socotra pulau terpelik di dunia
Dah lama aku tak buat entry pasal benda, tempat atau apa2 saja yang berbentuk info. Tadi kebetulan menggoogle, terjumpa pula tentang pulau Socotra ni. Terus baca tentang pulau ni di beberapa blog. Ni, aku mau kongsi dengan kau...manalah tahu kau nak tahukan. Bagus juga info-info macam ni dapat menambah pengetahuan kita.
Jujurnya aku ni memang ketinggalan dan kurang pengetahuan sikit...hehe...ni pun baru tahu ada pulau pelik macam pulau Socotra tu. Pulau ni digelar juga sebagai pulau alien sebab tumbuhan dan makhluk yang hidup di pulau ni, sangat aneh bentuknya dan tak ditemui di mana2 tempat lain di dunia. Pulau Socotra ni sangat indah tapi tak disentuh oleh dunia luar. Hinggalah UNESCO menganugerahkan pulau Socotra ini sebagai salah satu lokasi tapak warisan dunia.
socotra pulau terpelik di dunia
Banyak teori mengatakan pulau Socotra ni tempat dajjal pernah di penjara pada masa lampau sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda. Pulau Socotra ni terletak 400 km dari Republik Yaman. Lebih 825 spesis tanaman unik di pulau Socotra ini. 90% reptilia dan 95% siput yang hidup di sini tak dijumpai di mana pun di seluruh dunia. Menurut saintis, ratusan juta tahun yang lalu (era miocena) Socotra terpisah dari benua Gondwana dan menjadi pulau. Hal itu menyebabkan tanaman di pulau Socotra yang seluas 3665 km persegi tersebut tak tersebar luas ke benua utama.
Asalnya, Socotra adalah sebuah wilayah yang terdiri daripada 4 pulau. Socotra adalah yang paling besar. Tahun 1511, Socotra dibawah kekuasaan kesultanan Mahra. Tahun 1867, ia bergabung dengan wilayah naungan Inggeris. Pada tahun 1967, kesultanan Mahra tak berkuasa lagi dan Socotra bergabung dengan Yaman Selatan. Hinggalah 1990an Yaman bersatu menjadi Republik Yaman. Pulau Socotra mula dikenali setelah saintis meneliti tumbuh-tumbuhan di sana dan menjadi destinasi pelancongan yang unik di Yaman.
Dragon Tree / Pohon Naga (Dracaena Cinnabari)
Inilah tanaman yang paling menarik perhatian di Socotra: Dragon Tree atau Pohon Naga. Disebut demikian kerana pokok yang berbentuk seperti payung ini mempunyai getah berwarna merah yang oleh penduduk setempat dipercayai berasal dari Naga zaman dahulu kala. Penduduk tempatan menggunakan getah pokok ini untuk merawat penyakit dan sebagai bahan pewarna.

Socotra Dessert Tree / Bottle Tree (Adenium Obesum var Socotranum)
Tumbuhan yang unik ini menjadi daya tarik kedua pulau Socotra kerana bentuk fizikalnya yang gemuk dan bulat. Penduduk setempat bahkan menamakannya Pohon Botol (Bottle Tree). Pohon Botol ini boleh berbunga, dan bunganya berwarna pink yang cantik.
Tumbuhan yang unik ini menjadi daya tarik kedua pulau Socotra kerana bentuk fizikalnya yang gemuk dan bulat. Penduduk setempat bahkan menamakannya Pohon Botol (Bottle Tree). Pohon Botol ini boleh berbunga, dan bunganya berwarna pink yang cantik.
socotra pulau terpelik di dunia
socotra pulau terpelik di dunia
Antara fauna yang cantik tapi aneh, ada spesis burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia balfouri, socotra sparrow passer insularis dan grosbeak socotra rhynchostruthus socotraus. Ada juga burung penyanyi socotra, incana-incana. Kelawar adalah satu2nya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini juga memiliki spesis endemik batu karang.
No comments:
Post a Comment