Saturday, December 25, 2010

belajar bahasa jepun

perbualan dalam bahasa jepun

Ohayou gozaimasu-selamat pagi
Konnchiwa-selamat tgh hari
Konbanwa-selamat malam
Oyasuminasai-selamat mlm(diucapkan sblom tido)
Tadaima-sy dh balik
Okaerinasai-slmt pulang
Itadakimasu-diucapkan sblom makan
Gochisousamadeshita-diucapkan slps makan
Irasshaimase-slmt dtg
Ittekimasu-sy pegi dulu dan akan pulang
Wakarimasu-sy faham
Wakarimasen-sy x faham

nombor dalam bahasa jepun

ichi = satu
ni = dua
san = tiga
yon/si = empat
go = lima
roku = enama
shichi/nana = tujuh
hachi = lapan
ku/kyuu = sembilan
juu = sepuluh

juu-ichi = sebelas
juu-yon = empat belas
juu-roku = enam belas

nii-juu = dua puluh
hachi-juu = lapan puluh

hyaku = seratus
ni hyaku = dua ratus
san-byaku = tiga ratus
roppyaku = enam ratus
happyaku = lapan ratus

p/s: lepas ni bolehlah selit 2,3 perkataan dalam bahasa jepun bila nak cakap dengan kawan2...hahahah


sumber : google

Friday, December 24, 2010

kisah nabi sulaiman dengan seekor semut


gambar sumber : google
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut:
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


credits to http://tazkirahs.blogspot.com


Thursday, December 23, 2010

belajar bahasa korea

ini sebab tengok drama2 korea lah punya pasal sampai aku pun berminat nak belajar bahasa korea. alaa, belajar dua tiga patah perkataan je. kira ok la tu...dari sepatah haram tak faham kan..hihihi. aku google2 terjumpa juga web yang ada ajar bahasa korea ni.

네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Pergi Dulu.


sumber : google

Thursday, October 21, 2010

6 sebab kenapa single itu best


sumber : google

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!
1. Bebas dan berdikariJika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baikSememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumahIbu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-timeDengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kosBila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
6. Kurang beban tanggungjawabAnda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Tuesday, June 22, 2010

coklat termahal di dunia


godiva
pencipta: godiva "G" collection
harga: us$ 117 per gram
tempat: new york city, new york


richart
pencipta: richart
harga: us$ 120 per gram
tempat: lyon, perancis


delafee
pencipta: delfee
harga: us$ 504 per 450 gram
tempat: neuchatel, swiss


noka
pencipta: noka vintage collection
harga: us$ 854 per 450 gram
tempat: dallas, texas


chocopolagie
pencipta: knipschildt
harga : us $ 2.600 per 450 gram
tempat: norwalk, connecticut

credits to http://www.fcukz.co.cc



Friday, June 4, 2010

family trip

yup! family trip 28 mei-01jun...hahaha, kenapa ya aku cuma rajin nak buat entry tentang jalan2 ni? biasa malas nak mengupdate...ni tiba2 je rajin. bukan apa, baru lepas holiday...jadi mood happy tu masih ada lagi. tu sebab rajin dan ringan pula nak mengUpdate blog yang sekian lama tak dikunjungi.

selama ni asyik layan fb je, sampai blog pun terabai. kesian si blog...nasib kau lah dapat tuan pemalas macam aku ni.

family trip tu, saja untuk suka2. first tempat kami singgah di bt32...hahaha, bukan tempat melancong tu tapi sebenarnya singgah untuk beli2 makanan. sambil2 tu ada juga yang tumpang membuang...hehehe.

teruskan perjalanan, biasalah kalau jalan ramai ni memang banyak betul tempat mahu singgah. 1 singgah semua yang di belakang pun mahu singgah. macam mana mahu sampai cepat di kk, kalau macam ni.

singgah kejap di tempat ikan tu (tagal, sg.morali, luanti baru) di ranau. ramai pula orang. tempat ni terkenal dengan pelian fish massage. geram betul tengok ikan2nya. tapi tu lah masa ni terlampau ramai pula orang.

tak sangka pula, sebelum ni kami ada singgah juga tapi tak ramai sangat pengunjungnya. mungkin sebab hari tu cuti umum, tu lah ramai pengunjung. lepas dari situ, terus pi kundasang...isi perut yang lapar. kena2 makan sayap yang panas tu...sedap betul. hujan masa tu pun tak rasa sejuk sudah....semuanya penangan sayap ayam tu!

sampai kk, hujan lebat pula. pusing2 kejap mahu singgah minum petang konon. tapi tak jadi hujan. last pergi di tanjung aru (2nd beach)...tiada lah pula hujan. lepak2 di situ, minum2...sambil makan mee. sedap pula mee di situ. menyesal tak oder 2 piring...

sempat juga bergambar2, main ombak di tepi pantai tu. ingat mahu balik terus berehat. tapi tiba2 dorg yang lain ni merancang pula mahu pi keningau. jadi, apa lagi....perjalanan di teruskan lah ke keningau. hujan mula turun balik, sepanjang jalan tu. sampai keningau, lepak di queen hotel.

esoknya......................................nantilah aku sambung, masih panjang dan banyak aktiviti lagi tu.
see ya....

Monday, May 10, 2010

Novel Sanubari Pujaan-Afni Sari


Assalamualaikum? Holla, blog!

Novel ini salah satu gift dari alaf 21 yang saya terima beberapa hari yang lepas. Baru hari ni ada peluang membacanya, karya penulis baru Afni Sari. Novel ni mengisahkan Kauthar yang menyimpan hati pada Adam Lutfi.

Tapi Adam pula bertunang dengan Nadiha adik kepada teman baik Adam. Selepas berkahwin, Adam mula sedar yang Nadiha bukan seorang yang baik. Kauthar pula mula rapat dengan Karl. Mereka kemudian bertunang tapi kemudian putus gara2 Adam kembali meraih cinta Kauthar selepas bercerai dengan Nadihah. Tapi akhirnya Kauthar sedar Karl yang banyak membantu dia dan adik-beradiknya, mereka akhirnya berbaik semula.


Jalan cerita, biasa2 saja dan kalau nak bandingkan dengan novel2 penulis yang dah lama macam Anis Ayuni atau Aisya Sofea. Tapi untuk penulis yang baru menghasilkan karya, novel ini kira dah cukuplah untuk bersaing dengan novel2 yang sedia ada. Ok, bye.

Sunday, May 2, 2010

Novel Cinta Edis Terhad-Lynn Dayana



Assalamulaikum? Holla, blog!

Saya baru aje habis baca novel ini. Suka sangat cover novel ini sebab berlatar belakangkan gunung kinabalu. Tajuknya pun lain dari yang lain Edisi Cinta Terhad. Tapi Lynn Dayana memang suka letak tajuk yang macam tu. Sebelum ini pun tajuk novelnya Tarikh Luput Cinta. Itu yang saya rasa tertarik baca novel lynn dayana sebab tajuk lain dari yang lain.

Novel ini memuatkan 3 kisah perempuan yang masing2 ada masalah. Zira, Haida dan Julia. Mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan dan dari situlah mereka berkawan baik. Zira seorang yang berkerjaya tapi agak kesepian kerana tidak punya keluarga. Haida pula berhadapan masalah dengan tunangnya Fariz. Julia pula sudah bersuami tapi suaminya curang.

Qairil muncul dalam hidup Zira, tapi Zira sedaya upaya menolak kehadiran Qairil. Dalam masa yang sama Qairil sebenarnya sudah punya teman wanita. Masa Zira tahu barulah dia rasa sukakan Qairil. tapi kemudian Qairil memutuskan hubungan dengan teman wanitanya sebab perempuan itu terlalu cemburu. Malah dia hampir mencederakan Zira. Dia juga sanggup menyaman Qairil dan Zira.Qairil kemudian cuba meraih cinta Zira tapi Zira tak layan.

Haida pula sudah berbaik dengan Fariz. Kemudian ada seorang lelaki yang cuba membunuh Fariz. Malah lelaki itu sudah membunuh suami Julia, Hairul. Hairul mati terbakar dengan teman wanitanya. Sebelum hal itu terjadi lelaki misteri itu ada menghubungi Julia. Malah sebelum Fariz diculik, lelaki misteri itu juga menghubungi Haida. Dia juga menghubungi Zira. Atas nasihat Qairil, mereka melaporkan hal itu kepada polis. Fariz selamat biarpun cedera parah.

