Tuesday, February 10, 2015

Teman Lelaki Upahan dalam slot Akasia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamulaikum? Hallo, blog!

Mood saya sangatlah baik waktu ini. Menaip entry ini pun dengan senyuman. Semuanya sebab drama Teman Lelaki Upahan yang main di slot akasia TV3.

Sebenarnya saya dah lama tak layan drama melayu di slot akasia. Bosan sebab asyik drama adaptasi aje. Lepas tu pelakon pula semuanya pelakon yang saya kurang gemar. Last saya layan slot akasia ini masa drama Gemersik Kalbu. Layan habis drama itu sebab novel tu saya suka sangat. Nak pula pelakonnya pun Aqasha dan Ayu Raudha, yang memang bukan kayu dalam lakonan. Hidup dan macam real aje berlakon. Masa itu, tiap hari tak sabar nak tengok drama itu. 

Eh, terbabas pula cakap tentang Aqasha. Ok, cakap semula tentang Teman Lelaki Upahan.  Aku layan cerita ini sebab pelakon2nya, Ungku Ismail dan Siti Elizad. Saya suka mereka ini sebab memang pelakon berbakat. Terutamanya Siti Elizad yang dah lama berkecimpung dalam bidang lakonan, baik drama maupun filem. Saya suka aje tengok drama yang pelakonnya jarang keluar tv. Taklah sakit mata tengok. Drama ini ada 28 episod. Lamalah nak tunggu cerita ni habis nanti.

Hanya kerana satu insiden kecil, EL( Ezwan Lufti) terjebak dengan syarat gila Kyra Lydia (Siti Elizad). Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana sempoi biasa-biasa bak hang, tapi bagi EL lain pula persepsi dia buat Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, EL dan Lydia bersetuju yang mereka disatukan. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam.
Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu, dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?

2 comments:

farhanaDr said...

Cerita ni masuk dalam list download juga. Sebab suka Ungku Ismail berlakon. Lagi satu drama dia yang dekat TV1, adaptasi novel juga. Terlanjur Mencintaimu kot tak silap tajuk dia. Lagipun dia jarang berlakon, jadi hero plak tu, so wajib tengok. :)

Anonymous said...

Kannn samalah kita.... Last akasia yg excited was Gemersik Kalbu.... Seronok dpt balik perasaan excited tu dlm Teman Lelaki Upahan