NOVEL HORIZON CINTA-UMI AZRINI
Assalamualaikum? Hallo, blog!
Untuk entry kali ini saya nak story tentang Novel Horizon Cinta-Umi Azrini terbitan alaf21. Novel ini antara novel alaf21 yang paaaaaaling saya suka selain novel Kisah Kasih-Kreisya Reisya. Saya jatuh cinta sejatuh2nya dengan hero novel Horizon Cinta ni...Kapten Zariz @ Ezo @ Parut Petir. Saya dah 2 kali beli novel ni. Novel pertama tu, orang pinjam tapi tak bagi balik. Saya pun dah lupa siapa yang pinjam. Sebelum2 ini saya memang bagi pinjam novel2 saya dengan ramai kengkawan. Kadang kawan2 pas dengan kawan mereka pulak. Tu yang ada sesetengah novel saya hilang atau langsung tak dipulangkan. Saya tak kisah sangat novel lain2 tu. Tapi tak untuk novel Horizon Cinta-Umi Azrini. Saya memang kisah sangat2 sebab saya suka sangat cerita novel ini.
Oleh sebab rindu sangat dengan Ezo, saya pun carilah novel ni semula di kedai buku. Memang susah nak jumpa sebab novel lama. Kena pula kalau cari di kedai buku di bandar kecil macam Sandakan ni, jangan haraplah jumpa. Masa pergi KK, saya cuba cari di Popular, Eatons dan Times tapi tak jumpa. Hampa sangat masa tu. Tak ada harapan jumpa Ezo lagi. Kemudian, tanpa disangka2 saya terjumpa novel Horizon Cinta-Umi Azrini di kedai buku PTS Beaufort! Happy sangat akhirnya saya jumpa Ezo semula...😹
NOVEL HORIZON CINTA-UMI AZRINI
Novel Horizon Cinta-Umi Azrini in mengisahkan tentang Zariz @ Ezo anak muda yang sangat minat dengan dunia pelayaran. Kisahnya bermula dengan pertemuan tak sengaja dengan Zara di traffic light. Kemudian bertembung di kedai muzik dan berebut CD Celine Dion. Pertengkaran mereka berlanjutan hingga di atas Kapal LNG Puteri Zamrud. Ezo (Zariz) pegawai kedua dan Zara pula adik kepada Kapten Jonathan. Zara kebetulan ikut abang dia berlayar dan tak sangka jumpa dengan Ezo yang dia gelar si Parut Petir!
Di atas kapal, ramai yang tertarik pada Zara. Cuma Ezo saja yang tak peduli dengan Zara. Zara rasa tercabar dengan sikap tak peduli Ezo. Dia sengaja mengenakan Ezo dengan menggunakan sedikit pengaruh kapten Jonathan. Ezo terpaksa bersabar dengan karenah Zara. Selepas satu kejadian di mana Zara hampir disambar petir, Zara mula mengubah sikap ego dia terhadap Ezo. Mereka mula berbaik masa kapal berlabuh di Jepun dan pelayaran pulang ke Malaysia. Hubungan mereka terputus bila Zara salah faham. Ezo pula kecewa bila Zara dengan mudahnya termakan dengan mainan Naima, bekas teman wanita Ezo. Mereka bertemu semula selepas dua tahun. Zara sudah memeluk islam dan Ezo @ Kapten Zariz pula sudah diberi kelayakan untuk mengemudi kapal sendiri. Sempat lagi Zara salah faham sekali lagi terhadap Ezo. Tapi akhirnya Zara juga yang melamar dan ajak Ezo kahwin.
Lebih kurang macam tulah cerita novel Horizon Cinta ini. Sebenarnya banyak part dalam novel ni saya suka sangat. Antaranya masa gallery terbakar dan kebetulan Zara terkurung dalam bilik stor makanan kering. Ezo yang selamatkan dia tapi Zara degil hinggakan Ezo sembur Zara dengan dengan pemadam api. Habis muka dan badan Zara bersalut karbon dioksida kering itu 😺.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, bolehlah cari novel ini. Alaf21 mungkin masih ada stok lagi atau ada cetak semula. Atau boleh cari mana2 seller yang jual novel terpakai, insyaAllah ada. Saya memang cadangkan penggemar novel melayu untuk beli novel Horizon Cinta-Umi Azrini ini. Tak rugi beli sebab best sangat. Selain dibuai dengan kisah cinta Ezo dan Zara, novel ini juga banyak selit bermacam pengetahuan tentang dunia pelayaran. Tentang kapal kargo dan tugas2 Kapten, Pegawai kedua dan lain2 lagi. So, jangan lupa beli dan baca. K, bye.
P/S: Saya sebenarnya lagi suka suasana masa dorang atas kapal zamrud tu. Banyak yang saya baru tahu tentang hal2 pelayaran ni. Sumpah! Sebelum ni saya tak tahu pun ada ALAM tempat belajar hal2 belayar ni. Hahaha...betapa bodohnya saya selama ni.
4 comments:
terimas kasih kerana sudi review horizon cinta... saya sangat hargainya. tak sangka masih ada yang sudi baca novel ini hingga sekarang... hehe...
simpan buku tu elok2 ya, haha.... TQ dik!
umi azrini-manama, bahrain
Assalamualaikum...sy tercari2 novel sejujur hatimu...dh lama sy nk beli tp dh kehabisan stok..sedih sgt2... Huhuhu...
Salam...sy pernah baca novel ni masa zmn bljr dulu...sy tercari-cari novel ni tapi x pernah jumpa lagi kt kedai...kat mana nk beli sekarang ni yee...sy suka citer ni <3<3 _ deeyana82@gmail.com
Assalamualaikum.. Boleh bg info di mana lg saya boleh dapatkn novel ni? Saya pernah beli tp saya kehilangannya.. Sya berharap dpt mikiki novel ni semula.. 😣😣😣
Post a Comment