Tuesday, January 27, 2015

Yehhh...akhirnya dapat peluk BIMBO dan GET

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎. 


Edit : Yg nak baca sinopsis  penuh Bimbo klik kat SINI

Akhirnya...aku dapat juga lengkapkan koleksi novel RIN AHMAD. Happy sangat-sangat hari ni. Lepas beli kat ARLUNA dan USD kat kk hari tu. Dua lagi novelnya yang aku order minggu lepas sampai. Dua novel ni baru aje aku dapat pagi tadi, alhamdulillah selamat sampai order aku dengan KN ni. Kebanyakan buku, aku order aje sebab kat sandakan ni takde kedai buku besar pun. Kesiankan? Kalau nak cari novel, terpaksa cari kat mana-mana kedai alat-tulis. Adalah jumpa dua tiga buah novel!

Kadang-kadang jumpa juga dua tiga buah novel kat kedai jual surat khabar. Tapi memang jarang jumpalah. Hari tu pergi GIANT, ada pula nampak satu gerai kat luar jual barangan alat solek dan tudung. Lepas tu ada selit jual novel tapi ciput aje novelnya...tak banyak pilihan. kebanyakan novel dia jual tu yang pernah dan memang dah diadaptasi jadi drama. Termasuk novel yang lama-lama. sedih aku tengok. Nak aje aku sarankan tuan gerai tu order buku ni, order novel tu...dan bagitahu novelis2 fames dan novel meletop yang lain tapi tak dibuat drama. Maksud aku novel bestseller la. Tapi takut pula tuan gerai tu fikir aku ni penyibuk! Entah2 kalau aku cakap, mesti dalam hati dia...'banyak cakap makcik ni, dah la tak beli novel aku jual...blahlah makcik!'

Hehe...memang aku nak blah dah pun. Lepas ni nak siapkan semua kerja yang memang patut aku siapkan hari ni. Lepas tu nak baca novel Bimbo. Eh, bukan baca Gadis Edisi Terhad dulu sebab tu yang keluar dulu sebelum Bimbo. Ok, bye...


No comments: