Friday, January 11, 2013

sayap ayam madu di kundasang

ramai yang suka makan sayap ayam terutamanya yang dijual di pasar malam. aku pun suka juga makan tapi kalau sedaplah. dulu, aku rasa sayap ayam yang dijual di pasar malam atau pasar ramadhan sedap betul rasanya. tapi sekarang macam hambar aje rasanya. patutnya harga makin mahal makinlah sedap, kan. ini makin mahal makin tak sedap pula.  kadang tu sayap ayam sedap, sosnya pula kurang kaw-kaw. sos sedap, sayap ayam pula rasa semacam. susahnya nak cari tempat makan sayap ayam yang sedap dekat2 sini. 

aku paling suka kalau pergi kundasang. bukan sebab pemandangan di sana cantik dan sejuk aje...tapi sebab ada gerai jual sayap ayam yang sedap di situ. ramai orang singgah situ mesti nak makan sayap madu yang sedap tu. aku memang suka sayap ayam madu di gerai tu. rasanya tak sama dengan sayap2 madu yang dijual di tempat lain. kalau di sini, aku makan banyak pun tak rasa mual, tak tahulah kenapa.

mungkin juga sebab cuaca sejuk jadi makan yang panas2 tambahlah selera, kan. lagi pun sambil makan layan jugalah pemandangan cantik di sekitar kawasan tu. oh, selain sayap ayam...buntut ayam pun banyak jual di gerai ni. tapi aku tak makan buntut. kulit ayam pun aku tak makan, ni kan pula mau makan buntut! 

masa ni kabus, tak nampak gunung kinabalu

sayap ayam madu di kundasang
 pemandangan dari depan restoran
sayap ayam madu di kundasang
 tu yang berasap2 tu la gerai sayap ayam tu
sayap ayam madu di kundasang
inilah sayap ayam madu yang sedap tu

No comments: