Tuesday, January 8, 2013

Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa

Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa

Assalamualaikum? Holla, blog!

Masih tentang novel lama yang pernah saya baca dulu. Novel Diari Seorang Guru terbitan Alaf21. Penulisnya S.Hawa. Tak pastilah kalau penulis ni masih aktif menulis sebab saya dah lama tak beli novel2 baru. Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa ni berkisar tentang cikgu Kamalia yang baru memulakan tugasnya sebagai guru di sebuah sekolah yang dekat dengan kampungnya di negeri Sabah.

Di sana dia bertemu dengan cikgu Azhar, seorang guru yang baik dan sering membantunya. Sebelum kedatangan Kamalia, cikgu Rozita sangat rapat dengan cikgu Azhar (sebenarnya cikgu Rozita sangat menyukai cikgu Azhar). Di rumah pula, Kamalia sering berhadapan dengan masalah kak Jam yang sudah berpisah dengan abang Joe. Mereka berpisah kerana fitnah dan Kamalia berusaha untuk menyatukan mereka semula.

Hubungan Kamalia dan cikgu Azhar semakin rapat lebih2 lagi bila mereka sebenarnya sudah bertemu dalam satu insiden lucu waktu di UM. Rozita sangat marah tapi kemudian dia dapat juga menerima kenyataan yang cikgu azhar tak pernah menyukainya. Lebih kurang macam tu lah cerita novel diari seorang guru-S.Hawa ini. 

Sebenarnya Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa  ni jenis catatan diari (tengok tajuk pun sudah tau....), jadi dalam tu macam2lah kisah sedih, gembira, lucu yang ada dalam setiap catatan. paling seronok masa Kamalia mula2 mengajar...macam2 kisah lucu terjadi. Lagi kisah yang lucu masa Kamalia tinggal di asrama dan berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai ragam. Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa ni memang best, cuma saya yang tak pandai sangat nak ceritakan semula. Novel ini juga antara novel alaf21 yang terawal saya beli. Ok, bye.

No comments: