As'salamualaikum? Holla, blog!
Kali ni saya nak cerita banyak pasal blog penulis novel Rose Harissa (Nora Ismail). Dia ada dua blog, satu di wordpress dan satu lagi di blogspot. Ramai juga blog novelis yang saya follow. Salah satunya dia nilah, Rose Harissa. Saya suka pergi blog dia untuk baca entry dia sambil tengok-tengok lukisan dia. Serius saya kagum dengan Rose Harissa ni. Sangat berbakat dalam bidang seni lukis.
*ex-UTM Skudai (Architecture)
*former ITF (1st Dan)
*ex-Designer / Art metal (1999-2007)
*APO? Magazine (writer + illustrator) - 2003 — current
*freelance designer + autho
*former ITF (1st Dan)
*ex-Designer / Art metal (1999-2007)
*APO? Magazine (writer + illustrator) - 2003 — current
*freelance designer + autho
Kalau korang suka baca cerita ala-ala macam e-novel, boleh baca A Blog To Remember yang kat wordpress. Ada beberapa cerita yang dia share kat situ...Rindu Itu Cinta, Raid Arjuna, Arsalan dan cerita yang paling meletop, A Kiss Before You Go. Saya cakap A Kiss Before You Go tu cerita meletop sebab, gara-gara cerita ni Rose Harissa pindahkan karya dia dari blogspot ke wordpress. Katanya ada orang yang tak bertanggungjawab cedok ideanya. Hmm...tak hairanlah, sekarang ni memang ramai pun orang yang suka ambik jalan pintas curi idea penulis lain dan jadikan cerita sendiri! Memalukan sangat...curi idea orang ni, samalah juga macam curi hasil titik peluh orang lain!
Blog Rose Harissa di wordpress
Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember
Semua cerita tu (Rindu Itu Cinta, Arsalan, Raid Arjuna dan A kiss Before You Go) tak habis pun lagi. Baru beberapa bab ada dalam blog. Biasa cerita yang banyak pengikut macam ni, akan jadi novel juga akhirnya. Saya suka cerita Rindu Itu Cinta...suka watak Al-Hadi dan Nissa. Harapnya akan dapat jadi novel juga satu hari nanti. Rose Harissa gambarkan Al itu Fatah Amin. Kenal Fatah Amin tu siapa? Saya tak minat pun mamat tu tapi sebab dalam blog Rose Harissa tu, muka dia dilukis cantik-cantik. Jadi nampaklah dia macho dan menarik. Sebenarnya tingkah-laku dan keperihatian watak Al tu yang buat cerita ini sangat menarik. Sayangnya dah lama cerita ni tak disambung.
blog Rose Harissa di blogspot
Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember
A kiss Before You Go pun sangatlah bestnya...hari tu Rose Harissa bagi sampai 20 bab. Tapi lepas masalah idea kena curi, Rose Harissa terus tutup cerita tu. Katanya A Kiss Before You Go akan diteruskan untuk jadi novel. Hari tu baca kat fp Rose Harissa, cerita tu dah nak habis dia buat tapi mungkin ada masalah untuk menerbitkannya. Novel tu banyak isu tentang anak haram dan masalah pengunaan ubat anti stress. Mungkin sebab tu susah editor nak lepas untuk pasaran.
Entah tak faham saya, padahal dalam cerita tu rasanya sangat banyak pengajarannya dan beberapa info tentang hal-hal kesihatan. Biasalah kalau ada selit part yang nakal-nakal sikit tu pun tak nampak sangat dan semuanya sebab nak pembaca lebih faham masalah si watak tu. Kalau nak kata ada unsur lucah, banyak je novel melayu sekarang ni yang selit kisah-kisah romantik hero dan heroinnya. Boleh aje lepas pun. Tapi kenapa cerita yang ada pengajaran dan ilmu macam A kiss Before You Go tu boleh aje orang kritik? Belum pun jadi novel lagi dah banyak rintangan pula.
Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember
Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember
Saya bukannya kenal pun Rose Harissa ni, cuma peminat dia dari jauh aje. Tapi bila baca luahan hati dia di fp dia, rasa kesian sangat. Rasa macam ada orang tertentu yang nak sekat dia dari menghasilkan novel! Cuaklah juga kalau A Kiss Before You Go tu tak jadi nak dibuat novel macam Guy Next Door. Tapi saya harap jadilah juga, edisi terhad pun takpe...janji dapat peluk dan baca novel A Kiss Before You Go tu. Ada lagi cerita baru Rose Harissa dia kongsi di fp dia...lupa pula tajuk dia. Tapi watak2nya terdiri dari Zaim, Amyra, Sara, Leo dan Haidar. Best juga.
Salah satu sebab kenapa cerita Rose Harissa Best dan menarik sebab dia akan sediakan rupa dan heroin dalam setiap cerita dia. Selalu dia lukislah....tu yang best. Suka sangat tengok hasil kerjanya. Kalau kau nak tengok, sila pergi ke blog dia atau fan page dia.
ini aje gambar saya
Lain2 kat atas tu semua ambik dari blog Rose Harissa
Lain2 kat atas tu semua ambik dari blog Rose Harissa
credit to : https://ms-my.facebook.com/RoseHarissa
No comments:
Post a Comment