Novel Gerimis Rindu ni novel ketiga Meen Zulaikha selepas Warna Hati dan Kasih yang suci. Suka juga tengok cover novel Gerimis Rindu ni macam cool aje. Novel Gerimis Rindu-Meen Zulaikha ni mengisahkan tentang Ailani yang agak liar dan dijaga oleh neneknya. Ailani ni juga berkonflik dengan ayah dan ibu tirinya. Selepas satu kemalangan yang mengakibatkan neneknya meninggal, Ailani terus berubah dan lari dari keluarganya. Mak su Ailani pula menyalahkan Ailani atas kematian neneknya itu. Dalam masa yang sama mak su dan suaminya mahu mengambil harta yang ditinggalkan arwah ibunya kepada Ailani.
Komen saya? Ok jugalah novel Gerimis Rindu-Meen Zulaikha ni. Tapi kalau nak banding dengan novel Warna hati, novel Warna Hati tu lagi best. Novel Gerimis Rindu ni biasa saja pada saya. tapi biasa2 pun sata habiskan juga baca novel ni. Lagipun saya memang minat dengan karya2 Meen Zulaikha. Dalam novel ni juga ada kisah tim dan Li. Dua watak ni wujud dalam novel Warna Kasih. Lepas tu ada juga watak Seth Tan dari novel Kasih Yang Suci.
Kalau ikutkan, saya lagi teruja dengan kisah Tim dan Li berbanding kisah cinta Ailani dan Fatimi. Suka bila part Li mengenakan Tim di pejabat atau waktu mereka keluar bersama2 dengan Ailani dan Fatimi. Apa2 pun, novel ni memang sesuai dibaca oleh siapa2 yang nak tahu kisah perempuan ala2 tomboy. K, bye.
No comments:
Post a Comment