Wednesday, January 16, 2013

tazkirah untuk aku

aku terbaca di blog iluvislam, cara merawat penyakit hati. sesuai sangat sebab aku rasa hati aku sejak akhir2 ini sangat s.a.k.i.t... memang harus aku praktikkan sebelum hati semakin s.a.k.i.t dan semakin m.a.t.i. ada 18 cara semuanya...

1.   mentarbiah hati supaya mencintai ALLAH SWT dengan sedalam2nya
2.   membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud ayat2 al-quran
3.   mendekatkan diri pada ALLAH SWT dengan amalan2 sunat
4.   khusyuk dalam solat
5.   memperbanyakan zikir dan memohon ampun kepada ALLAH SWT
6.   melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada ALLAH SWT dan mengharapkan keredaan-NYA
7.   melakukan amal dan ibadah berdasarkan perintah ALLAH dan rasul
8.   beriktikad dengan akidah yang betul
9.   sentiasa melakukan muhasabah diri
10. memperuntukkan masa bagi ALLAH menerusi penggarapan ilmu2 agama
11. memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya sepertiga malam
12. tunduk dan kusyuk kepada ALLAH SWT dalam segenap tinddakan dan perbuatan
13. memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi ALLAH SWT
14. menundukkan penglihatan kepada perkara2 yang diharamkan
15. suka menziarah kubur dan ingat mati
16. sentiasa bersyukur dan reda kepada ALLAH SWT atas segala nikmat yang dikurniakan
17. suka membantu anak2 yatim dan bermesra dengan mereka
18. suka bersahabat dan duduk dengan orang2 yang soleh yang boleh dijadikan teladan


Saturday, January 12, 2013

novel yang terindah-anis ayuni

novel yang terindah-anis ayuni

simple je cover novel yang terindah-anis ayuni ni kan. aku suka cover novel yang simple tapi masih menarik pembaca untuk beli dan menghayati kisah didalamnya. ini novel kedua anis ayuni...aku lupa bila aku beli. tapi cerita novel yang terindah-anis ayuni ni memang best. bagi akulah, novel2 anis tak pernah menghampakan, bagi akulah...tak tahulah pula orang lain.

novel yang terindah-anis ayuni cerita tentang elly yang tinggal di estate bukit beringin. dia rapat dengan anak tuan zufri, terutamanya diana. elly juga rapat dengan abang zahari anak lelaki tunggal tuan zufri. elly tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. malah di rumah estate itu cuma dia, atuk dan ibunya saja. kebaikan ahli keluarga tuan zufri sedikit sebanyak menghilangkan rasa kekurangan pada dirinya.

kemudian atuk elly meninggal dunia, dia dan ibunya terpaksa keluar dari estate itu. elly sangat sedih sebab sejak kecil dia tinggal di situ. terlalu banyak kenangan mereka di estate bukit beringin itu, lebih2 lagi kenangan bersama abang zahari dan keluarganya. elly melanjutkan pelajaran di kl dan hubungannya tetap berterusan dengan abang zahari yang sudah dianggapnya sebagai abang sendiri.

di kampus dia mengenali akmil. lelaki pertama yang mencuri cintanya. setiap perkembangan hubungannya dengan akmil semua elly cerita dengan abang zahari. lelaki itu banyak menasihatinya agar menjaga batas pergaulan dalam perhubungan. tapi tak lama akmil berpisah dengan elly. akmil sebenarnya punya teman wanita lain. elly kecewa dan abang zaharilah yang banyak menghiburankan dia.

lepas tu elly kawan dengan TJ..mereka kadang2 gaduh bila TJ cemburu dengan abang zahari. bagi elly TJ tak perlu cemburu sebab dia sudah anggap abang zahari seperti abangnya. seperti selalu abang zahari sentiasa menasihati elly agar menjaga batas pergaulan, nasihat yang sama diberikannya waktu elly dengan akmil dulu. hubungan elly dan TJ berakhir. TJ jatuh hati dengan syaz bekas roomate elly. elly sedih sebab dia sayangkan TJ. macam biasa abang zahari jugalah tempat elly mengubat kekecewaannya.

pada masa yang sama elly kenal dengan pak usu, melalui wan zakiah. pak usu seorang yang pelik dan sentiasa mengasingkan diri. tapi semakin lama, pak usu mula berubah dan rapat dengan elly. abang zahari pula melamar elly. elly terkejut dan tak menyangka selama ini abang zahari mencintainya. lantas elly menolak dan bagi amaran agar abang zahari tak jumpa dia selagi ada rasa cinta di hatinya. lepas tu abang zahari tak muncul2 lagi.

elly pula mula rasa rindu dengan abang zahari. dia sebenarnya sayangkan lelaki itu cuma dia keliru dengan perasaannya. lagi pun selama ini dia anggap lelaki tu sebagai abangnya biarpun beberapa kali lelaki itu tunjukkan tanda2 dia cintakan elly. tapi elly tak layan sebab dia takut itu cuma perasaannya. dia cuba untuk menghubungi lelaki itu semula tapi dia takut, takut lelaki itu sudah melupakan dia.

abang zahari kemalangan, masa tu barulah elly bertemu dengannya. tapi elly sedih sebab abang zahari tak kenal dia. elly juga frust sebab dr hazlin selalu datang menemui zahari yang masih terlantar di hospital. ada masanya dia sangat sakit hati dengan abang zahari yang pura2 lupa siapa elly tapi peliknya masih ingat jadual kuliah elly! lepas tu elly tak jumpa abang zahari lagi. hinggalah satu hari tu diana ajak elly datang ke rumah. diana asyik bercerita tentang teman lelakinya saja. dia buat tak endah saja bila elly tanya tentang abang zahari.

lepas tu abang zahari muncul dan ajak elly keluar pergi lepak di kolam renang bawah apartment tu. abang zahari sangat sedih memikirkan hubungannya dengan elly yang tidak rapat macam dulu lagi. elly juga sangat sedih tapi bila abang zahari tanya tentang perasaannya elly terus mengaku. dia tak mahu kehilangan abang zahari lagi. lepas tu abang zahari pun lamar elly,sebenarnya semua family abang zahari tahu dia sukakan elly malah masa di bukit beringin dulu dia pernah menyuruh ibunya meminang elly. 

pak usu dah benar2 ok, elly jemput dia datang masa majlis kahwinnya. pak usu sangat sedih dan sayangkan elly. masa elly kahwin, pak usu pergi umrah. lepas tu, pak usu jemput elly dan keluarga datang berbuka puasa. mak elly pun datang dan dia jumpa pak usu. rupanya pak usu tu bapa elly. bla..bla...bla....rahsia pun semua terungkai...bapa elly dulu kemalangan dan hilang ingatan sebab tu dia tak jumpa elly dan mak elly. family pak usu pula tak tahu pak usu sudah berkahwin dan punya anak. pak usu hilang ingatan dan jadi tak betul. bila dia dah ok, barulah dia cari mak elly tapi masa tu mak elly sudah pindah. 

sebelum elly kahwin, pak usu memang dah tahu elly anaknya tapi dia takut elly tak dapat terima dia sebagai ayah kandungnya sebab tu dia pergi umrah. mak elly sangat sedih dan akhirnya mereka berbaik semula. habis laa...

~gambar selebriti sumber google~

Friday, January 11, 2013

sayap ayam madu di kundasang

ramai yang suka makan sayap ayam terutamanya yang dijual di pasar malam. aku pun suka juga makan tapi kalau sedaplah. dulu, aku rasa sayap ayam yang dijual di pasar malam atau pasar ramadhan sedap betul rasanya. tapi sekarang macam hambar aje rasanya. patutnya harga makin mahal makinlah sedap, kan. ini makin mahal makin tak sedap pula.  kadang tu sayap ayam sedap, sosnya pula kurang kaw-kaw. sos sedap, sayap ayam pula rasa semacam. susahnya nak cari tempat makan sayap ayam yang sedap dekat2 sini. 

aku paling suka kalau pergi kundasang. bukan sebab pemandangan di sana cantik dan sejuk aje...tapi sebab ada gerai jual sayap ayam yang sedap di situ. ramai orang singgah situ mesti nak makan sayap madu yang sedap tu. aku memang suka sayap ayam madu di gerai tu. rasanya tak sama dengan sayap2 madu yang dijual di tempat lain. kalau di sini, aku makan banyak pun tak rasa mual, tak tahulah kenapa.

mungkin juga sebab cuaca sejuk jadi makan yang panas2 tambahlah selera, kan. lagi pun sambil makan layan jugalah pemandangan cantik di sekitar kawasan tu. oh, selain sayap ayam...buntut ayam pun banyak jual di gerai ni. tapi aku tak makan buntut. kulit ayam pun aku tak makan, ni kan pula mau makan buntut! 

masa ni kabus, tak nampak gunung kinabalu

sayap ayam madu di kundasang
 pemandangan dari depan restoran
sayap ayam madu di kundasang
 tu yang berasap2 tu la gerai sayap ayam tu
sayap ayam madu di kundasang
inilah sayap ayam madu yang sedap tu

Tuesday, January 8, 2013

novel diari seorang guru-s.hawa

novel diari seorang guru-s.hawa


masih tentang novel lama yang pernah aku baca dulu. novel diari seorang guru terbitan alaf21. penulisnya s.hawa. tak pastilah kalau penulis ni masih aktif menulis sebab aku dah lama tak beli novel2 baru. novel diari seorang guru-s.hawa ni berkisar tentang cikgu kamalia yang baru memulakan tugasnya sebagai guru di sebuah sekolah yang dekat dengan kampungnya di negeri sabah.

di sana dia bertemu dengan cikgu azhar, seorang guru yang baik dan sering membantunya. sebelum kedatangan kamalia, cikgu rozita sangat rapat dengan cikgu azhar ( sebenarnya cikgu rozita sangat menyukai cikgu azhar). di rumah pula, kamalia sering berhadapan dengan masalah kak jam yang sudah berpisah dengan abang joe. mereka berpisah kerana fitnah dan kamalia berusaha untuk menyatukan mereka semula.

~  azhar dan kamalia~
novel diari seorang guru-s.hawa

hubungan kamalia dan cikgu azhar semakin rapat lebih2 lagi bila mereka sebenarnya sudah bertemu dalam satu insiden lucu waktu di UM. rozita sangat marah tapi kemudian dia dapat juga menerima kenyataan yang cikgu azhar tak pernah menyukainya. lebih kurang macam tu lah cerita novel diari seorang guru-s.hawa ini. 

sebenarnya novel diari seorang guru-s.hawa  ni jenis catatan diari (tengok tajuk pun sudah tau....), jadi dalam tu macam2lah kisah sedih, gembira, lucu yang ada dalam setiap catatan. paling seronok masa kamalia mula2 mengajar...macam2 kisah lucu terjadi. lagi kisah yang lucu masa kamalia tinggal di asrama dan berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai ragam. novel diari seorang guru-s.hawa ni memang best, cuma aku yang tak pandai sangat nak ceritakan semula. 

~gambar aqasha & noni af5, sumber google ~ Hanya hiasan semata2

sengal punya ending!

sumber : google

semalam aku tak sabar2 nak tengok ending drama 'terlanjur cinta' di tv9 tu. ingatkan bestlah endingnya...terbayang fareth dan nia akan bersama memulakan hidup baru. tp realitinya? adoiii...jauh betul dari apa yang aku bayangkan. betul2 biul punya ending! 

kenapalah erma suka betul buat ending drama tak best macam tu? macam takde idea jak. buang masa betul aku tengok dari episod pertama. paling aku menyampah drama ni sengaja jak ambik pelakon2 yang muka lawa bagi orang suka tengok drama tu. lepas tu hidangkan penonton dengan ending yang entah apa2 tu. macam takde idea langsung jak. tapi aku rasa memang dia tiada idea pun...tu pasal ending drama ni hancur habis! 

