Saturday, May 11, 2013

a gentleman's dignity ( 신사의 품격 )


ini drama yang aku tengok di ntv7 sekarang (8.30pm, every monday-tuesday). mula2 tu tak berapa nak tengok sebab heronya nampak macam tua. lepas perasan hero tu jang dong gun, baru la aku layan cerita ni. best juga la...ada komedi2. sebenarnya dulu aku pernah juga minat dengan jang dong gun ni. masa tu demam drama all about eve... dia jadi pengarah yun, boyfriend kepada sun mi. dah lama tak tengok si pengarah yun ni berlakon. sekali keluar dalam drama ni, memang langsung tak cam pun sebab nampak kurus. drama ni ada 20 episod..tapi aku tak tahu yang main di ntv7 tu dah episod yang keberapa.

a gentleman's dignity ( 신사의 품격 )

a gentleman's dignity ( 신사의 품격 )

a gentleman's dignity ( 신사의 품격 )


Air Terjun Madai

Assalamualaikum? Holla, blog!

Air Terjun Madai. Tempat ni antara tempat yang kira menariklah juga yang terdapat di sabah. Kawasan rekreasi Air Terjun Madai ni terletak 10km dari bandar kunak, di laluan jalan antara bandar Lahad Datu dan Tawau. Dulu2 aku ingat Air Terjun Madai ni masih area Lahad Datu, rupanya dah masuk sempadan Kunak.

Kawasan Air Terjun Madai ni dikelilingi flora dan fauna dan terletak di hutan simpan Madai Baturong.  Selain dihidangkan dengan air terjun setinggi 40 meter, tempat ini juga ada menyediakan canopy walk sepanjang 119 meter dan tinggi 40 meter merentasi sungai. 

Pengunjung juga boleh melawat gua purba yang terletak berhampiran kawasan air terjun (ambik masa 45 minit berjalan kaki dari situ) yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama. 

Tapi masa datang sini hari tu kedua tempat ni tak dibuka (utk keselamatan org awam). Kawasan persekitaran pun tak berapa nak bersih...agak semak. Laluan tangga ke air terjun pun nampak uzur. Sebelum ni saya pernah juga datang ke sini 2003 tak silap. Sempat juga lari2 kat canopy walk tu. Banyak ambik gambar lagi. Masa tu zaman masih guna camera filem lagi.

Ini beberapa gambar yang sempat saya ambil masa berkunjung di Air Terjun Madai tempoh hari. 

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai


pahala yang berterusan

selepas anak adam meninggal semua amalan akan terputus kecuali beberapa perkara...


~ sesiapa yang mendirikan masjid, pahala akan tetap padanya selagi masjid itu digunakan oleh orang di dalamnya untuk beramal ibadat.

~ sesiapa yang mengelairkan air sungai, selagi ada orang minum daripadanya.

~ sesiapa yang menulis mushaf, ia akan mendapat pahala selagi ada orang membacanya.

~ orang yang mengali perigi, selagi ada orang menggunakannya.

~ sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau pun burung.

~ mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

~ orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuannya dan beristghfar baginya.


~ anak yang selalu diajari ilmu alQuran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

sumber : google