Novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni
SEGALAnya sudah tertulis di atas lantai takdir. Tujuh tahun Irman Mirza dan Insyirah Hayati terpisah dek tujuh lautan dalam yang tidak bertepi. Selama waktu itu hati masing-masing menggelisah dan dendam rindu yang tidak terperi. Irman hidup dalam teka-teki. Insyirah masih bersekolah lagi. Masakan dia memaksa gadis itu menerima cintanya? Akhirnya, masa berlalu begitu sahaja sehingga mereka dipertemukan dalam masing-masing menginjak dewasa. Ketika itu, Insyirah pula seolah-olah bermain tarik tali. Antara mahu terima dan tidak. Akhirnya, keputusan telah dibuat. Irman adalah jodoh buatnya.
Assalamualaikum? Hallo, blog!
Salam Jumaat...penghulu segala hari dan hari raya mingguan. Banyakkan berdoa kerana hari jumaat ada satu masa yang sangat mustajab...doa akan diperkenankan...dengan izinNYA. Tapi waktu tepatnya hanya DIA yang maha mengetahui. Jadi banyakkan berdoa sepanjang hari jumaat. Err...tertazkirah pula pagi2 ini. Takpe takzirah untuk diri sendiri juga.
Salam Jumaat...penghulu segala hari dan hari raya mingguan. Banyakkan berdoa kerana hari jumaat ada satu masa yang sangat mustajab...doa akan diperkenankan...dengan izinNYA. Tapi waktu tepatnya hanya DIA yang maha mengetahui. Jadi banyakkan berdoa sepanjang hari jumaat. Err...tertazkirah pula pagi2 ini. Takpe takzirah untuk diri sendiri juga.
Sebenarnya saya nak cakap tentang novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni. Ini novel terbaru Anis Ayuni. Saya beli masa cuti bulan Mei 2014. Sebenarnya saya tak tahu pun Anis Ayuni ada novel baru. Masa pergi Eatons, jumpa pulak novel ini. Saya terus beli sebab saya memang minat sangat dengan novel-novel Anis Ayuni. Semua novel Anis Ayuni saya dah beli kecuali Novel Cinta Yang Kurasa. Saya cari di kedai buku tapi tak jumpa. Novel lama memang susah nak jumpa.
Ok, berbalik dengan novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni ini, mula2 saya nak cakap tentang cover novel ini. Ringkas aje tapi cukup cantik dan menarik. Saya memang cukup suka cover yang ringkas macam ini berbanding cover novel yang menggunakan model manusia. Tengok tajuk novel ini, saya ingatkan kisahnya ada kaitan dengan negara Latin. Bukan apa 'pandora' itu ada bunyi macam Latin sikit. Tapi lepas baca baru tahu pandora itu rupanya gelang! Oh! Betapa kurangnya pengetahuan saya ini! ๐ธ๐ธ๐ธ
Novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni mengisahkan tentang Insyirah yang masih sekolah. Nak ambik SPM lagi. Dia ni ada abang tapi study kat luar negara. Bapa Syira mengidap kanser dan di rawat di hospital. salah seorang doktor yang merawatnya Dr Mirza. Dari situ bermulalah cinta dalam diam-diam. Dr Mirza yang mula jatuh cinta dengan Syira. Siap tolong Syira dalam pelajaran lagi. Walaupun masa tu dia tak cukup tidur. Hehe...terbaiklah Dr Mirza.
Mak Syira pula buat hal, ada skandal dengan lelaki kat office dia. Syira ini kesian sangat tapi dia sangat matang. Mak dia kahwin juga dengan boyfriend dia tu. Masa bapa dia dah tenat barulah abang dia pulang. Syira dah lama nak cakap pun tapi bapa dia tak benarkan takut study abang dia tu terganggu. Masa ayah dia tu pergi, Syira SPM tapi sempat juga dia pergi jenguk.
Syira kemudian belajar di Rusia. Balik jadi doktor dan satu hospital dengan Dr Mirza. Mereka kembali menjadi rapat. Lagipun Dr Mirza memang dah lama suka dengan Insyirah. Lebih kurang macam itulah jalan cerita novel ini. Kalau nak tahu lebih lagi, cepatlah dapatkan novel ini.
Syira kemudian belajar di Rusia. Balik jadi doktor dan satu hospital dengan Dr Mirza. Mereka kembali menjadi rapat. Lagipun Dr Mirza memang dah lama suka dengan Insyirah. Lebih kurang macam itulah jalan cerita novel ini. Kalau nak tahu lebih lagi, cepatlah dapatkan novel ini.
Komen saya, novel ini best cuma sedikit bosan bila ceritanya agak mendatar aje. Tak ada naik bukit, lurus aje. Kalau nak banding dengan novel Bayangan Rindu, Gemersik Kalbu atau Suara Hati, novel ini agak ketinggalan dan kurang perasa. Ada masanya saya rasa bosan baca kisah Insyirah dan keluarga dia. Mungkin sebab kisah Dr Mirza tak berapa banyak. Itu yang saya rasa bosan sikit. Tapi secara keseluruhan novel ini memang tak menghampakan.
Novel ini juga sedikit berbeza sebab isu kekeluargaan lebih ditonjolkan berbanding cinta. Hampir separuh dari keseluruhan novel ini tentang Insyirah yang menjaga ayah dia. Dia sangat tabah dan matang. Dalam novel ini juga, ada selit bahasa Rusia. Ada satu babak dimana, Insyirah dan Dr Mirza memeriksa pesakit. Masa itu, Dr Mirza dan Insyirah asyik membahas soal hati mereka dalam bahasa Rusia. Tiba-tiba pesakit tu menyampuk dalam bahasa Rusia juga. Dr Mirza dan Insyirah tercengang dan termalu. Rupanya pesakit tu pernah tinggal di Rusia itu yang tahu cakap Rusia. Lagi satu bahasa dalam novel ni sangatlah kemas. Cara penceritaan pun sangat2 kemas. Oklah, korang yang nak beli novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni ini, silalah beli dan jadikan koleksi. K, bye.
P/S~ masa baca novel ini saya terbayang Dr. Miza tu macam Dr Hong dalam drama Korea Wonderful Mama.
No comments:
Post a Comment