teringat deejavu kinabalu hari tu...pelakon pun semua sama dengan terlanjur cinta ni. tu lagi ending biul dan tersangatlah paluinya. sudahlah bab ganti jantung tu betul2 tak lojik langsung (sedap2 jak tukar bila pesakit nak jantung lain lagi...haktuiii ketaralah palui betul). lepas tu boleh pula minta penonton tentukan endingnya dengan pilih siapa hero yang patut dapat heroin...hero yang banyak undian, tu la yg menang. tu lagi betul2 tak tahan, bagus jangan buat drama kalau tiada idea mahu tamatkan cerita tu! 

telemovie bayangan rindu tu tak silap aku erma juga yang buat. harapnya tiadalah dia ubah2 ending cerita tu pula. aku sebenarnya tak kisahlah kalau satu2 drama tu berakhir dengan kesedihan. kehidupan memang macam tu ada suka duka. cuma aku hangin betul tengok ending yang sedih (macam terlanjur cinta tu) lepas tu macam tak masuk akal. ahhh...cakap banyak pun tak guna...baik aku ingatkan diri sendiri agar tak tengok drama2 erma fatima lagi. cukup2lah dua kali dibiul2kan dengan 2 ending drama yang hancur tu! takkan ada yang ketiga lagi!

Monday, January 7, 2013

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)


sumber : yutube

semalam aku tengok juara lagu 27, lagu yuna yang menang. aku memang tak sangka pula sbb yuna tak bertanding semalam. aizat yg bawa lagu ni tp ok la sbb aizat bawa style lelaki paris yg kasanova gitu hahaha. aku suka lagu ni sejak mula dengar dulu. memang yuna seorang yang sangat2 banyak tuah. 

semalam juara lagu tu ok jugalah...aku suka semua keputusan. hafiz pun memang terbaik juga...mantap. sama macam black juga...sedap jak  lagu mereka bawa dan nampak kemas tak serabut. stacy pula ok juga cuma suara macam tak berapa jelas, muzik mcm kuat. tak sedap aku dengar. aku hangin betul tengok mojo...entah apa2 jak, rock la konon2nya tp mcm orang melalak tak tahu punca! adoiii sakit telinga dgr! klu mau jerit ala2 rock pi belajar dengan otai2 rock dulu..!

tersebut rock...semalam kan ada amy search, ingat lagunya dengan hazama tu bolehlah juga menang. tapi tiada hal2 pun. tapi memang bestlah persembahan dorg...bertenaga cuma tu la muzik telampau kuat, sesekali suara penyanyi tenggelam. masa tunggu keputusan juri ada pula otai2 rock buat persembahan. caya aku papa ramli sarip dengan rahmat mega...masih mantap, lagi2 rahmat mega...wah! suara tetap rock..walaupun usia sdh meningkat. cayalah...kalau ada rock2 ni mesti semua org mcm layan habis...apa pun otai2 rock semalam memang terangkat habislah. lain kali panggil semua rockers kasi himpun satu pentas baru la meletup habis!

Sunday, January 6, 2013

novel seribu kali sayang-anis ayuni

novel seribu kali sayang-anis ayuni

kali ni aku story tentang novel seribu kali sayang- anis ayuni. novel seribu kali sayang-anis ayuni ni     aku beli tahun 2008, dah lama kn. novel anis ni mengisahkan tentang abby yg tak disukai    oleh kakaknya sendiri (kak lisa). abby kemudian rapat dengan faiz salah seorang teman lelaki kak lisa. faiz jatuh hati dgn abby dlm diam2. abby pula layan faiz sbb dia kesiankan lelaki itu yg sering disisih oleh kak lisa.

bila abby sudah habis belajar, faiz dtg merisik. abby dn familynya sgt terkejut mereka ingatkn dia merisik kak lisa rupa2nya merisik abby. kak lisa sgt marah dan tuduh mcm2 pd abby. family abby tak kisah sbb mereka memang suka pd faiz dan sudah lama tahu yg faiz sukakan abby. lagi pun kak lisa ramai teman lelaki dan selama ini dia tak pernah melayan faiz sbg teman lelakinya.

abby terima faiz dan berkahwin, kak lisa pula sakit. sebenarnya faiz sndiri cuma anggap lisa sbg teman biasa saja. cuma lisa marah waktu faiz merisik abby sbb waktu itu dia disahkan menghidap lukiemia. dia terasa abby sangat bertuah dari dirinya. tanpa pengetahuan kak lisa abby dermakan sumsum tulang utk selamatkan kak lisa.akhirnya kak lisa sedar juga dan berbaik dengan abby. ibubapa mereka yg terpisah bertahun2 lamanya akhirnya dapat bersama juga.

banyak juga babak yang best2 dalam novel ni terutamanya masa abby dan faiz mula2 kenal.novel ni juga banyak berkisar dan berlatar belakangkan kota sumatera barat. banyak pekan2 kecil yang menjadi tumpuan pelancong dikisahkan dalam novel ni. 

p/s: gambar kat kulit novel tu aku tampal dgn gmbr barbie dress kuning sbb aku tak suka model sbnr di cover novel tu!!! Lupa nak cakap dalam novel ni Anis Ayuni kata hero tu macam Sheikh Muzaffar...alaa...angkasawan tu

Saturday, January 5, 2013

novel seharum kasih-eina emir

novel seharum kasih-eina emir

Ini novel seharum kasih karya aina emir. Bukan novel baru...dah lama novel ni (2004). Tapi aku suka sangat novel seharum kasih~Eina Emir ni. Suka heronya dan suka covernya novel yang cantik tu. novel seharum kasih~Eina Emir ni mengisahkan tentang rasya dan reeza yang bermula dengan perkenalan di telefon. reeza memang dah jatuh hati dengan rasya dalam telefon lagi. mereka kemudian bertemu di najlis perkahwinan tengku maria@TM dan ardi. sejak itu mereka bertambah mesra.

dalam masa yang sama fahmi menyukai rasya. waktu temankan reeza di satu majlis, ardi datang menemui rasya dan menceritakan keburukan reeza. ardi berpisah dengan isterinya pun sebab isterinya itu mengandung anak reeza. tanpa usul periksa, rasya yang terlalu takut ditinggalkan oleh reeza bertindak memutuskan hubungan mereka. puas reeza bertanya apa salahnya dan dia sangat kecewa dengan perbuatan rasya itu.

~ syed reeza dan rasya ~
novel seharum kasih-eina emir

rasya yang kecewa terus setuju bertunang dengan fahmi. lepas tu secara tak sengaja dia bertemu dengan bekas isteri ardi. semua cerita pun terbongkar, reeza tak salah apa2 pun. ardi yang sengaja fitnah sebab dia marahkan reeza. sebelum mereka kahwin TM memang sukakan reeza. itu yang buat ardi dendam pada reeza. rasya sangat bersalah dan meminta maaf pada reeza. dia bercadang untuk putuskan pertunangannya dengan fahmi. saat reeza yakin yang rasya memilihnya, dia mendapat undangan perkahwinan rasya dan fahmi. reeza sangat2 kecewa dan hilang arah hidup.

setahun kemudian, reeza bertemu dengan rasya di dubai. perasaannya kembali terusik tapi dia tahu rasya isteri orang untuk mengubat hatinya reeza bertunang dengan hilda anak kenalan ibubapanya.dia bertemu dengan TM dan dari TM dia tahu yang rasya sudah bercerai. reeza kemudian datang ke kg rasya dan di sana dia bertemu dengan farhana bekas teman serumah rasya. dari farhana dia tahu kisah rasya yang berkahwin selama 2 minggu saja kemudian menamatkan perkahwinannya.
reeza cuba mendapatkan rasya semula dan mengajak rasya berkahwin. rasya tak mahu kehilangan reeza lagi. jadi dia bersetuju untuk kahwin biarpun dia tahu reeza sudah ada tunang. tapi akhirnya semua masalah dapat diatasi, hilda mengundur diri lagipun dia cuma anggap reeza sebagai abangnya saja. happy ending...:)

~gambar selebriti sumber google~

Tuesday, January 1, 2013

happy new year 2013


yehhh...selamat tahun baru. mesti semua orang happy kan dengan kedatangan 2013. harap2 tahun  baru ini menjanjikan beribu kebaikan untuk kita semua. hope juga malaysia akan terus aman dan harmoni.