Tuesday, December 30, 2014

Resipi Kek Oreo Kukus Bertopping Coklat

 resipi kek oreo kukus bertopping coklat 

resipi kek oreo kukus bertopping coklat

Bahan-Bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega
1 sudu teh pewarna dan perasa kopi emulco
100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar 
125 ml susu cair dipanaskan sebentar
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu minyak masak
2 biji telur

Cara Membuatnya:

1.  Ayakkan tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo, kisar dan gaul rata. Ketepikan.
2.  Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan.
3.  Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
4.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas minyak. Kukus selama 45 minit.

Topping Coklat

Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
1/4 cawan serbuk koko
3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
1 1/4 cawan susu segar
1 sudu besar majerin

Cara Membuatnya: 

1) Kacau kesemua bahan 1-4 dan masak di atas api perlahan. Selalu kacau bagi mengelakkan topping berketul-ketul.
2) Bila dah likat dan masak, masukkan majerin, kacau sekejap. Bolehlah digunakan untuk topping kek coklat. 

P/S: Sebenarnya kek kukus Oreo ni tak ada topping tapi saja letak. Atas tu tabur dengan coklat rice dan simpan dalam fridge. Aku suka makan sejuk-sejuk dan topping keras macam ni. Tapi selalunya orang lebih suka makan waktu topping meleleh2 tu...
Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Resipi Kek Oreo Kukus Bertopping Coklat


Esplande Sipitang, Pekan Sipitang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Jalan2 di pekan Sipitang... Pekan ni kecil saja tapi bestnya sebab ada banyak tempat makan satey. Sipitang adalah pekan di Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Terletak 144km dari Kota Kinabalu, 44km dari Beaufort dan hanya 54km dari Lawas. Daerah Sipitang bersempadan dengan daerah Tenom di bahagian timur, Sarawak dan Kalimantan di selatan. Manakalah di sebelah barat pula bersempadan dengan Brunei dan Labuan. Penduduk di sini terdiri dari Suku kaum Kedayan, Lundayeh, Brunei dan murut.

Ini sebahagian gambar yang aku ambil masa jalan2 di esplande Sipitang hari tu. Air laut dia agak keruh mungkin sebab masa ni hujan kerap turun di kawasan ni.























Banjir Di Negeri Kelantan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Tiap kali tengok berita mesti ada cerita banjir. Biasalah hujung tahun...memang musim banjir di mana-mana tempat pun. Terutamanya di kawasan yang memang berisiko banjir. Tapi di Kelantan, tahun ni banyak tempat yang banjirnya agak teruk dan luar biasa. Kesian betul tengok dalam berita tu... Aku memang tak pernah merasai banjir. Syukur kawasan rumah memang kawasan tinggi dan tak pernah ada sejarah banjir di kawasan ni. Setakat air parit melimpah atas jalan tu, biasalahkan. Tapi banjir besar macam ni memang tak pernahlah. Harap sangatlah moga bencana macam ni takkan berlaku di tempat aku. 

Tengok banjir teruk di Kelantan ni, aku tak tahu nak cakap apa. Doa sajalah moga tak ada nyawa yang terkorban. Minta-minta banjir ni cepat surut. Sekolah pun dah kena tunda bukannya pada minggu depan lagi. Tahun ni, banyak sangat musibah menimpah negara...sedih. Tapi ALLAH tak turunkan sesuatu ujian tu, andai manusia tak mampu menghadapinya. Sebab DIA tahu kita mampu, tu DIA turunkan semua tu. Sekurang-kurangnya bila keadaan macam ni, kita akan kembali meminta dan bergantung padaNYA. Bila senang, manusia memang selalu lupa dan terleka. Semuanya ada sebab dan hikmah yang tersembunyi. Hanya DIA yang maha mengetahui...







 gambar sumber : Utusan Malaysia Online
                             Berita Harian


Monday, December 15, 2014

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
 
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Novel ni aku baru je beli hari sabtu lepas  (13 hb december). Aku masuk Eatons bukan nak beli novel pun tapi saja2 masuk untuk lengkapkan tawaf di CP. Selalu memang excited nak beli novel tapi sebab hujung tahun konon plan nak pergi jalan2, jadi kena jimat2lah. Tak mau dulu beli novel. Lagi pun, aku takde tertarik pun kat mana2 novel sekarang ni. Aku tunggu novel baru Farah Husain...atau Anna Lee...Rose Harissa...atau novelis lain yang aku minat. Tapi buat masa ni belum ada pula. Tak tahulah kalau tanpa pengetahuan aku, mereka ada novel baru. Aku nama aje follow blog atau pf dorang tapi nak tengok hari2, memang taklah. FB aku pun jarang berjenguk juga. Tu yang agak ketinggalan dengan apa2 saja perkembangan novelis yang top2 sekarang ni.

 Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best

Cakap pasal novel Arluna-Rin Ahmad ni...ok, aku memang tak sengaja jumpa buku ni dilonggokan novel di Eatons sabtu lepas. Lama aku kat situ semata-mata baca sinopsis kat kat belakang novel2 yang banyak kat situ. Konon kalaulah terjumpa novel lama Rose Harissa (yang bukan keluaran ALAF21) memang aku nak beli juga. Kalau terjumpa novel Ratu Bulan pun (Prince Charming), memang aku akan pertimbangkan untuk beli. Tapi takde pula kat situ. Masa nak keluar, ternampak pula novel Arluna-Rin Ahmad ni. Terus ingat hari tu Rose Harissa kata buku ni best (status kat fp dia). Kalau dah novelis cakap novel Arluna-Rin Ahmad ni best, maknanya memang bestlah. Jadi aku terus capai dan bayar kat kaunter. Masuk dalam kereta terus mula baca...hehe...

 ni part Johan bagi Nina pensil warna Luna tu..

Novel Arluna-Rin Ahmad ni mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna Najib. pertemuan pertama di sands skypark...Nina jatuh dalam kolam. Kali kedua jumpa masa Nina praktikal di tempat Raziq. Perkenalan mereka singkat aje, tapi Johan terus ambil keputusan untuk kahwin dengan Nina. Masa nak kahwin, muncul Fazleen bekas teman wanita Johan. Tapi sebab Nina tak mahu malukan keluarga dan sebab dia pun sayang Johan, perkahwinan mereka tetap diteruskan. Lepas kahwin Fazleen memang selalu nak kacau daun. Johan pula masih juga layan Fazleen. Kebetulan mereka pun masih rakan sebisnes. Cuma Johan memang dah lupakan Fazleen pun. Fazleen saja yang masih gilakan Johan.

Fazleen dan Johan tu memang nak kahwin pun dulu tapi Hanna tak izinkan sampai ugut macam2. Sebab Hanna, Johan terpaksa berpisah dengan Fazleen untuk sementara. Fazleen kecewa dan pergi luar negara. Masa tulah Johan kenal Arluna dan terus suka. Lagipun masa tu Raziq pun macam suka Arluna. Johan tak nak Raziq suka Nina sebab Johan nak Raziq tu kawan dengan Hanna. Tu sebab Johan terus nak kahwin dengan Nina. Tapi sebenarnya tu alasan aje...memang pun Johan suka dengan Nina.

Lepas kahwin, memang bermasalah sebab Fazleen selalu kacau. Nina memang sakit jiwa sebab Johan pun masih juga layan Fazleen dengan alasan dia kesiankan Fazleen. Dah nak habis baru Johan tahu, Fazleen tu tak sebaik mana. Hanna yang tahu Fazleen tu  buat benda tak senonoh dan liar. Hanna sebenarnya ada kembar (Hanni) tapi dah meninggal. Hanni ni liar dan kawan Fazleen juga...Hanni yang tahu aktiviti ta kbaik Fazleen tu. Hanna tak berani nak cakap dengan sesiapa sebab tak nak buka aib Hanni yang dah meninggal. Lepas tu barulah Johan putus habis dengan Fazleen dan berbaik dengan Nina. Nina pun dah mengandung. Hujung cerita hidup mereka dah aman dan punya anak dua orang Iman dan Hanni.

Ok, lebih kurang macam tulah jalan cerita novel Arluna-Rin Ahmad ni. Jalan cerita novel Arluna-Rin Ahmad memang best...cuma aku aje yang tak berapa pandai nak cerita semula. Kalau kau belum baca buku ni, silalah pergi kedai bukan dan beli. Tak rugi beli... Dalam buku ni pun ada selit resipi tau...tentang home water birth pun ada.

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
Nina terima lamaran Johan

Tapi part aku suka mula2lah masa pertemuan Johan dan Nina di sands skypark tu...secara tak langsung tahu jugalah tentang tempat mewah macam tu. Tapi paling kelakar masa Joe dan Nina di KL Birdpark...

"Sit and Practice calling."
"Joe."
"Ya." Burung kakak tua yang bersuara
Johan hanya menutup mulutnya dan meletakkan jarinya ke mulut membuat isyarat diam. Arluna bengang. "Joe!"
"Ya." Burung kakak tua bersuara lagi.
"Joe. Janganlah main-main." Arluna bertambah bengang melihat Johan menahan ketawa sambil menutup mulut. Arluna bangun dan bergerak selangkah meninggalkan Johan.
"I love you Nina. Be mine."
Owh My coach! Did he train the parrot to say that he loves me?

 ~Novel Arluna-Rin Ahmad: m/s 125

 Lagi part aku suka masa Joe tanya pasal lamaran dia kat tepi kolam renang tu. Lama sangat Joe tunggu Nina lempar bunga dalam kolam tu...sampai dia merajuk dan jalan dulu. Then Nina jerit nama dia dan tunjuk bunga kat kolam tu...hehe...sweet gila...

Yang Johan bagi hadiah pensel warna Luna jadi Arluna tu pun best juga...ahhh...semualah best...tak ada yang tak best melainkan best-best belaka!  Aku perasan juga Penulis ni banyak je sebut macam2...Oh my chanel...Owh my Bottege Veneta...Owh my March Jacob...Owh my batenciaga...Oh my coach...

cakap pasal hero Johan Arif @ Joe...aku memang suka dia...cool aje cara dia ambik hati Nina. Masa dia beli hp baru untuk Nina tu pun, lawak juga... Selalu aku baca novel hero2nya macam tak berapa nak realiti...kebanyakan semua bersih dan jenis stok imam2 la gitu...lepas tu semua hero dibayangkan bibir merah tanda tak merokok! Haha...tu hero2 novel yang selalu aku baca. Bersih bukan main.  Tapi dalam cerita ni hero dia nakal, sosial, lepak di club...rajin merokok lagi hehe... Tu sebab aku rasa hero dia macam betul2 ada di alam realiti. 

Lagi satu kenapa aku rasa novel Arluna-Rin Ahmad ni berbeza dengan novel lain..heroin dia...yang kejap bertudung kejap tak. Lepas tu seksi pakai bikini... bapa dia suruh solat istikharah (sebelum terima Johan) pun dia tak buat tapi dia kahwin juga dengan Johan dan bahagia. Nakal jugalah...samalah dengan Johan tapi hujungnya dia terbuka hati untuk bertudung juga. Kalau novel lain tu...aku rasa macam boring sebab semua heroin dia macam sama aje...stok macam ustazah semua. Lepas tu nak kahwin mesti ada babak solat istikharah yang sah2 jawapannya terima hero. Bukanlah mempertikaikan solat tapi yang aku boring part tu semua ada dalam novel. Macam sama aje semua... Nasib baiklah watak dan perwatakan Arluna sangat2 berbeza...tu yang aku suka novel ni.

Ada satu ayat yang buat aku terkesan dalam ni...dialog Joe pada Nina..m/s 406... "Apa yang kita makan hari ini kita akan dapat hasilnya sepuluh tahun akan datang. Apa yang kita amalkan hari ini kita akan dapat hasilnya bila kita sakit. Nak tengok sejauh mana amalan kita, lihatlah siapa kita ketika sakit." Touching gitu...

Kau jangan lupa beli novel Arluna-Rin Ahmad ni ye. Rm21 kat west dan rm 24 kat Sabah dan Sarawak. Masa kat Eatons tu aku beli Rm21 aje. Nasib baik aku beli kat situ sebab masa masuk kat Popular tu, nampak buku ni dengan harga Rm24. Kalau beli Online rasanya lagi dapat diskaun... Lepas ni ingat nak cari novel Rin Ahmad yang lain pula.

Tuesday, December 9, 2014

Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang)

Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Lama aku tak post tentang makanan. Padahal aku rajin juga ambil gambar makanan yang aku masak. Tapi selalu upload kat IG dan FB aje. Kali ni aku rajinkan sikit untuk buat entry di sini pula. Kau tahu tak apa dalam gambar tu? Boleh teka apa dia?

Tu sebenarnya Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang). Sebenarnya aku tak pasti nama melayunya apa. Memandangkan ianya guna pisang mentah dan tak di masak...jadi aku andaikan sayur ni masuk dalam kategori ulam-ulaman. Tu yang aku memandai-mandai namakan Ulam Pisang Muda. Kalau salah, minta mahap ajelah hehe...

Sayur ni kalau dalam bahasa kaum aku disebut 'tetak pisang'. Kenapa namanya Tetak Pisang? Nanti, kau akan tahu jawapannya lepas baca penerangan aku yang seterusnya. Untuk buat ulam ni kena guna pisang menurung. Pisang menurung ni nama lain dia pisang saba atau pisang sanggar. Cara membuatnya pun ringkas aje...

Ulam Pisang Muda

4 biji pisang mentah (pisang tua tapi belum masak ye)
1 biji bawang merah
3 biji cili padi
Asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Bahan perasa

Cara membuatnya...
Kupas pisang muda tu, basuh dan mula tetak dari hujung. Dah tetak bolehlah potong2. Nanti jadi potongan kecil2 macam dalam gambar kat atas tu. Dah siap, bolehlah gaul dengan asam, belacan, garam, bahan perasa dan sedikit air. Dah sebati, pecahkan cili padi tu dan gaul bersama ulam tu. Hiris bawang merah halus-halus dan gaulkan juga dalam ulam tu. Ok, dah siap dan sedia untuk dimakan dengan nasi. 

Aku memang suka makan tetak pisang @ ulam pisang muda ni...mesti tambah nasi banyak kali. Aku lagi suka makan ulam pisang muda macam ni berbanding sayur pisang yang orang selalu masak lemak tu. Ok, kalau kau nak cuba...silakan. Kalau kau nak campur udang kering pun boleh juga...lagi tambah sedap.

Aku nak bagi tip, kalau kau nak kupas pisang mentah tu...lap dulu permukaan pisau dengan minyak masak. Nanti takdelah getah pisang tu melekat kat pisau tu. Jari2 kau pun boleh juga oles dengan minyak...senang nak basuh nanti. Lepas je kupas pisang tu terus rendam dalam air. Sementara korang belum tetak...nanti takdelah pisang tu macam lebam.

Saturday, December 6, 2014

Novel DIAGNOSIS Bukan Sembarangan Buku

Novel DIAGNOSIS Bukan Sembarangan Buku

Assalamualaikum...6 December dah. Rajin pula aku mengUpdate blog dekat2 nak hujung tahun ni. Padahal bukannya ada cerita best pun. Saja tangan gatal nak menaip...hehe. Eh, kau dah baca belum novel DIAGNOSIS karya 3 doktor muda yang sangat2 berbakat dalam bidang penulisan ni? Mereka Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat dan Dr. Azah. Salute dekat mereka ni walaupun doktor tapi mampu menulis karya yang macam ni. Hebatkan...

Kalau kau jenis yang suka baca kisah2 doktor, pengalaman dorang...karenah pesakit dan perubatan, kau bacalah buku DIAGNOSIS. Memanglah tak banyak sangat kisah di dalamnya tapi 21 cerpen pendek tu dah mampu buat kau kenal dan tahu kehidupan seorang doktor, tugas dia berhadapan dengan pesakit, dengan rakan sekerja...dengan waktu yang tak menentu... Secara tak langsung kau akan lebih menghargai peranan mereka dalam merawat pesakit. Selalunya kita fikir kerja dorang ni periksa itu ini dan bagi ubat. Siap. Selalu kita lupa yang mereka pun manusia punya emosi macam orang biasa juga. Ada masanya mereka pun jatuh sakit juga.

Cerpen2 Dr. Anwar Fazal agak pendek, ringkas dan lebih kepada dakwah. Aku tertarik dengan MALAYRIA...sejenis penyakit yang giat menular di kalangan penduduk Malaysia. Siap ada 10 rangkap terakhir sajak Tun Dr. Mahathir 'Melayu Mudah Lupa' diselitkan. Dr. Anwar Fazal juga banyak menyelitkan unsur sinis tapi penuh pengajaran. Ada hadis, petikan ayat dari Al-quran dan kata-kata hikmah yang sedikit sebanyak mampu menyedarkan pembaca agar sentiasa bergantung dan kembali pada sang pencipta. Dialah doktor segala doktor...Tuhan kita, ALLAH Azzawajalla.

Novel DIAGNOSIS Bukan Sembarangan Buku

Cerpen Dr Aizzat dan Dr. Azah pula lebih panjang dan padat dengan pengetahuan perubatan masing-masing. Cerpen2 Dr Azah banyak menceritakan tentang pengalaman di bahagian perubatan kanak-kanak terutamanya dalam cerpen Tangisan Yang Dinanti. Berdebarnya bila baby tu masih tak nangis2. Macam2 kaedah yang dibuat dengan peralatan perubatan, akhirnya baby tu selamat juga. 

Cerita Dr. Azah  PRAY  itu sangat panjang tapi menyedarkan aku agar tak ambik mudah bila ambik apa2 makanan pun. Betapa bahayanya jangkitan kuman ni, kan. Jangan fikir cirit-birit tu biasa aje. Jayyid seorang doktor yang merawat ramai pesakit, tapi boleh je jatuh sakit dengan tenat sekelip mata aje. Dihujung cerita Jayyid akhirnya sedar nilai duit itu tak setanding dengan nilai nyawanya yang hampir2 hilang.

PAEDIATRICS VERSUS O&G pun best isu tentang aurat wanita di bilik bersalin dan pakar O&G. Selain tu dalam cerita ni perbualan antara Ayesha, Tina dan Hakim pun banyak membuat pembaca tahu dan sedar betapa mereka yang terlibat dengan dunia perubatan ini banyak berkorban masa untuk merawat pesakit. Orang biasa saja yang selalu memandang remeh pada petugas perubatan ini.

Novel DIAGNOSIS Bukan Sembarangan Buku

Tulisan Dr. Aizzat pun tak kurang bestnya..cerita berdasarkan pengalaman sebagai pakar neurosurgery. MEMORI PITUITARY MACROADENOMA membawa kita pada pengorbanan ibu pada anaknya. Sanggup tak nak dibedah semata2 nak bersama dengan anaknya, tak kisah biarpun deria penglihatannya akan hilang. Memang sedihlah... SESINGKAT WAKTU pun best. Buat aku sedar dan mungkin juga pembaca lain...yang usia kita ni, tak ada siapa yang tahu sampai bila. Bila2 masa bila ALLAH nak tarik balik, kita cuma peminjam sementara saja. Jangan leka...mati itu bila2 masa saja.

ADRENALINE cerita yang paling best. Betapa petugas2 perubatan sangat2 berusaha untuk menyelamatkan Iskandar. Bermacam2 kaedah hinggakan lelah dan penat mereka langsung tak diendahkan kerana bertungkus-lumus mengembalikan denyutan jantung dan nadi pesakit. Tapi penghujungnya, mereka akhirnya akur lelaki itu gagal diselamatkan. Memang sedih...tapi begitulah realitinya. Aku suka ayat yang Dr. Aizzat selitkan lepas dengan rintihan Puan Ayu pada arwah suaminya.. 'Itulah kehidupan, apabila tiba masa ALLAH menarik, DIA menarik dan apabila tiba masa ALLAH memberi, DIA memberi. Aku percaya rancangan ALLAH itu penuh dengan hikmah.'

Cerita ADRENALINE ni juga ditutup dengan ayat2 yang cukup membuat kita sedar dan perlu menghargai keluarga dan insan2 tersayang kita. Kita tak tahu, berapa masa yang kita atau meraka ada. Mungkin kita atau mereka yang pergi dulu. Segalanya mungkin dan hanya ALLAH yang mengetahuinya. Ayat2 terakhir Dr Aizzat dalam ADRENALINE "Kita mampu merancang, tetapi jika apa yang dirancang itu tidak sama dengan perancanganNYA, siapa kita untuk mempersoalkan kerana kita merancang dan DIA juga merancang tetapi dipengakhirannya, hanya DIAlah yang sempurna. Itu yang sering kita lupa..."

Ok cukuplah review aku tentang novel DIAGNOSIS ni... Nanti ada DIAGNOSIS 2, Fatin Liyana pun akan turut menyumbangkan karya juga. Jujurnya aku baca buku ni lepas baca blog dia...lepas baca 2 entry yang ada sebut AF yang seolah2 sangat dekat dengan Fatin Liyana..maksud aku nak pulang jenguk ayah dia yang kena duduk jat wad pun, dia tanya AF hehe. Memula tak faham juga AF tu apa, Akademi Fantasia ke? Lama2 aku fikir...AF tu Anwar Fazal. Owh! Patut ada yang kata DIAGNOSIS tu bf Fatin Liyana yang tulis. Memang sesuailah tu...sangat sepadan, doktor dengan doktor. Rupanya Anwar Fazal ni sepupu Syamsul Yusof...dorang pernah buat single tahu lepas tak silap. Single apa? kau tengok kat yutube la kalau nak tahu.


Ni sinopsis belakang novel DIAGNOSIS
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) 'Glamour'
4) Rasa 'Superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. InsyaaAllah.

"Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."
 

Wednesday, December 3, 2014

Apa Istimewanya Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm)?

 Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm)

Assalamualaikum... Hari ni dah masuk 3 December...macam laju je masa bergerak kalau dah nak hujung2 tahun. Biasanya hujung2 tahun juga, mood bercuti tu terasa sangat. Dah sepanjang tahun kerja keras...apa salahnya ambik peluang untuk rehat2kan diri dan minda, kan? Kalau kau dekat2 sini, banyak aje tempat yang boleh buat kau relex... contoh, macam Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm). 

Desa Cattle ( ladang lembu mosilau) terletak lebih kurang 8km dari Pekan Kundasang. Lembu tenusu yang ada kat sini termasuklah baka fresian yang di import dari New Zealand dan Australia. Desa cattle dairy farm ini juga betul2 kat kaki gunung kinabalu sebab tu pemandangan dia cantik dan cukup menarik. Ala2 macam kat New Zealand gitu. Kena pula angin dan udara yang segar dan nyaman...sejuk2 lagi. Kau memang terasa macam kat negara 4 musim hehe...feeling2 gitulah.

Tempat ni memang jadi pilihan kebanyakan jurugambar. Maklumlah pemandangan cantik, haruslah ramai yang nak ambik gambar kat sini. Desa cattle dairy farm ni juga selalu jadi lokasi untuk pasangan pengantin mengabadikan gambar perkahwinan. Biasalah sekarang ni memang orang selalu ambik gambar kahwin kat tempat2 yang cantik atau ada kelainan. Macam kat gunung, pantai, gua...dalam laut pun ada!

Selain pemandangan yang cantik dan tengok lembu baka luar negara, kat desa cattle dairy farm ni juga kau boleh tengok aktiviti proses memerah susu lembu, cara susu diproses, anak lembu menyusu, makan dan lain-lain lagi. Kau juga boleh rasa aiskrim dan susu lembu yang dihasilkan di sini. Kiranya produk yang sangat2 fresh gitu. Sebagai kenangan kau sampai sini, selain ambik gambar sampai tangan mengiggil (sebab sejuk...kalau kau datang ngam2 selepas hujanlah hehe...), jangan lupa beli cenderahati yang banyak dijual di ruang pameran tu. Ada Tshirt, keychain, poskad dan lain-lain lagi. Jarak desa cattle diary farm dengan KK lebih kurang 100km. Kalau drive 2 setengah jam sampailah kat sini.

 Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm)

 Lembu2 baka fresian sedang meragut rumput. Masa ni angin kuat sangat bertiup nak bercakap pun terpaksa guna volume yang tinggi sikit.


Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm)

 cinta seteguh kinabalu

 tak nampak puncak sebab kabus tengahari yang tebal



 Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm)


Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm)

 Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm)






 hujan lebat...terasa juga pengalaman hujan di kaki gunung kinabalu hehe

 kagum aku tengok lembu berbaris. Pandai je, diam2 tunggu giliran. Tak macam manusia...dah arahan suruh berbaris ye juga potong barisan...kan...

 proses memerah susu

 Desa Cattle (Desa Cattle Dairy Farm)



 poyo je budak ni isi buku lawatan tu haha... beria pula tu suruh kitaorang semua tandatangan hehe

Masa ni dah nak pulang. Hujan pun dah berhenti...memang masa ni sejuk terasa sampai ke tulang.