Monday, February 2, 2015

NOVEL BIMBO-RIN AHMAD

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 NOVEL BIMBO - RIN AHMAD

Assalamualaikum? Holla, blog! 

Horeyyy...saya dah habis baca novel BIMBO-RIN AHMAD. Sehari lepas dapat terus baca sampai habis. Tapi lambat sikit buat entry ni sebab tak ada masa buka laptop...sibuk sikit dengan kerja lain.

Tak nak cakap panjang, saya nak cakap terus tentang novel BIMBO-RIN AHMAD ini. Novel ini tentang Elsuraya yang dendam pada Azad. Konon Azad la yang menyebabkan mak bapa El meninggal. El kemudian kenal dengan Dani. Mereka kemudian bercinta. Dalam masa yang sama family Azad dan makcik El, nak jodohkan Azad dan El. Tapi Azad tarik diri sebab tak nak rebut El dari Dani. Azad sebenarnya kawan baik Dani. El dah cuba tak simpan dendam pada Azad.  El kemudian bertunang dengan Dani. Masa kat Korea, rahsia pecah lelaki yang El dendam sebenarnya Dani, bukan Azad. El sangat marah dan kecewa. Dia tak nak jumpa Dani. Dani pula sakit (bell's palsy) dan pulang Malaysia terlebih dahulu. Hubungan renggang dan Dani bawa diri ke Jeddah. Lepas setahun baru balik Malaysia. Dia pun dah sembuh. Dah jumpa balik barulah El tahu yang Dani sakit sepanjang menyepikan diri itu. El sangat sedih dan rasa bersalah. Dia pun dah lupa tentang dendam dia tu. Lepas tu mereka kahwin. El juga dah tahu ibubapa Dani memang terlibat sama masa kemalangan yang menyebabkan kematian ibubapa El. Lepas tu bapa Dani meninggal masa Dani dan El pergi honeymoon di Brunei. Masa ni ada salah faham berlaku, gara-gara whatsapp. Sampaikan Dani fikir El balas dendam tentang kematian ibubapanya dulu. Sebab tu El sengaja tak bagitahu Dani whatsapp penting tentang bapa Dani tu. Sebenarnya El cuma sempat buka whatsapp tu tapi tak sempat baca pun. Lepas tu hubungan mereka jadi renggang semula. Tapi Dani tetap bawa El balik Jeddah. Di sana barulah hubungan mereka baik semula. El pun dah mengandung. Cerita ni habis masa Dani dan El jalan2 kat Dubai. Mereka sempat jumpa Lisa dan Syed Azri (hero heroin novel Untuk Semua Dosaku) Ok, macam tulah lebih kurang ceritanya. Korang jangan lupa dapatkan novel BIMBO-RIN AHMAD. Tak rugi beli tauu.

Komen saya tentang novel BIMBO-RIN AHMAD ini, memang super duper best! Saya suka El...sebab dia bijak dan cantik, cuma malas sikit sebab dia ni suka sangat berdendam. Tapi dia akhirnya jadi seorang yang pemaaf dan sangat sabar dengan karenah Dani selepas kematian ayah Dani.

Dani? Memang hero habislah. Saya suka sangat watak dia...sangat-sangat setia tahap tak boleh ukur! Jatuh cinta hanya sekali terus setia selamanya. Semangat kuat, suka mesti usaha dan tetap bersabar dengan dendam El. Sanggup pergi Jeddah untuk bagi ruang pada El untuk lagi matang. Paling kagum, Dani masih setia pada El walaupun El tak peduli dia lagi. Dalam dia sakit, El juga yang dia ingat. Sampai mak dan adik dia benci El sebab El tak peduli Dani yang sakit.

Lagi satu, saya suka Dani...cara dia mengurat El, sangat lain dari yang lain. Tak romantik tapi perbuatan dia tu meninggalkan kesan yang sangat manis dalam hati. Tu yang El pun sangkut. Paling tak tahan bila Dani hadiahkan El washlet...haha. Banyak dialog yang best2 antara El dan Dani...terutamanya masa mula-mula Dani usha2 El. Cover novel ni pun saya suka...memang sesuai sangat dengan tajuknya BIMBO itu...

Ok, jangan lupa beli novel BIMBO-RIN AHMAD ini, banyak benda lain yang best dalam novel ni. Tak rugi tau...belilah cepat. Lepas baca, saya jamin...korang  mesti sengih kambing dan asyik sebut perkataan 'bimbo' dan ayat 'astalavista loozzer! With double o and double z.' Cayalah cakap saya. Ok, bye!

kali kedua dibimbokan oleh Dani

pertemuan kali ketiga...bimbo vs mamat douchebag

NOVEL BIMBO-RIN AHMAD

 NOVEL BIMBO-RIN AHMAD

cara Dani menarik perhatian El...sweetkan?

part kesedihan...meleleh2 air mata masa baca ni...haha

washlet juga yang dia ingat

JaNgAn LuPa BeLi NoVel BiMbO-RiN aHmAd Ni OkEy...


2 comments:

RoseIma said...

sgt setuju Bimbo suoper duper best!
Novel yg tak tebal dgn harga yg mampu utk kebanykan pembeli tapi sarat dengan ilmu & pengajaran sgt byk. Sungguh berbaloi.
byk benda dpt di jadikn iktibar!
terus terang tak tau nk cakap apa but best sgt!

Unknown said...

apa mksd astalavista loozzer tu ek?