Friday, August 8, 2014

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa

Salam raya...hari ni syawal yang keberapa ye? Lupa dah berapa...hehe. Tapi kemeriahan tu dah semakin kurang. Cuma rumah2 terbuka aje masih banyak.

Oklah aku nak cakap pasal novel Guy Next Door-Rose Harissa. Hehe...masa tengok tajuk terus ingat  kumpulan GUYS NEXT DOOR yang top dengan lagu I've Been Waiting For You dulu (minat habis dengan group tu dulu hehe). Aku dah lama tak baca novel Rose Harissa. Dulukan aku baca buku2 alaf21 saja. Lepas tiga novel (tak silap akulah...kalau salah sila betulkan) dengan alaf21, dia dibawah penerbitan lain Nb dan PTS. masa tu aku dah tak ikut perkembangan Rose Harissa lagi. Hanya lepas baca novel baru dia ni (novel guy next door), barulah aku ikut perkembangan dia semula ( fp dan blog). Jumpa buku dia ni pun secara tak sengaja. Masa tu aku nak beli novel baru, bukalah laman web kaki novel. Tak sangka pula ada novel Rose Harissa. Tapi sebenarnya aku lagi tak sangka dia keluarkan novel baru. Memandangkan aku dulu suka novel2nya, aku terus aje beli novel Guy Next Door ni. Tajuk je pun dah menarik untuk aku beli.

Belum baca pun aku dah tahu novel ni best. Sebabnya penulisnya Rose Harissa...aku memang suka style dia menulis sejak dulu lagi...dia selalu bahasakan diri watak utamanya 'aku'. Tu yang rasa macam dekat saja dengan hati aku. Maklumlah bahasa pertuturan dan ganti diri di tempat aku memang ber'aku-aku'. Tu yang suka baca novel Rose Harissa ni.

Ok, novel Guy Next Door ~ Rose Harissa ni pasal Kristal dan Adam. Dorang ni berjiran tapi tak bertegur-sapa. Kristal pandang rendah pada Adam. Dia ingatkan Adam ni melepak aje harap mak dia tanggung makan pakai aje. Kristal ni taksub sangat dengan bf dia si Fandi tu. Tapi Fandi sebenarnya dah kahwin pun! Mereka putus tapi Fandi masih selalu kacau Kristal. Adam mula rapat dengan Kristal tapi Kristal anggap kawan aje. Lepas mak adam meninggal, Adam balik ke US kerja kat sana. masa tu barulah Kristal teringat2kan Adam. Dia ikut perkembangan Adam melalui kawan dia Mia. 

Adam & Kristal~Guy Next Door (Rose Harissa)

Adam~Guy Next Door (Rose Harissa)

Masa raya, rombongan Fandi datang meminang. masa tu Kristal ingat Adam di US. Tup2 Adam pun muncul masa tu juga. Saja nak suprisekan si Kristal. Mereka pun kahwin dan Adam bawa Kristal tinggal di US. Ok, macam tulah ceritanya.

Sebenarnya banyak part yang best dalam novel Guy Next Door ~ Rose Harissa ...aku cerita ringkas aje. Korang yang suka novel dan suka penulis Rose Harissa ni, silalah beli buku ni. Tak rugi beli...best sangat2. Percakapan mereka memang santai-bantai. Aku suka sangat, ada masa ketawa sendiri baca dialong mak Kristal dan dia...memang kasar tapi kelakar dan mengelikan hati. Aku juga suka adam dalam nakal2 pun dia sangatlah baik dan bertanggungjawab pada mak dia.

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa
Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa


Ini kali pertama saya baca novel yang cara penceritaannya POV1 Adam dan Kristal. Terkejut juga style baru agaknya. Dalam hati saya, tak sangka rupanya dah ada style baru dalam penulisan novel. selalu baca novel cuma jumpa yang guna sudut pandangan orang pertama pencerita atau orang ketiga pencerita. Tapi novel Guy Next Door ni, berbeza sangat. Sebenarnya sudut pandangan POV1 untuk  hero dan heroin ni dah pernah orang buat sebelum ni dalam novel tapi aku aje yang agak ketinggalan.

Tapi walaupun ini kali pertama aku baca novel sudut pandangan POV1 untuk 2 watak utama ni, aku mudah aje rasa serasi dan masuk dalam cerita ni. Lagi best sebab dapat selami dua watak hero dan heroin. Memang best sangatlah. Ada yang cakap, penggunaan POV1 untuk 2 watak  ni mesti letak nama pencerita di setiap bab agar pembaca tak keliru. Tapi dalam novel ni, tak letak pun takpe sebab tak rasa terganggu pun. Mudah je tahu tu monolog atau cerita siapa, Kristal ke Adam. Kalau langkah 3 ke 4 bab pun masih lagi dapat tahu tu bahagian siapa. Monolog dan pandangan/penceritaan Kristal sangat berbeza dengan Adam, jadi sangat mudah untuk dibezakan.

Aku rasa ketagih nak baca novel yang guna sudut pandangan macam ni. Harap Rose Harissa akan hasilkan lebih banyak novel macam ni. Satu aku suka Rose Harissa ni dia berani dan ikut perkembangan semasa dalam buat ceritanya. Oklah, korang jangan lupa beli novel Guy Next Door~Rose Harissa ni ye...

P/S~ aku letak gambar pelakon Thailand tu sebab Rose Harissa bayangkan rupa Adam dan Kristal macam mereka berdua. Cutekan...

Thursday, August 7, 2014

Novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa

Novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa

Ini novel remaja...tapi sebab aku peminat Rose Harissa aku beli juga novel Saranghaeyo Arumi ni. Orang kata novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa ni best. Aku dah baca sikit...baru beberapa muka surat. Ramai yang kata nak tunggu sambungan buku ni. Tapi baru2 ni aku ada terbaca di fp Rose Harissa, katanya novel ni takkan disambung sebab masa dia buat cerita ni malaysia demam kpop. Sekarang kalau buat novel macam ni, tak berapa nak laku katanya. sayanglah juga tak disambungkan. Aku tak kisah sangatlah sebab tak berapa ikut novel2 remaja ni...Aku baca novel ni pun sebab minat dengan Rose Harissa..hehe.

Cover novel Saranghaeyo Arumi ni memang cute habis... Tu model perempuan tu si Fatin Liyana. Memang cantiklah. Kena pula dilukis macam tu...Bestnya kalau buat novel dan dapat lukis cover macam Rose Harissa ni. Tangan dan otak seni betul Rose Harissa ni...tabik habis aku dengan dia.

Memandangkan aku tak baca lagi novel Saranghaeyo Arumi sampai habis jadi tak dapatlah aku nak cerita panjang2 apa yang terselit dalam novel Rose Harissa ni. Banyak dah blog buat review novel Saranghaeyo Arumi ni...google ajelah..hehe.


Wednesday, August 6, 2014

Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza

Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza

salam aidilfitri...

ini lagi satu novel (Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza) yang aku masih tak baca. tengok review dibeberapa blog, semua kata novel ni best. Rasa nak baca cepat tapi belum ada masa yang terluang. baca novel ni, mood pun mesti ada. barulah dapat menghayati jalan ceritanya.

kat bawah ni sinopsis novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza
Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya. Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki. Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya.

edit ~ 21 nov 2014 : Haha...akhirnya aku berjaya juga tamatkan novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza ni. Fuhh! Lama gila untuk habiskannya. Bukan tak best tapi hilang mood nak baca novel lantaran tugas harian yang banyak. Ni pun baru ada mood balik terus baca semua novel yang terperam selama ni. 

Ok komen aku pada novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza ni memang bestlah. Tak rugi baca. Tapi cover tu aku tak suka. Pasal baju tu nampak teruk? Kena tak guna hanger half body je? Nampak jugalah baju pink tu cantik bentuknya. Ok, sorry...aku memang hangin sikit kalau cover tak berapa cantik. Nasib baiklah novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirzaini best.

Ni aku cerita sikit pasal novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza. Diza ni cikgu Sekolah Rendah. Ada adik Daim yang nak ambik UPSR. Cikgu Remy ni suka dekat Diza tapi tak cakaplah. Tapi dari cara dan cakap tu memang nampak sangat suka dekat Diza. Mak Syahrin pula berkenan nak jadikan Diza menantu. Baginya Diza mampu bimbing anaknya yang selalu tuang solat itu!

Syahrin ni sombong dan ek. Menghina pun ya juga nombor satu. Sebenarnya kali pertama dia dah suka Diza tapi sebab dia pernah terluka dengan gf dia dulu...membuat dia jadi benci dengan perempuan bertudung. Baginya perempuan bertudung hipokrit. Ex gf dia dulu pakai tudung tapi perangai macam hantu. Curang dan buat maksiat dengan lelaki lain...Syharin yang tangkap mereka masa kat katil. Tu yang Syahrin ni benci perempuan bertudung. 

Tapi sebab rasa tercabar Diza tolak lamaran mak dia, Syahrin paksa mak dia lamar Diza tu semula. Mak dia pun ok aje. Diza pun terima lepas buat sembahayang istikarah. Bermulalah kisah rumahtangga mereka. Syahrin tunjuk aje gaya membuli tapi sebenarnya syok habis dengan Diza. Ego...

Diza ni relex aje...tak kisah pun yang penting dia jalankan semua kerja yang Syahrin arahkan. Hafiz datang dan kacau daun. Hafiz ni ex tunang Diza. Hafiz bocorkan rahsia Diza yang dia bukan anak yatim piatu tapi masih ada mak. Mak dia duduk di penjara kajang sebab kesalahan membunuh tanpa niat. Mak dia bunuh bapa tiri Diza yang masa tu nak merogol Diza. Syahrin terus rasa Diza ni penipu dan malukan Diza depan sepeupu2 Syahrin dan adik-beradik dia. Part ini, aku kesian dengan Diza...hantu punya Syahrin sanggup malukan isteri sendiri.

Diza kemudian pindah balik kat rumah lama dia. Masa tu dia rapat semula dengan Remy. Jumpa Hafiz beberapa kali. Mak Syahrin marah dan suruh Syahrin pujuk Diza. Tapi Syahrin ni degil dan ego. Dah tahu cerita sebenar pun masih juga ego. Tapi bila nampak Diza layan Remy terus pula ego dia tu hilang. Pandai pula nak baik-baik dengan Diza. Endingnya....dah semesti hero dengan heroin bersama...

P/S~ aku rasa penulis ni minat sangat REMY ISHAK...dia asyik cakap Remy macam REMY ISHAK. Dalam hati aku dia ni, kenapa tak jadikan Remy tu aje hero? Kenapa Remy aje dia asyik puji? Kenapa tak puji hero tu (Syahrin)? Hujung2...ada juga pujian...Syahrin tu macam RAIN...hehe...tak menahan. Ngam2 pula sekarang ni RAIN punya drama tengah ditayangkan di ONE. Ok, jangan lupa dapatkan novel ni...
 

Tuesday, August 5, 2014

novel hati kita satu-rania firdaus

salam syawal yang ke 9...

masih dengan mood raya lagi...

aku tak pasti novel hati kita satu-rania firdaus ni novel penulis yang keberapa. cover sangat cantik...harap cerita pun best. kenapa aku harap macam tu? sebab aku belum baca novel ni lagi hehe. tunggulah masa terluang, baru baca novel ni.


Sara - Dia menjadi seorang gadis yang berhati beku apabila berhadapan dengan lelaki. Baginya, kaum itu sukar untuk dipercayai. Dia nekad hendak belajar hidup tanpa bantuan insan bergelar lelaki.

Luthfi - Dia lelaki yang tidak mahu tertipu dek kebekuan hati Sara. Gadis itulah pilihan hatinya sedari dahulu. Tidak kira seteruk mana pun layanan Sara, dia terima. Namun, dia hanya berani memuja dari jauh. Bukan kerana dia tidak yakin, tetapi dia berpegang pada prinsip... jika benar Sara jodohnya, pasti tidak akan ke mana.

Kuz Kusyairi - Dia telah banyak menghadapi kehilangan dalam hidup. Selepas Misya pergi, dia nekad enggan tunduk pada perasaannya lagi. Sangkanya, dia memang tidak layak untuk sesiapa. Namun, siapa dia ingin melawan percaturan takdir. Tekadnya goyah tatkala terjumpa dengan Sara. Meski dia cuba menolak, perasaan itu hadir juga.

“Bahagia tu bukannya bergantung pada lama mana kita kenal, tapi pada sejauh mana kita kenal satu sama lain.”

Monday, August 4, 2014

novel cinta pencuri mimpi-lynn dayana


salam syawal yang ke 8...

novel cinta pencuri mimpi-lynn dayana ni aku beli sebelum ramadhan hari tu tapi sampai sekarang aku belum ada masa nak baca lagi. Entah best ke tidak. tapi setahu aku kalau penulisnya lynn dayana, memang ceritanya tak pernah pun menghampakan. lagipun aku peminat novel2 lynn dayana.

lepas baca nanti, aku akan tambah review kat sini. sementara tu, aku bagi sinopsis ajelah. tu pun aku cilok dari page alaf21...

Kali pertama mereka bersua, Airis jatuh dari pokok. Yang lebam punggungnya, tetapi yang jatuh hati pula Zahier. Jatuh tahap gaban kononnya. Kali kedua terserempak, Zahier tertolak Airis ke dalam lopak air. Airis yang basah lencun tapi Zahier pula yang kelemasan dan mahu Airis menyelamatkannya. Mengada-ngada.

Keliru. Itu yang Airis rasakan. Lelaki ini peguam atau pencuci pinggan? Puas dia mengelak tetapi Zahier pula seperti magnet yang merosakkan koordinat hatinya. Siang teringat, malam terbayang dan di antaranya ada bisa rindu yang berdenyut-denyut.

“Zahier, awak kaki buli yang baik hati.”

“Airis... awak gadis yang terlalu naif.”

Bagi Airis : Saya bukan naif. Saya cuma gadis biasa yang boleh jatuh, jatuh dan jatuh kalau awak terus senyum dan mengusik ritma jantung saya yang sudah tidak normal.
Sedangkan Zahier : Saya bukan lelaki yang baik untuk awak Airis. Kalaulah awak tahu, usahkan ke hujung dunia, selangkah pun pasti awak tak mahu mendekati saya.

Lalu di kategori manakah cerita cinta mereka? Kisah manis kategori terlebih dos dan bahagia hingga ke akhir hayat. Atau kisah masam payau kategori sakit jantung dan hidup berantakan kerana janji ALLAH, ujian itu sentiasa ada untuk hamba-NYA yang terpilih.

Sunday, August 3, 2014

Novel Hanya Dia Cinta-Farah Husain

 Novel Hanya Dia Cinta-Farah Husain
salam aidilfitri...

hari ni masuk dah raya ke 7...cepatnya masa berlalu. raya korang macam mana? banyak ke korang jalan2 dan makan kuih raya? mercun, banyak tak korang bakar? hehe.. apa pun mesti raya korang meriah habis kan.

Ok aku nak cakap pasal novel Hanya Dia Cinta karya Farah Husain. Ini novel kedua Farah Husain yang aku baca . Aku dah baca novel Hanya Dia Cinta beberapa bab di blog penulis ni. Kalau ikutkan, aku lagi suka novel Dia...Random Guy tu. Novel ni macam tak berapa best sangat. Tapi sebab aku suka gaya penceritaan penulis dan style dia melukis watak dan perwatakan tu...tu yang aku tetap beli novel ni.