Akhirnya lelaki misteri itu sudah tertangkap. dia sebenarnya sama2 terperangkap masa runtuhan bangunan dulu. Dia sebenarnya sakit jiwa. Sebelum itu dia juga sudah membunuh seorang jururawat. Zira mula sedar dan menghargai kehidupan. Dia akhirnya menerima Qairil. The End...

Macam tu lah ceritanya. Saya sebenarnya suka kisah Zira dan Qairil aje. Lain2 saya tak layan sangat, sekadar baca aje. Tapi bab Qairil dan Zira, saya memang baca banyak kali terutamanya masa mereka daki gunung kinabalu tu. Lagi pun saya suka cara lynn dayana menulis kisah cinta dalam setiap novel2nya. Ringkas saja tanpa banyak kata2 cinta tapi padat dengan perhatian dan tanggungjawap seorang lelaki terhadap perempuan.

Oh ya, ini novel lynn dayana yang ke3 saya baca. Saya memang mula menyenaraikan lynn dayana sebagai salah seorang penulis yang saya  minat selain Kreisya Reisya, Anis Ayuni, Umi Azrini, Dhiya Zafira dan Meen Zulaikha. Ok, bye.

Sunday, April 4, 2010

gift dari alaf21


Finally sampai juga gift dari alaf21 yang aku tunggu since januari lagi. Lama betulkan? Actually gift tu merupakan trinovel dan 1 novel bonus. trinovel bulan berapa, tak pasti pula. Novel2 yang aku dapat tu 2 dari penulis baru dan 2 lagi penulis yang dah ada nama (h.m tuah dan lynn dayana).


happy coz bertambah lagi koleksi novel2 ku. Novel lynn dayana (edisi cinta terhad) merupakan novel ke3nya yang aku baca selepas jika benar cinta dan tarikh luput cinta. Novel lainnya belum lagi berkesempatan beli hihihi. Bagi dr.tuah, ini novel keduanya yang aku baca. Sebelum ni ada beli novel lamanya INIKAH CINTA.

macam mana aku boleh dapat novel2 free ini? Sebenar aku join peraduan ADBK tahun lepas. Pic tu tersiar sebagai pemenang mingguan. Dapat 1 novel sebagai hadiah. Lepas tu pemenang mingguan dikumpulkan semua dalam ADBK tahunan. Pic aku masuk kategori kreatif. Tak sangka pula menang lagi pic tu (hihihi...bertuah betul pic tu...walaupun aku rasa pic tu biasa2 saja.

bersyukur sangat sebab dapat novel free (4 buah novel) untuk pemenang kreatif ni. Kalau aku dah habis baca, insyaallah.,.aku nak buat entry tentang sinopsisnya.

Monday, February 8, 2010

alhamdulillah...menang lagi


hahaha...rasanya hari ni memang menggembirakan. tahu kenapa? yes! betullah tu...aku menang lagi. hehehe...ceritanya begini...opss...nanti dulu, apa2 hal pun aku nak say...alhamdulillah syukur pada Allah swt..kerana DIAlah aku memang. kalau dia tak bukakan pintu hati pengundi2 memilih aku, dah sah2 aku tak memangkan. dan terima kasih juga untuk yang mengundi...hanya Allah swt yang dapat membalas jasa korang semua.

apa pertandingan tu? hehehe...bukanlah pertandingan besar macam mentor...af...dan jauh sekali macam bintang rtm. pertandingan yang aku join ni kecil2 jer anjuran alaf21. sebenarnya, sebelum ni bulan november dulu...aku ada join peraduan AKU DAN BUKUKU. tak sangka pula terpilih dalam 5 pemenang untuk minggu ke3 dalam bulan disember tahun lepas. happylah juga dan dapat hadiah novel pilihan kita sendiri. aku pilih novel dari penulis yang paling baik aku rasa KREISYA REISYA puteri cinta.

then lepas tu, aku dah lupalah tentang peraduan tu. cuma nawitu tu nak join lagi di musim2 akan datang tapi tunggulah beberapa bulan dulu. lagi pun bagi peluang orang lain pula yang menang. kalau hantar balik2 ikut peraduan, takut kena reject pula. tapi pagi tadi selepas dah lama tak tengok laman alaf21...tiba2 tengoklah juga...nampaklah peraduan untuk finalis yang penang menang dulu2.

mula2 i tengok kategori kanak2 coz model i tu guna anak buah yang umur 6 tahun. tapi frust coz takde pula gambar i terpilih. then i lupalah dan buka myblog yang lain2. tapi lepas tu i tengok balik laman alaf dan klik pula kategori kreatif...wow! ada pula gambar i tu terpilih. tapi i rasa tak yakinlah memang coz saingan sengit. lepas tu i rasa pun takkan memang sebeb takkan ada yang nak undi.

then i klik keputusannya...i tengok dari bawah, nama2 pemenang 4 finalis tu...tiada pun nama aku tersenarai...frustlah juga and dalam hati "nak buat macam mana, aku sendiri pun tak undi sebab baru tahu peraduan ni diadakan!"...tapi masa i gerakkan mouse untuk tengok laman atas...terkazutlah pula tengok...rupa2nya gambar aku yang dapat hadiah pertama! wow!!!! terkazut berabis bilang urang sabah! hahahaha... tak sangka betul menang...and rupa2nya ada juga yang mengundi gambar tu. hehehehe...happy habis!

walaupun hadiah cuma buku2 dari alaf tapi dah cukup bersyukurlah tu. mana ada orang sanggup bagi buku free. kena2 lagi aku ni pun kira peminat tegar buku juga....terutamanya terbitan alaf. apapun aku rasa alaf betul2 best..thanks ALAF21 sebab anjur peraduan ini...thanks PADA SEMUA YANG UNDI yang pilih gambar kiriman aku tu...dan thanks tak terhingga pada ALLAH SWT yang sentiasa memberi peluang untuk i rasa bertuah...


Tuesday, January 5, 2010

holiday sempena tahun baru 2010

kali ni nak story tentang percutian beberapa hari lepas. 31 dis 2009...memulakan perjalanan ke kk. singgah kejap di tagal sg.morali. first time singgah dan tengok2. sebelum ni tengok tempat ni di tv, macam best je. tu yang bawa family singgah sini.

memang bestlah sebab ikan2nya jinak2, semua kumpul tepi kaki. paling suka mereka patuk2 tangan yang kita rendam dalam air. tapi mesti taruh makanan ikan dalam genggaman tangan tu. jangan cuba2 buka jari or tarik mengejut tangan tu, nanti ikan hisap or gigit2 manja.

lepas tu teruskan perjalanan dan singgah pula di air panas poring. horeyyy...mandi air panas! tapi tab semua penuh so tiada peluang mandi lah. tengok my anak2 buah je mandi-manda di kolam budak2 (tp bapa budak pun ada juga berendam di situ). masa tu dah petang, poring pun dah nak tutup. so, teruskan perjalanan ke pekan ranau. singgah minum...oh! tak makanan malam terus...sebab masa tu dah gelap pun.

teruskan perjalanan lagi...sampai kk sudah hehehe...terus check-in di hotel tabung haji. ingatkan mahu rehat dan tidur terus. rupa2nya agenda diteruskan lagi. pergi tanjung aru, makan lagi lepas tu jalan2 di pantai tapi tak ramai orang. beli jagung rebus dan jalanan lagi di area yang paling happening lah konon2nya. wah! jalan betul sesak di tanjung lipat...kereta macam tak bergerak je.

biasa tepi pantai memang jadi tumpuan ramai. dari situ boleh tengok bunga api...hihihi bye2 2009 dan selamat datang 2010. mesti rindu kenangan2 tahun 09...harap2 2010 akan menjanjikan kegembiraan dan kebahagian.

balik hotel dan tidur. esoknya bangun awal pergi sarapan dan mula shopping...hihihi
ok, nanti sambung story, masih panjang lagi ni. pic pun nak upload (kalau rajinlah...hihihi).aku ni pemalas banyak...cakap je macam2 tapi buat....hampeh!