Wednesday, February 27, 2013

novel sedetik cinta-kreisya reisya


ini novel ke 3 kreisya reisya yang aku baca. novel sedetik cinta-kerisya reisya ni aku beli tahun 2005, dah lama. aku suka sangat cover novel ni...cantik sangat pemandangannya. lepas tu ada 2 orang dibawah pokok tu, naik basikal. suka sangat... aku rasa cover novel alaf yang dulu2 lagi nampak kemas dan sesuai dengan isinya.

novel sedetik cinta-kreisya reisya ni mengisahkan tentang sophie yang putus cinta dengan lelaki inggeris bernama keyrill. dia kemudian bertemu dengan akimi, bos di tempat kerjanya. tapi lelaki itu sudah berkahwin tapi tak punya anak. dia ajak sophie kahwin, pada mualanya sophie nak terima tapi kemudian dia tidak sanggup melukai isteri lelaki tu. 

akimi pun senyap kebetulan isterinya sudah disahkan hamil. then keyrill muncul balik tapi sophie frust lagi bila keyrill sudah berkahwin biarpun dalam hati keyrill dia sebenarnya masih sukakan sophie. tapi akhirnya mereka berdua jadi kawan baik dan keyrill sengaja kenalkan sophie dengan micheal. micheal tu bos baru tempat sophie kerja. 

tu la kisah sophie dalam novel sedetik cinta...banyak part yang komedi juga dalam ni. cuma aku frust sikit sebab sophie tak kahwin dengan keyrill pun. tapi memang dalam hidup ni, kita tak selalu dapat apa yang kita mahu.

No comments: