Novel Ceritera Rindu-Leeya Myra
Assalamualaikum? Hallo, blog!
Ini novel ke3 Leeya Myra yang saya baca selepas novel Izinkan Aku Bahagia dan novel Mencari Cinta. Kali pertama tengok cover novel Ceritera Rindu-Leeya Myra ni terus takde mood nak baca. Entah, saya memang ada masalah sikit bila tengok cover novel yang ada wajah orang. Saya rasa kalau takde model tu cover novel ni lagi nampak menarik.
Ok, novel Ceritera Rindu-Leeya Nyra ni mengubat hati saya yang rasa sedih dengan novel Izinkan Kubahagia. Bukan apa lepas baca novel Mencari Cinta, karya pertama Leeya Myra tu...saya rasa teruja nak baca novel kedua penulis ni. Mesti best macam novel Mencari Cinta juga. Tapi lepas baca novel Izinkan Kubahagia, saya rasa hampa sangat sebab novel tu tak best. Itu yang buat saya kurang teruja nak baca novel ketiga Leeya Myra, kena pula cover yang ada model tu.
Tapi takde mood pun saya baca juga. Rugilah beli tapi baca, kan. Baru baca 2,3 muka surat saya mula rasa tertarik dan teruja pula nak tahu siapa 'pakcik' tu. Makin lama baca, makin best. Saya jatuh cinta dengan bos Imanina, si Amin tu.
Novel Ceritera Rindu-Leeya Myra ni tentang Imanina yang tinggal di rumah anak yatim lepas kematian ibubapanya dalam kemalangan. Iman ni ada neneknya tapi Iman tak tinggal situ sebab nenek dia bukan islam. Mak Iman ni cina, tapi masuk islam bila kahwin dengan bapa Iman.
Masa makbapa Iman meninggal, masa tu pakcik mat kawan makbapa Iman ada kat situ juga. Nenek Iman tu cakap pakcik mat tulah yang sebabkan makbapa Iman tu meninggal. Walaupun Iman tak faham apa sebenarnya yang berlaku tapi dia mula simpan dendam dengan pakcik Mat. Iman mula tinggal di rumah anak yatim masa umur 12 tahun. masa tu muncullah pakcik yang sering tulis surat dan bagi hadiah pada Iman. Sejak tu Iman berutus surat dengan pakcik yang sangat mengambil berat tentang kehidupannya di rumah anak yatim tu.
Sampailah Iman tingkatan 4, hubungan surat2 tu makin akrab. Iman teringin nak kenal siapa pakcik. Dia berharap mereka dapat berjumpa satu hari kelak. Hinggalah Iman sudah dewasa dan habis belajar. Kemudian dia berkerja di Red Publications milik Amin. Iman tak suka bos dia ni sebab selalu kenakan Iman lepas tu tau pula ambil berat tentang Iman, lebih2 pula tu. Lepas tu siap kenalkan Iman dengan mak dia lagi. Amin sebenarnya memang jatuh cinta dengan Iman.
Masa Amin ajak Iman makan di rumah keluarganya, Iman nampak gambar pakcik Mat. Barulah Iman tahu Amin ni anak pakcik Mat. Iman terus tak layan Amin. Nenek Iman pula dah insaf tapi koma, Iman sangat sedih sebab menyesal tak dapat bercakap dengan neneknya tu. Lepas tu nenek dia mati dan wasiatkan harta pada Iman. Wan Radzi pula sukakan Iman. Dalam masa yang sama, Iman masih juga berutus surat dengan pakcik. Dia memang meluahkan semua tentang dirinya pada pakcik. Tapi pakcik tak suka bila Iman banyak menulis tentang Wan Radzi.
Iman sebenarnya mula keliru dengan perasaannya pada pakcik. Dia sayangkan pakcik dan pakcik sajalah tempat dia meluahkan segalanya. Lepas tu Iman baca diari ibunya. Dia tahulah kisah lama makbapanya dengan makbapa Amin. Mak Amin tu dulu suka bapa Iman. Tapi bapa Iman pilih mak Iman. Bila makbapa Iman ada masalah dengan perniagaan, makbapa Iman minta tolong dengan bapa Amin. tapi bapa Amin tak nak tolong sebab dipengaruh oleh mak Amin. Hinggalah makbapa Iman terbunuh sebab dikejer pemiutang. Iman lagilah tambah dendam.
Dia kemudian buat perancangan untuk musnahkan keluarga Amin, dia ajak Amin kahwin. Amin terkejut tapi dia happylah sebab dia memang sayangkan Iman. Iman pula berlakon dia memang suka sangat denga Amin. Iman juga tak tulis surat dengan pakcik lagi. Sampai pakcik tulis surat berkali2 tapi Iman terus senyap. Lepas kahwin Iman dalam diam2 mulakan rancangannya dia buka syarikat Raihana InR dalam diam2 untuk bersaing dengan Red Publications malah menarik 2 editor terbaik syarikat tu ke syarikat Iman tu.
Lepas tu dia minta Amin lantik dia jadi orang ke2 syarikat Amin. Bila Amin takde dia sengaja kucar-kacirkan syarikat Amin. Dalam masa yang sama Iman berperang dengan perasaannya terhadap Amin. Amin ni lelaki baik dan sayang habis dengan Iman. Iman juga meluahkan segala rancangannya pada pakcik tapi surat2 tentang rancangan2 jahat Iman tu, Iman tak pos dia cuma kumpul dalam peti yang berkunci. syarikat Iman makin teruk, mak Amin pula strok gara2 Iman yang sengaja mengungkit kisah lama mak Amin.
Tapi dalam masa yang sama Iman makin sayang dengan Amin. Rahsia Iman terbongkar bila Amin baca surat2 Iman dalam peti tu. Amin sangat kecewa bila tahu niat sebenar Iman kahwin dengan dia. Bukan sebab cinta atau sayang tapi cuma nak balas dendam. Tapi Amin maafkan Iman dan minta Iman berubah dan buang rasa dendam tu. Iman tak dapat buang rasa dendam tu, malah sengaja menyakitkan hati ibu Amin yang sakit itu. Amin kecewa dan tinggalkan Iman. Masa tu baru Iman insaf, dia pun dah mengandung tapi dah terlambat sebab Amin dah tinggalkan dia. Iman lebih kesal bila tahu yang Amin tu adalah pakcik.
Sebenarnya pakcik Mat sangat rasa bersalah kerana tak dapat menolong makbapa Iman bayar hutang dulu. Lepas makbapa Iman meninggal dia murung dan cari Iman di rumah anak yatim tu. Tapi dia tak tunjuk diri sebab tahu Iman dan neneknya menyalahkan dia sebagai penyebab kematian makbapa Iman. Jadi dia tulis surat sebagai 'pakcik' dan mengambil berat atas keperluan Iman masa tu. Pak Mat meninggal dunia sebab sakit jantung masa Iman form 4. Pak Mat amanahkan Amin terus jadi pakcik sebab dia tak mahu Iman rasa keseorangan. Iman betul2 tak sangka dan dia tambah sedih dan rasa bersalah sangat. Dia cuba cari Amin tapi tak jumpa.
Iman pun tulis surat pada pakcik sebab itu saja caranya dia berhubung dengan Amin. Dia cuba pujuk Amin tapi tak dilayan, semua suratnya pun tak dibalas. Iman pasrah, dia kembali menghadapi hidup sendirian. Dia juga masih setia mengutus surat pada pakcik biar pun tak pernah dibalas lagi. Masa Iman dah nak bersalin, barulah Amin datang dan maafkan Iman.

Lepas tu prolog, mereka dah berbaik dan punya anak. Endingnya, Iman letak surat untuk pakcik dalam bakul di bilik kerja Amin. Lepas tu pula, ada part Iman ambik surat balasan dari pakcik (dari bakul tu juga). Ok, tamat dah...
Komen saya: Kalau 5 bintang, saya bagi 4 bintang untuk novel Ceritera Rindu-Leeya Myra ini. Banyak part melibatkan Amin dan Iman di pejabat saya suka. Kelakar betul terutamanya masa Iman dan Firdaus lekat ISBN di belakang buku. Tiba2 Amin datang dan suruh Firdaus buat kerja dia sendiri. Amin pula yang beria tolong Iman. Lagi masa Amin belikan sushi untuk Iman, Iman makan dengan Firdaus. Muka Amin terus kelat bila tengok, lepas tu Fidaus yang tak tahu sushi tu Amin beli, selamba katak aje jemput Amin makan sushi. Bengong betul hahaha...
Banyak part yang lain lagi sata suka...pendek kata semualah yang libatkan Amin dan Iman saya suka. Cuma bab yang Iman 'jahat' saya tak suka...kesian sangat dengan Amin. Lepas baca novel Ceritera Rindu-Leeya Myra ni juga saya terus rasa rindu sangat nak tulis surat macam Iman tu. Tapi saya nak tulis untuk siapa ya?

Ok, bye.
No comments:
Post a Comment