Wednesday, February 27, 2013

novel cinta marissa-kreisya reisya

novel cinta marissa-kreisya reisya

novel alaf 21 ni terbit 2002. cuma rm12 je masa tu...sekarang novel alaf semua dah rm 20 ke atas. agak2... 4, 5 tahun akan datang harga novel dah cecah rm 30 ke atas pula. cakap tentang novel cinta marissa-kreisya reisya  ni mengisahkan tentang marissa anak orang berada yang putus cinta dengan rahimi. dek sebab tu dia bawa diri dan menjauhkan diri dari familynya. dia tinggal menyewa dengan adiba dan bekerja di kedai bunga milik espariza. 

marissa yang agak brutal tu berkenalan dengan iqbal pemilik kedai buku yang selang 2 kedai dari kedai bunga milik espariza. iqbal sukakan marissa tapi waktu dia nak luahkan isihatinya, marissa pula ada masalah dengan keluarganya. lepas tu marissa ditimpah musibah, dia dinodai oleh samseng jalanan. sebelum tu dia bertengkar dengan iqbal. 

iqbal rasa bersalah dan tak jumpa marissa. raja badri pula melamar marissa, tapi marissa tolak. family marissa ingat marissa tunggu iqbal sebab tu dia tolak raja badri. then iqbal lamar marissa tapi marissa tolak juga. iqbal frust sangat. lebih2 lagi bila marissa nak ke uk sambung belajar tapi sebelum pergi dia jumpa iqbal. dia sebenarnya sangat malu dengan iqbal tentang peristiwa hitam itu sedangkan iqbal tak kisah dengan semua itu. marissa sendiri sedih untuk berpisah. dia tak pasti penghujung cintanya dengan iqbal.

4 tahun kemudian dia pulang dan ke rumah iqbal. ada majlis perkahwinan di situ. tapi dia hairan kenapa dia tidak dijemput. dia ingatkan iqbal yang kahwin...frust, rupanya ishaq adik iqbal yang kahwin dengan adiba. iqbal masih setia tunggu marissa. the end...

lebih kurang macam tu la kisah dalam novel cinta marissa-kreisya reisya ni, aku baca sekali imbas je untuk buat entry ni. nak baca balik, ambik masa lama pula. tapi memang best juga novel cinta marissa-kreisya reisya ni...kulit pun hijau muda, cantik.

2 comments:

Zul Helmi said...

adik iqbal nma ishaq ke ishqal?

bz the witch said...

Ishqal hehe...