Tuesday, December 4, 2012

sandakan dan sejarahnya

serba sedikit tentang sejarah daerah sandakan. elopura atau sandakan ditubuhkan pada 21 jun 1879 oleh inggeris bernama william b. pryer yang juga merupakan residensi pantai timur sabah, semasa pemerintahan syarikat berpaigam borneo utara british. sandakan diisytiharkan sebagai ibu negeri borneo utara yang kedua pada tahun 1884.
sumber : google

syarikat tertua di sandaka ditubuhkan pada tahun 1882, dan sekolah st.mary merupakan sekolah tertua di sabah yang ditubuhkan  pada tahun 1887. pada tahun 1883 sebuah surat khabar bulanan, british north borneo herald diterbitkan sehingga kependudukan jepun pada tahun 1942.
sementara itu perkhidmatan telefon telah beroperasi di sandakan seawal-awalnya pada tahun 1896 komunikasi telegraf di antara sandakan dengan united kingdom telah ditubuhkan dengan aktifnya pada 8 april 1897.

bandar sandakan telah siap dibangunkan pada tahun 1930 dan menjadi tumpunan perdagangan antarabangsa sehingga ia digelar 'little hong kong of borneo'. jalan raya telah diturap buat kali pertama pada 1899 ddan kereta bermoto diperkenalkan di sandakan seawal tahun 1912. bekalan elektrik diperkenalkan pada tahun 1909. pada 1923, sandakan telah dipasangkan dengan pertukaran telefon automatik antarabangsa yang terawal di sabah dan juga lebih awal dari hong kong di shanghai. kelab golf pula ditubuhkan pada tahun 1917.
sumber : google

bagaimana pun, bandar sandakan telah mengalami perubahan setelah ranap musnah dibom oleh tentera bersekutu semasa perang dunia kedua. selepas mencapai kemerdekaan, sandakan telah menampakan rupa wajah yang baru dengan pembangunan mapan yang dapat kita lihat pada masa kini

No comments: