Novel Seharum Kasih-Eina Emir
Ini novel seharum kasih karya Eina Emir. Bukan novel baru...dah lama novel ni (2004). Tapi saya suka sangat novel Seharum Kasih-Eina Emir ni. Suka heronya dan suka covernya novel yang cantik tu. Novel Seharum Kasih-Eina Emir ini mengisahkan tentang Rasya dan Reeza yang bermula dengan perkenalan di telefon. Reeza memang dah jatuh hati dengan Rasya dalam telefon lagi. Mereka kemudian bertemu di majlis perkahwinan Tengku Maria@TM dan Ardi. Sejak itu mereka bertambah mesra.
Dalam masa yang sama Fahmi menyukai Rasya. Waktu temankan Reeza di satu majlis, Ardi datang menemui Rasya dan menceritakan keburukan Reeza. Ardi berpisah dengan isterinya pun sebab isterinya itu mengandung anak Reeza. Tanpa usul periksa, Rasya yang terlalu takut ditinggalkan oleh Reeza bertindak memutuskan hubungan mereka. Puas Reeza bertanya apa salahnya dan dia sangat kecewa dengan perbuatan Rasya itu.
Rasya yang kecewa terus setuju bertunang dengan Fahmi. Lepas tu secara tak sengaja dia bertemu dengan bekas isteri Ardi. Semua cerita pun terbongkar, Reeza tak salah apa2 pun. Ardi yang sengaja fitnah sebab dia marahkan Reeza. Sebelum mereka kahwin TM memang sukakan Reeza. Itu yang buat Ardi dendam pada Reeza. Rasya sangat bersalah dan meminta maaf pada Reeza. Dia bercadang untuk putuskan pertunangannya dengan Fahmi. Saat Reeza yakin yang Rasya memilihnya, dia mendapat undangan perkahwinan Rasya dan Fahmi. Reeza sangat2 kecewa dan hilang arah hidup.
Setahun kemudian, Reeza bertemu dengan Rasya di Dubai. perasaannya kembali terusik tapi dia tahu Rasya isteri orang untuk mengubat hatinya Reeza bertunang dengan Hilda anak kenalan ibubapanya. Dia bertemu dengan TM dan dari TM dia tahu yang Rasya sudah bercerai. Reeza kemudian datang ke kg Rasya dan di sana dia bertemu dengan Farhana bekas teman serumah Tasya. Dari Farhana dia tahu kisah Rasya kahwin cuma 2 minggu saja kemudian menamatkan perkahwinannya.
Reeza cuba mendapatkan Rasya semula dan mengajak Rasya berkahwin. Rasya tak mahu kehilangan Reeza lagi. Jadi dia bersetuju untuk kahwin biarpun dia tahu Reeza sudah ada tunang. Tapi akhirnya semua masalah dapat diatasi, Hilda mengundur diri lagipun dia cuma anggap Reeza sebagai abangnya saja. happy ending.
First time baca novel ni dalam media hiburan. Baca bab awal2 terus rasa tertarik sangat. Suka dengan kisah Reeza mengayat Rasya dalam telefon.
Ok, bye.
No comments:
Post a Comment