Monday, February 20, 2012

Video clips drama bersiri "MUSIM KIRANA" di TV1


sumber : yutube

Musim Kirana mengisahkan Zara lakonan Zrynn Min berdepan konflik cinta dan status anak luar nikah. Zara berasal dari Cameron Highlands berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah hotel.

Di situ, dia berkenalan dengan Johan (Zain Hamid) yang tertarik melamar Zara sebagai pasangan hidup. Namun konflik tercetus apabila ibu bapa Johan (Wan Nor Azlin dan Shaharuddin Thamby) yang mengusahakan kedai emas tidak menerima kehadiran Zara selepas mengetahui status gadis pilihan anaknya itu.


sumber : google

Dramatik drama ini bermula apabila perhubungan cinta antara Zara dengan Johan terhalang. Situasi bertambah rumit selepas Johan terbabit dalam kemalangan dan mengalami amnesia.

Kesempatan itu digunakan ibu Johan untuk menjodohkan anaknya itu dengan Doktor Laila (Emelda Rosmila) dan menipu Zara mengatakan Johan sudah meninggal dunia.

p/s seronok tengok drama ni sebab zain ruffedge jadi hero...

No comments: