Tuesday, March 26, 2013

novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli

novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli

novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli ni aku beli februari lepas. masa tu singgah kejap di 1B, cuma sempat pergi kedai buku times tu je. novel melayu pula tak banyak di kedai tu. nak cepat masa tu, ambik je la novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli dengan novel jujur aku setia-eka fahara. dah takde pilihan masa tu. lagi pun masa tengok sinopsis novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli ni macam best je.

ok, novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli ni mengisahkan tentang safa yang pernah berkahwin dengan maliki masa mereka masih belajar di IPT dulu. family mereka pun tak tahu mereka ni kahwin. tapi sebab maliki kena ikut cakap bapa dia untuk lanjutkan pelajaran di luar negara, maliki buat keputusan untuk berpisah dengan safa. 

lepas berpisah tu, safa tahu dia hamil. farah banyak bantu safa masa tu. bila safa bersalin dia tak nak anak tu. dia minta farah bagi anak tu pada orang lain. tanpa pengetahuan safa, farah dan ikram yang jaga anak tu. lepas beberapa tahun, safa kerja di syarikat bapa maliki. mulanya maliki ingat safa kerja di situ semata2 nak cari dia. safa sikit pun tak peduli pada maliki. maliki kemudia ingat bapanya sukakan safa. kemudian, mereka dapat tahu mereka tu tak pernah bercerai pun. jadi mereka kembali tinggal bersama dan farah pun dah bagitahu yang dania tu anak safa dan maliki. 

err...lebih kurang macam tu la kisah dalam  novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli ni. sebenarnya aku tak masuk sangat dengan novel ni. tak tahulah kenapa. novel ni tebal sebab tu masa baca tu memang nak cepat habis je. aku pernah baca novel hasreeyati ramli dulu...novel laman rindu, aku rasa serasi dengan novel tu dan suka dengan cara hasreeyati mengolah cerita dalam novel tu. tapi dalam sayang sekelip mata ni, entah aku rasa macam baca novel penulis baru pula. novel ni ada tema yg kuat tapi cara penceritaan tu yang aku rasa tak best. tak tahu la...mungkin  aku sorang je yang rasa macam tu. lagi pun setiap pembaca ada pandangan dan pendapat masing2 kan. 

cover novel ni pun sedikit menganggu pembacaan aku. dalam novel penulis cakap maliki tu memang hensem  tapi sebab dah tertengok model lelaki di cover novel ni, membuat aku terbayang tu la maliki!!! ishh...jadi sepanjang baca asyik diganggu oleh muka model tu je. kalau hensem macam dazrin kamarudin, fahrin ahmad...ok juga la. ini...malas nak cakap la... bagi aku tak perlulah letak model lelaki tu, cukuplah letak model perempuan tu, lagi nampak menarik. 


1 comment:

Nur Azura said...

aku pun tengah baca novel 2. aku rasa x best tpi nak tahu kisah diaorg jadi aku layankan aje lh. aku pn rasa mcm penulis penulis baru padahal ni novel dia yg ketiga. part cover 2 aku setuju sgt. asyik terbayang2 dia 2 maliki. cover pn mcm kurang cun.