Sunday, February 10, 2013

Menara Kayangan ( Tower Of Heaven ), Lahad datu

aku tahu tempat ni, menara kayangan (tower of heaven) tahun lepas masa google tempat tinggi di sabah. sumpah! aku memang tak tahu ada tempat cantik macam ni di sabah. sekali tengok terus suka dan berangan nak sampai ke menara kayangan (tower of heaven). kebetulan hari tu pergi tawau 3 hari. jadi masa pulang dari tawau tu singgah la kejap di tempat tu. menara kayangan (tower of heaven) tu dekat simpang lembah danum. masuk dalam tu agak jauh juga, jalan pula pusing2 tapi pemandangan tu memang cantik la. tiket masuk rm2 untuk dewasa dan rm1 untuk budak2. murah je kan...

sampai je di sana, aku terus naik atas dan ambil gambar, snap sana..snap sini. masa di atas tu juga ada hujan panas, lepas tu ada pelangi...wah! cantik betul pemandangan masa tu. di sepanjang tangga naik atas tu ada gambar2 binatang yang terdapat di hutan simpan tu. di bawah ni, semua gambar2 aku ambil masa tu.

Pintu gerbang Menara Kayangan ( Tower Of Heaven), ni jalan masuk ke dalam tu. Beli tiket kat pintu nilah.

pemandangan dari tingkat bawah Menara Kayangan (Tower Of Heaven)

Menara Kayangan ( Tower Of Heaven ), Lahad Datu

view dari puncak menara kayangan

Menara Kayangan ( Tower Of Heaven ), Lahad datu


nampak tak laut kat depan sana tu? Cantik betul pemandangan dari atas sini. boleh nampak pulau2 kecil kat laut tu. 

Masa ni hujan, tu awan hitam tu tengah muntahkan hujan...

zoom pulau2 kecil kat bawah tu...

pemandangan yang cukup buat aku bersyukur dan menghargai keindahan alam semulajadi.


di bawah, aku tak dapat ambik gambar sebab battery camera sudah 'kong'. frust aku..hp pun sama. nasib baik my sis punya hp masih ada cas. jadi guna hp dia la untuk ambik gambar di kawasan bawah. tapi tak banyak sebab masa tu kami dah nak pulang. tapi pemandangan di tempat ni memang cantik. petang tu ramai pengunjung yang duduk2 di bangku yang disediakan. ada juga kumpulan yang datang untuk sambut birthday di situ. sayangnya aku tak dapat nak lama2 menghayati susana cantik di situ. hari pun dah petang sangat, terpaksa turun dan teruskan perjalanan pulang ke sandakan.

bahagian bawah menara kayangan (tower of heaven)

depan menara kayangan

gambar penuh menara kayangan ( tower of heaven)

masa turun bawah bateri camera pun dah habis, terpaksa guna hp biasa untuk tangkap gambar. gelap lagi gambarnya hehe...kebetulan masa tu pun dah masuk senja. best lepak2 sini, sambil tengok pemandangan di bawah tu...

 
pemandangan dari bawah menara kayangan (tower of heaven)...

No comments: