Friday, December 28, 2012

adaptasi novel anis ayuni BAYANGAN RINDU

adaptasi novel anis ayuni BAYANGAN RINDU

sejak aku tahu novel bayangan rindu-anis ayuni ni bakal diadaptasi ke telefilem, aku memang teruja sangat2 sebab ini novel anis ayuni yang aku suka juga selain novel kau kekasihku. mula2 dulu aku harap farid kamil yang dapat jadi kiew@umar aisy sbb wajah ada iras2 cina la sikit kan...kulit farid pun putih. but lama2 aku boring pula dgn farid so aku terbayang, biar aqasha jak jadi kiew. kira sesuai sangat la sbb ciri2 kiew memang ada pada aqasha. lagi pun aqasha memang nampak sweet kalau bawa watak romantik2 ni.

tp tadi masa buka twitter, tertengok la pula twitter zain (ruffedge)...tentang bayangan rindu telefilem untuk astro. wah! tak sangka penggambaran dah dibuat pun. paling aku terkejut, beto jadi umar aisy dan nad zainal jadi iddya. aduiii...frust betul. kenapa la watak hero2 macho boleh diberi pada beto? dan nad zainal pula dapat jadi iddya? bagi aku memanglah kalau dari segi bakat kedua2nya sangat2 'terbaik dan superb. tp kalau dari segi rupa.........opss, bukan beto tak hensem, cute apa dia ni klu senyum. nad pun lawa juga cuma klu la boleh, aku mau pelakon yg lebih hensem dan lawa gitu...tu sbb aku pilih aqasha dan fazura ke, nur fathia ke..neelofa ke...err ayu raudha pun ok juga.

sayangnya harapan hanya tinggal harapan. tak apalah, mungkin takde rezeki nak tengok aqasha jadi hero untuk adaptasi novel lagi. beto pun beto la...janji bukan nazim othman! apa2 pun harap2 la telemovie bayangan rindu ni best macam novelnya. kalau ceritanya lari sikit dr novel pun tak kisahlah..janji memuaskan. gambar kat bawah ni aku ambik dr instagram nad zainal. nak baca sinopsis penuh novel bayangan rindu klik SINI ok.

adaptasi novel anis ayuni BAYANGAN RINDU

                                             adaptasi novel anis ayuni BAYANGAN RINDU



Thursday, December 6, 2012

kisah si ratu rock dengan si pilot

semalam aku ada tengok majlis kahwin ella di 104. seronoklah pula dengar kisah pertemuan dan percintaan mereka. walaupun usia berbeza tapi nampak sangat keserasian mereka berdua. azhar pun nampak rock2 sikit dan pandai main gitar lagi. best tengok dia main gitar dengan ella nyanyi. 
sumber : google

sumber : google

rupanya pertemuan pertama mereka di sutera harbour kk. malah ella selalu turun kk untuk undangan menyanyi plus nak jumpa azhar. hehehe...tak sangka betul. mesti SABAH banyak meninggalkan kenangan manis pada pasangan ni. nasib baiklah mereka tak daki gunung kinabalu, kalau tak mesti ala2 drama dejavu kinabalu :D 

sumber : google
part paling aku  rasa tersentuh sikit, masa ella dan azhar cerita...ella ada show di terengganu, azhar call bos dan kawan2nya minta tukar, semata2 nak bawa  flight yang ella naik dari terengganu tu. dalam penerbangan tu, azhar keluar jumpa ella dan ajak ella masuk di kokpit. ella sendiri teruja dengan perlakuan azhar tu. memang bertuahlah ella dapat pilot firefly tu. 

aku terus teringat novel lama anis ayuni 'manisnya cinta'...kisah ifti liyana yang tak tahu   boyfriend dia nazmi tu pilot airbush. nazmi pun bawa flight yang ifti naik masa pulang dari melancong di luar negara.

sumber : google

Wednesday, December 5, 2012

jangan


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah...

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Tuesday, December 4, 2012

sandakan dan sejarahnya

serba sedikit tentang sejarah daerah sandakan. elopura atau sandakan ditubuhkan pada 21 jun 1879 oleh inggeris bernama william b. pryer yang juga merupakan residensi pantai timur sabah, semasa pemerintahan syarikat berpaigam borneo utara british. sandakan diisytiharkan sebagai ibu negeri borneo utara yang kedua pada tahun 1884.
sumber : google

syarikat tertua di sandaka ditubuhkan pada tahun 1882, dan sekolah st.mary merupakan sekolah tertua di sabah yang ditubuhkan  pada tahun 1887. pada tahun 1883 sebuah surat khabar bulanan, british north borneo herald diterbitkan sehingga kependudukan jepun pada tahun 1942.
sementara itu perkhidmatan telefon telah beroperasi di sandakan seawal-awalnya pada tahun 1896 komunikasi telegraf di antara sandakan dengan united kingdom telah ditubuhkan dengan aktifnya pada 8 april 1897.

bandar sandakan telah siap dibangunkan pada tahun 1930 dan menjadi tumpunan perdagangan antarabangsa sehingga ia digelar 'little hong kong of borneo'. jalan raya telah diturap buat kali pertama pada 1899 ddan kereta bermoto diperkenalkan di sandakan seawal tahun 1912. bekalan elektrik diperkenalkan pada tahun 1909. pada 1923, sandakan telah dipasangkan dengan pertukaran telefon automatik antarabangsa yang terawal di sabah dan juga lebih awal dari hong kong di shanghai. kelab golf pula ditubuhkan pada tahun 1917.
sumber : google

bagaimana pun, bandar sandakan telah mengalami perubahan setelah ranap musnah dibom oleh tentera bersekutu semasa perang dunia kedua. selepas mencapai kemerdekaan, sandakan telah menampakan rupa wajah yang baru dengan pembangunan mapan yang dapat kita lihat pada masa kini