Sunday, February 12, 2012

Novel Adam Dan Hawa-Aisya Sofea

Novel Adam Dan Hawa-Aisya Sofea

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Ini antara novel Aisya Sofea yang saya suka selain Jendela Hati. Novel Adam Dan Hawa ini mengisahkan tentang AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Komen ringkas : Macam saya kata, saya memang suka novel ini. Suka watak mereka dan jalan cerita pun best. Tak membosankan. Cuma saya tak berapa berkenan dengan cover novel ini. Kurang menarik pada pandangan mata saya.
Update: Seperti semua orang dah tahu Novel Adam Dan Hawa-Aisya Sofea ini akan dibuat drama. Mengikut apa yang saya baca, drama ni 80 episod dan lokasinya di 3 negara...Perth Australia, Taj Mahal India dan di Mekkah. Wow....hebatkan?

Pelakonnya...dari tahun lepas lagi semua orang dah tahu Aaron Aziz yang dapat watak Adam Mukriz. Actually saya tak suka sebab Aaron bukan pelakon yang saya minat. Lagi pun bosanlah sebab asyik dia saja yang dapat jadi hero novel. Adam dalam novel kacukan melayu-inggeris sedangkan Aaron muka melayu asli. Macam tak padan langsung. Tapi takpelah dah rezeki dia kan. Maybe rambut Aaron akan berwarna perang...bagi nampak dia berdarah melayu inggeris. Bila terbayang dia berambut perang dengan watak macho seorang pilot, rasa wow...lah juga sikit2.

Tapi bila masuk heroin? Saya terus tak rasa wow! Lemas sangat2 bila tahu watak tu dipegang oleh Nadiya Nisa. Saya sebenarnya tak kisahlah siapa yang pegang watak Ain Hawani tapi bila tahu Nadiya Nisaa yang dapat watak tu, memang kecewalah. Nadiya memang pandai berlakon dan menjiwai watak cuma dia tak begitu sepadan untuk digandingkan dengan Aaron Aziz yang punya nama besar.

Tapi nak buat macam mana, dah dia yang dipilih oleh producer drama tu. Kita penonton ni terpaksalah terima aje. Takpelah bagi peluang pelakon baru. K, bye.


3 comments:

m0on rahman said...

neelofa???lg xbest lakonan die..cover cun je..haha

Unknown said...

aaa.. novelnya best tapi pelakon boring...aaron x berbakat mana pun.. nadiya nisaa.. wajahnya x komersil langsung

Unknown said...

zain saidin ok jgk if jadi adam mukhriz.. pompuannya x tau lah akak sapa yang sesuwai...