Tuesday, January 6, 2015

Novel PA Untuk Dia ~ Syamnuriezmil

Novel PA Untuk Dia  ~ Syamnuriezmil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Novel PA Untuk Dia  ~ Syamnuriezmil : Ini novel ke 2 saya baca untuk tahun 2015 ni. Baca lepas beli hari tu, tapi baru semalam habiskannya. Beberapa hari  tak mengadap novel PA Untuk Dia ~ Syamnuriezmil ni sebab sibuk buat benda lain. Ok, aku malas nak cakap benda lain, aku cuma nak cakap yang aku suka Encik Han! Dan aku juga suka Onn!!!

Hehe...aku sebenarnya tak pernah baca novel2 karya Syamnuriezmil ni. Ini kali pertamalah...tapi sebelum ni aku pernah juga follow fanpage dia dan pernah terbaca sedikit teaser novel PA Untuk Dia  ~ Syamnuriezmil. Tapi aku ingatkan tu cuma cerpen. Masa jumpa buku ni di Times hari tu, terus tengok sinopsis di belakang. Onn dan Han...terus ingat teaser yang aku baca dulu. Tak fikir apa lagi, terus je beli novel PA Untuk Dia  ~ Syamnuriezmil ni. 

Aku follow fp penulis ni dan pernah juga baca blog dia di wordpress tapi lepas aku tutup fb, dah tak follow lagi. Blog dia pun aku lupa bookmark. Nanti lepas ni nak cari balik blog dia. Masa kat Harris ada juga jumpa buku dia ni tapi lupa tajuk apa. Aku tak beli sebab tengok sinopsis macam kahwin paksa. Aku boring dah baca novel kahwin paksa ni...nak novel yang KAHWIN RELA je hehe.

Novel PA Untuk Dia  ~ Syamnuriezmil ni mengisahkan tentang Yara yang bekerja sebagai PA kepada Encik Han. Sebelum ni dia PA ayah Encik Han. Mula-mula Encik Han ni memang menjengkilkan tapi lama-lama buat orang melting pulak. Dalam masa yang sama Yara berkawan dengan Onn, pemilik kedai kopi tempat Yara selalu beli kopi dan teh untuk bosnya. Onn dah lama usha Yara, setahun dia letak nombor telefon di cawan yang dia sediakan untuk Yara setiap pagi. Hanya lepas jumpa Onn di majlis kahwin mak su dia, barulah Yara kawan dengan Onn. Onn masa tu jadi pengapit suami mak su Yara. 

Yara kemudian booking diri dia untuk Onn. Semua ni sebab Yara tahu yang Encik Han tipu dia. Yara ada buat perjanjian, kalau Cik D terima lamaran Encik Han, Yara kena ikut ke Kalimantan. Family Yara yakin yang Encik Han sebenarnya suka Yara. Sebab tu sanggup tipu agar Yara ikut ke Kalimantan. Di sana hubungan dorang jadi rapat. Encik Han sedarkan Yara yang dia sebenarnya tak cintakan Onn pun. 

Masa nak balik ke Malaysia, Encik Han suruh Yara taipkan luahan hati dia. Encik Han cakap, Yara taip. Encik Han dah lama suka Yara, setahun yang lalu juga. Baru dengar nama Yara, dia dah suka Yara. Dah kenal Yara, lagilah dia makin suka. Encik Han sangat selesa dengan Yara. Dia solat istihkara 3 malam berturut2, wajah Yara yang muncul dalam mimpi dia. Dia cintakan Yara. Lepas tu Encik Han suruh Yara print apa yang dia taip tu dan simpan dalam file. Sampai hotel Yara nangis.

Masa tu dia dah sedar dia memang sukakan Encik Han bukan Onn. Dia cuba cintakan Onn tapi rasa itu langsung tak ada. Dia terjanji pada Onn pun sebab Encik Han selalu kata Yara tipu diri sendiri. Paksa suka Onn dan bagi harapan palsu pada Onn. Masa nak naik flight pulang Malaysia. Yara tekad dan berterus-terang pada Encik Han yang dia terima cinta Encik Han. Siap bagi Encik Han cincin lagi. Cincin tu sepasang, satu Yara pakai.

Yara janji akan berterus-terang dengan Onn tapi keluar dari balai berlepas, Onn siap bagi kejutan. Dia lamar Yara. Masa tu Yara dah nak tolak tapi sebab masa tu ramai sangat orang tengok dan tentulah semua orang yang ada kat situ berharap Yara terima lamaran Onn itu. Encik Han pun cakap pada Yara, terima saja lamaran tu dan jangan malukan Onn. Encik Han faham macam mana lamaran kena tolak sebab tu dia rasa Yara harus terima. Nak pula dikhalayak ramai. Sudahnya Yara terima dan Encik Han terus beredar dari situ.

Yara nak tunang dah dengan Onn tapi dia sebenarnya cintakan Encik Han yang tak tunjuk muka lepas di airport itu. Yara sedih, bos dia pun dah tahu hal tu. Bos dia (ayah Encik Han) sangat2 sporting. Yara tak jadi tunang, Onn datang malam sebelum tu dan serahkan cincin tunang pada Yara. Onn kata, Encik Han yang sepatutnya dengan Yara. Onn nampak cincin yang Encik Han pakai tu sama dengan yang Yara pakai. Dia tahu dan faham yang Encik Han selayaknya dapat Yara. 

Yara kemudian nak mulakan kehidupan baru. Nak lupakan kisah cintanya yang sedih itu. Dia minta ditukarkan di Johor. Hari pertama daftar diri dengan bos baru, Yara memang berdebar tapi dia kuatkan semangat. Tempat baru, bos baru dan semangat baru...tup2 

"How fast can you type, Yara?"
"Encik Han?"
"You look...beautiful, more than usual." Dan dia senyum menyenget.
Glup!!!

Nak tahu apa yang Encik Han minta Yara taip kali kedua tu? Haa..kau kenalah beli novel PA Untuk Dia ~ Syamnuriezmil ni dan tengok muka surat 441-443. Dalam luahan tu juga, Encik Han ada cerita yang Onn jumpa dia dan tanya 'Yara ada 6 senyumankan?' Encik Han kata, tak Yara cuma ada 5 jenis senyuman. Then Onn terus cakap, Encik Han yang patut jaga Yara. 

Ok sebenarnya masa bertengkar-tengkar tu Encik Han ada cakap Yara ada 5 jenis senyuman. Yara sendiri tak sangka yang Encik Han begitu kenali dirinya. Masa dekat2 nak tunang dengan Onn dulu, Yara ada tanya Onn, yara ada berapa jenis ketawa. Onn jawap 1 je.

Novel PA Untuk Dia  ~ Syamnuriezmil  ni memang best sangat...banyak part aku suka dan buat aku senyum sendiri. Yara memang mulut tak tahu diam...nasiblah Encik Han sabar je melayan. Ada satu part tu aku ketawa, muka surat 343...

Apabila di dalam kereta, dia tersengguk-sengguk. Manalah tak mengantuk kalau malam kerjanya berjoli saja. Setiap kali kepala dia bersandar atas bahu aku, setiap kali itu juga aku tolak kepalanya ke arah lain. Kadang-kadang tertolak sampai terhantuk pada cermin. Lepas tu, Encik Han akan terjaga, terkejut sendiri. Masa tu, aku dah gelak guling-guling...Tapi dalam hatilah.

Jahat Yara, padahal dia selalu je tertidur dan sedap-sedap bersandar di dada Encik Han tapi Encik Han tak berkira pun. Yara memang sempoi...kelakar ya juga sebab selalu cakap Encik Han tu kambing!!!!!  Tapi dalam hatilah. 

Dalam aku rasa novel ni sangat sweet, sikit2 juga ada selit part sedih...semalam baca aku sempat nangis masa Encik Han luahkan isihati, yara taip tu...dan masa Onn dan Yara tak jadi tunang tu. Sedihnya, kesian dengan Onn. Jujurnya, mula baca cerita ni aku memang harap sangat Yara dengan Onn. Tapi makin lama baca, makin suka pula dengan Encik Han...tu yang aku rasa sedih. Aku memang cepat je nangis kalau baca part yang sedih ni. Mungkin bagi orang lain part tu biasa je tapi tak bagi aku. Mungkin juga sebab terlalu menghayati babak tu, kan.

Kau jangan lupa beli novel PA Untuk Dia ~ Syamnuriezmil ni. Best...tak rugi beli. Aku tabik habis dengan novelis ni, part lamar dan luah hati tu...mana saja dia dapat idea tu? Hehe...ok, mungkin cara Onn tu pernah orang buat (tapi aku memang tak pernah nampak lagi) tapi part luah hati dan minta maaf cara Encik Han tu memang rasanya tak pernah lagi dibuat orang. Kelakar je...bos luah perasan dan si PA tolong taip 

Lepas ni, nak cari novel2 Syamnuriezmil pula. Lepas Anis Ayuni, Kriesya Reisya, Rose Harissa, Farah Hussain, Anna Lee, Ratu Bulan, Rin Ahmad dan sekarang Syamnuriezmil pula. Makin bertambah novelis yang aku suka. Makin bertambahlah juga novel yang aku kena beli lepas ni... Oh Nyah, kopek duit Mak!


No comments: