Wednesday, February 22, 2012

lu'lu


sumber : google

baru2 ni aku ada tengok cerita lu'lu di ria. actually cerita ini bukan baru...tak silap tahun lepas punya cerita. ada beberapa kali astro tayang balik tapi aku tak pernah tengok cerita ini dari mula. asal tengok mesti cerita dah main separuh!

ceritanya biasa2 jer but yang biasa2, simple, happy ending ni lah story yang aku suka sebab dalam kehidupan sehari2 ni banyak perkara yang mengstresskan. my life pun tak seindah pelangi (tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada...). so, dengan tengok story-mory yang happy macam lu'lu ni, bolehlah jadi terapi untuk menghilangkan stress dan buang cas negatif dalam diri ni.

aku tak suka sad ending, story yang berat2, penuh dengan konflik...bagi aku kehidupan realiti sudah cukup penuh dengan cabaran yang pelbagai sampai kekadang tu rasa tidak mampu menghadapinya. jadi, kenapa nak tambah stress dengan layan story yang berat2 or sad ending, kan. hehehe...tapi tu pandangan akulah. setiap manusia memang berbeza kemahuan dalam hati.


sumber : google

berbalik tentang lu'lu tu, aku suka jalan ceritanya. pelakon pun sangat2 cute...yana dan farid. ini kali pertama aku tengok mereka berlakon menjadi pasangan kekasih. ok juga la...memang sepadan pun. memang terhibur dengan watak yang mereka bawakan (lu'lu dan shauki). satu babak yang aku suka, masa shauki nak naik motor lu'lu tapi helmet cuma 1 tapi farid nak naik juga, lu'lu cakap "tak boleh, nanti kena saman." then farid terus kata, "takpe...saya kan kaya." hehehe...


sumber : google

cuma aku tak berapa berkena dengan rambut yana dalam lu'lu ni...kalau guna rambut sebenar kan lagi comel. ni guna rambut palsu...semacam je aku tengok. tapi apa2 pun, aku memang suka cerita ni. kalau difilemkan lagi la best. tapi biarlah pelakon2nya tetap yang asal...yana dan farid. kalau orang lain yang dapat watak shauki, baik tak payah filemkan...^______^

No comments: