Thursday, December 6, 2012

kisah si ratu rock dengan si pilot

semalam aku ada tengok majlis kahwin ella di 104. seronoklah pula dengar kisah pertemuan dan percintaan mereka. walaupun usia berbeza tapi nampak sangat keserasian mereka berdua. azhar pun nampak rock2 sikit dan pandai main gitar lagi. best tengok dia main gitar dengan ella nyanyi. 
sumber : google

sumber : google

rupanya pertemuan pertama mereka di sutera harbour kk. malah ella selalu turun kk untuk undangan menyanyi plus nak jumpa azhar. hehehe...tak sangka betul. mesti SABAH banyak meninggalkan kenangan manis pada pasangan ni. nasib baiklah mereka tak daki gunung kinabalu, kalau tak mesti ala2 drama dejavu kinabalu :D 

sumber : google
part paling aku  rasa tersentuh sikit, masa ella dan azhar cerita...ella ada show di terengganu, azhar call bos dan kawan2nya minta tukar, semata2 nak bawa  flight yang ella naik dari terengganu tu. dalam penerbangan tu, azhar keluar jumpa ella dan ajak ella masuk di kokpit. ella sendiri teruja dengan perlakuan azhar tu. memang bertuahlah ella dapat pilot firefly tu. 

aku terus teringat novel lama anis ayuni 'manisnya cinta'...kisah ifti liyana yang tak tahu   boyfriend dia nazmi tu pilot airbush. nazmi pun bawa flight yang ifti naik masa pulang dari melancong di luar negara.

sumber : google

No comments: