Tuesday, March 19, 2013

ikan bakar sim-sim

 ikan bakar sim-sim

salam selasa untuk diri sendiri..hari ni mendung je...harap2lah hujan sebab aku lagi suka suasana hujan. sejuk dan bila tengok hujan tu rasa damai je. udara lepa hujan pun macam nyaman je. tu yang aku suka kalau musim hujan...ok, ahad lepas aku makan2 di pasar sim-sim. kalau datang pasar sim-sim, sudah semestinya nak makan ikan bakar. tempat ni memang terkenal dengan 'ikan bakar sim-sim'. tempat lain ada juga ikan bakarnya macam di pasar malam dekat pejabat pos tu dan di batu 5. tapi ikan bakar sim-sim lagi menjadi pilihan utama kalau nak rasa ikan bakar yang sedap.

aku bukanlah penggemar ikan bakar pun. tapi kalau ada peluang makan...memang aku tak tolak pun. lagi pun aku suka makan ikan bakar di sim-sim ni. banyak pilihan...lepas tu ada sedia sayur2 kampung lagi macam jantung pisang, labu, nangka..siap dengan sambal belacan dan sambal belimbing/tomato untuk cecah ikan bakarnya. di pasar ikan bakar sim-sim ni pun paling best kalau tambah nasi free je. dorang kira sepinggan je. jadi bagi yang kuat makan memang sesuai makan di sini. tak perlulah malu2 nak minta nasi sebab memang dorang sedia nasi tambahan dalam besen yang dihidang dengan menu2 yang kita minta tu. memang macam makan di rumah rasanya.

ahad tu memang ramai orang, biasalah tengah hari memang ramai pengunjung...hujung minggu pula tu. tapi dalam pic yang aku ambil ni tak nampak meriah sebab aku segan nak snap gambar meja2 bahagian dalam yang ramai orang. harga ikan bakar sim-sim pun berpatutan...tak mahal tak murah. tapi kebanyakan orang datang sini bukan sebab harganya tapi sebab rasanya yang sedap. layanan pun bagus..kejap je order sampai. lagi aku suka tempat ni, banyak kucing...ada yang comel2, rasa nak bawa balik je. tapi ada juga yang comot sikit~


 ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

kalau korang datang ke Sandakan, jangan lupa makan di sini. Sedap dan murah...harga sangat berpatutan. nama tempat ni Pasar Sim-Sim...bersebelahan dengan perkampungan air sim-sim. kampung air sim-sim antara penenmpatan awal di bandar sandakan.



No comments: