Saturday, May 11, 2013

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai... tempat ni antara tempat yang kira menariklah juga yang terdapat di sabah. Kawasan rekreasi Air Terjun Madai ni terletak 10km dari bandar kunak, di laluan jalan antara bandar Lahad Datu dan Tawau. Dulu2 aku ingat Air Terjun Madai ni masih area Lahad Datu, rupanya dah masuk sempadan Kunak.

Kawasan Air Terjun Madai ni dikelilingi flora dan fauna dan terletak di hutan simpan Madai Baturong.  Selain dihidangkan dengan air terjun setinggi 40 meter, tempat ini juga ada menyediakan canopy walk sepanjang 119 meter dan tinggi 40 meter merentasi sungai. 

Pengunjung juga boleh melawat gua purba yang terletak berhampiran kawasan air terjun (ambik masa 45 minit berjalan kaki dari situ) yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama. 

Tapi masa datang sini hari tu kedua tempat ni tak dibuka untuk orang awam untuk keselamatan. Kawasan persekitaran pun tak berapa nak bersih...agak semak. Laluan tangga ke air terjun pun nampak uzur. Sebelum ni aku pernah juga datang ke sini 2003 tak silap...sempat juga lari2 kat canopy walk tu. Banyak ambik gambar lagi...masa tu zaman aku masih guna camera filem lagi.

Ini beberapa gambar yang sempat aku ambil masa berkunjung di Air Terjun Madai  tempoh hari. 

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai


No comments: