & info sumber: google


Tuesday, March 1, 2011

Spa Ikan di 'Tagal' Sg.Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau




Spa Ikan di 'Tagal' Sg.Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau

Assalamualaikum? Holla, blog!

Ini salah satu tempat menarik yang ada di sabah. Tempat ni dekat2 dengan Sabah Tea. Ada jambatan gantung juga. Tapi saya tak dapat upload gambar2 di jambatan gantung tu sebab semua gambar kurang bagus. Maklumlah ambil gambar guna hp kohol2 saja.


Spa Ikan di 'Tagal' Sg.Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau


Spa Ikan di 'Tagal' Sg.Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau


Spa Ikan di 'Tagal' Sg.Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau

Jinak habis ikan2 di sini. Kalau tangkap lepas tu bakar, mestu sedap, kena2 pula kalau ada air asam. Fuhh! Memang sedap, tertinggal kereta pun tak apa...hahaha




Spa Ikan di 'Tagal' Sg.Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau



Maklumat lanjut tentang tempat ni, boleh klik sini.