Sunday, February 12, 2012

adam dan hawa


sumber : google

seperti semua orang dah tahu novel adam dan hawa-aisya sofea akan dibuat drama. mengikut apa yang aku baca, drama ni 80 episod dan lokasinya di 3 negara...perth australia, taj mahal india dan di mekkah. wow....hebatkan?

pelakonnya...dari tahun lepas lagi semua orang dah tahu aaron aziz yang dapat watak adam mukriz. actually aku tak suka... sebab aaron bukan pelakon yang aku minat. lagi pun bosanlah sebab asyik dia saja yang dapat jadi hero novel. adam dalam novel kacukan melayu-inggeris sedangkan aaron muka melayu asli. macam tak padan langsung. tapi takpe lah...relakan je la dia dengan watak tu. dah rezeki dia kan. maybe rambut aaron akan berwarna perang...bagi nampak dia berdarah melayu inggeris. bila terbayang dia berambut perang dengan watak macho seorang pilot, rasa wow...lah juga, hebat2...


sumber : google
tapi bila masuk heroin? aku terus tak rasa wow! lemas sangat2 bila tahu watak tu dipegang oleh nadiya nisa. aku sebenarnya tak kisahlah siapa yang pegang watak ain hawani asalkan bukan rita rudaini, fauziah ghous or nora danish. aku tak suka dorang ni....boring tengok lakonan mereka. tapi bila tahu nadiya nisaa yang dapat watak tu, memang kecewalah. ingatkan pelakon2 baru yang fresh macam neelofa ke...

pada aku memang sangat2 tak sesuai dia dengan aaron aziz. jauh sekali pegang watak hawa tu. tapi nak buat macam mana, dah dia yang dipilih oleh producer drama tu. kita penonton ni terpaksalah terima je. takpe lah bagi peluang pelakon baru. mungkin lakonan mantapnya akan membuat dia sangat2 cantik sebagai hawa, kan. tunggu je la...



6 comments:

m0on rahman said...

neelofa???lg xbest lakonan die..cover cun je..haha

Unknown said...

aaa.. novelnya best tapi pelakon boring...aaron x berbakat mana pun.. nadiya nisaa.. wajahnya x komersil langsung

Unknown said...

zain saidin ok jgk if jadi adam mukhriz.. pompuannya x tau lah akak sapa yang sesuwai...

bz the witch said...

btul juga tp klu nak banding dgn nadiya, aku lagi rela tgok neelofa hihihi

bz the witch said...

hihihi...sama la aku pun rasa mcm tu. ramai lagi pelakon yg sesuai jadi adam mukhriz dan ain hawani. tp nak buat mcm mna, dah rezeki dorg kan...tahan mata je la

bz the witch said...

klu zain saidin jadi adam, biar rozita che wan jadi hawa...memang 'meleTOP' hihi