Aku malas nak cerita panjang2 pasal jalan ceritanya sebab dah banyak blog buat review novel Hanya Dia Cinta-Farah Husain ni, korang beli ajelah. Tak rugi pun sebab novel Hanya Dia Cinta-Farah Husain ni memang best. Kat bawa ni aku tampal sinopsisnya...

Satu yang aku suka Farah Husain ni, dia sentiasa hargai pembaca novel2nya...tu dia siap sertakan 'mata2' sebagai penanda buku lagi.

Kali pertama melihat si gadis, dia sudah terpaut. Kalau dah namanya Adhan Mikhail, apa yang dia hendak, itulah yang akan dia dapatkan. Langkah paling agresif dibuat. Hantar saja keluarganya merisik si gadis. Tapi, kalau dah namanya Zara Harlina, apa yang orang nak, itulah yang dia tak akan beri. \"I. Nak. You.\"~ Adhan. \"Tapi… I.Tak.Nak.You!\" ~ Zara Adhan mengejar, Zara berlari. Bila si jejaka berhenti mengejar, Zara mula tercari-cari. Dia akhirnya mengakui, lelaki itu sudah mula menguasai hati. Tapi bila dah berumah tangga, tak semuanya kekal indah macam waktu bercinta. Bibir yang selalu mengucapkan kata manis bergula dah mula bertukar nada. “Kadang-kadang rasa penat bercakap dengan Zara ni. Abang tak tahulah, Zara dengar atau tidak.” ~ Adhan. Hidup berumah tangga tak semudah yang disangka rupanya. Ujian demi ujian melanda hingga sampai ke satu tahap, Zara hampir berputus asa. Kata dua diberi pada si suami. “Zara akan pergi. And I won’t be coming back too,” ~ Zara Apakah yang akan dilakukan Adhan? Menyerah pada keadaan atau bangkit mempertahankan hubungan mereka? Mampukah kedua-duanya mengharungi ujian yang sedang diberi?

Saturday, August 2, 2014

novel cinta MOU ~ nurassyi rashid

novel cinta MOU ~ nurassyi rashid
salam aidilfitri...
masih dalam mood raya lagi. tapi sebab blog dah lama tak update, aku curi masa untuk menaip entry baru. tapi bukan entry terkini...Gaza atau tentang penceroboh di Semporna tu...atau tentang MH17. malaslah nak buat entry pasal tu sebab semua blog lain pun buat cerita yang sama.

tu dah ada gambar kat atas tu, maknanya aku nak cerita pasal novellah.novel cinta MOU ~ nurassyi rashid ni aku beli sebelum puasa hari tu di pameran buku. masa tu aku tak tahu nak beli novel apa, main capai aje...terus baca sinopsis, macam best. tak fikir banyak aku terus beli.

jujurnya aku tak tahulah nak komen apa novel cinta MOU ~ nurassyi rashid ni. nak kata tak best...macam best la juga. tapi nak kata best pun, macam tak best juga. sederhana la macam tu... aku suka nama watak utama tu Chitra. dia miskin tapi pandai dan punya keinginan yang kuat untuk berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan. chitra dan reza tapi kemudian muncul watak firdaus (digambarkan macam eizlan yusof!) lelaki yang sedikit dah tua. chitra terpaksa kahwin dengan lelaki ni dan terciptalah MOU tu. tapi dihujung cerita firdaus meninggal. kesudahannya chitra kahwin juga dengan reza.

sinopsis yang aku copy paste dari alaf21

“Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya.

Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.

Hatinya ingin menolak, tapi mulut berkata jangan. Disebabkan hutang lama ayahnya, Chitra rela dalam terpaksa. Ayah menarik nafas lega sebab hutangnya dikira selesai. Emak tirinya paling gembira sebab tanggungjawabnya terlepas. Tapi, mengapa dia tak boleh tersenyum? Saban hari dia menangis menyesali takdir yang menimpa diri.

Ah, kalau lelaki itu boleh bermain politik, dia juga tidak mahu menjadi isteri yang dicucuk hidung! Dalam diam, Chitra merangka satu MOU. MOU yang diharap boleh merubah masa depannya.