Tuesday, February 26, 2013

Novel Ruang Rindu-Rozita Abd Wahab


Novel Ruang Rindu-Rozita Abd Wahab


Assalamualaikum? Holla, blog!

Ini novel Rozita Abd Wahab yang kedua saya baca selepas novel Setulus Hati beberapa tahun yang lalu. Novel Ruang Rindu-Rozita Abd Wahab ini mengisahkan tentang Lia yang agak tomboy. masa di U dulu dia bercinta dengan Amir tapi putus sebab mak Amir tak suka Lia.

Camelia kemudian ditunangkan dengan Halil, anak cikgu Hasnah. Cikgu Hasnah bimbang dengan perangai liar Halil jadi dia pilih Camelia bekas anak muridnya yang agak brutal itu menjadi pendamping Halil. Cikgu Hasnah yakin perempuan tegas macam Camelia memang sesuai untuk mengubah sikap nakal Halil itu. Camelia pula tak suka halil dan sentiasa mencari jalan untuk putuskan pertunangan mereka.

Masa Camelia ke JB untuk bertemu dengan Amir dia berjumpa dengan Halil dan Anita. Anita mengaku Halil itu tunangnya. Camelia pun happy dan punya alasan untuk putuskan pertunangan. Halil pula masa tu dah mula jatuh cinta dengan Camelia. Dia rasa gadis yang suka berpakaian lelaki itu cukup menarik. Pertunangan mereka putus tapi Halil berusaha untuk mendapatkan Camelia semula dengan bermacam2 cara. Bos Camelia pula ambil kesempatan untuk lamar Camelia bila dia tahu Camelia sudah putus tunang. Fahmi pula (sepupu Halil) sering buruk2kan Halil depan Camelia.

Halil pindah dari JB ke KL semata2 nak dekat dengan Camelia tapi dia kecewa bila dia tahu Camelia kenalkan Amir padanya. Pula tu mengaku yang mereka nak kahwin dan sudah lama bercinta. Amir memang nak kahwin dengan Camelia tapi buat kali kedua mak Amir tolak Camelia. Kemudian Camelia sedar dengan kebaikan Halil dan restu ibubapa Halil. Walaupun Camelia ala2 tomboy tapi makbapa Halil sangat sukakan Camelia. Begitu juga Halil yang tak pernah pun mempertikaikan penampilan Camelia yang tak feminin tu.

Halil dapat tahu yang family Camelia buat kenduri. Halil ingatkan itu majlis kahwin Camelia dan Amir. Dia sedih dan tak mahu kehilangan Camelia jadi dia datang ke majlis tu dan jumpa Camelia. Camelia terkejut lebih2 lagi bila Halil merayu2 agar Camelia jangan kahwin dengan Amir sebab dia tak boleh hidup tanpa Camelia. Camelia terkejut tapi dia faham. Then, mereka pun berbaik dan Halil terus ajak Camelia kahwin. 

Lepas tu, Halil salah sangka ingatkan Camelia ada hubungan lagi dengan Amir sampai dia balik kg dan tak peduli dengan Camelia. Tapi sebelum tu hubungan mereka memang tak baik sebab Camelia dulu yang asyik2 cemburu dengan rakan sekerja Halil. Dalam masa tu Camelia Hamil, barulah mereka berbaik semula. Camelia selalu jumpa Amir dulu sebab Amir punya masalah dengan isterinya (pilihan ibunya) yang curang. Halil pun tak cemburu lagi. The End.

Komen saya? Best. Saya suka novel Ruang Rindu-Rozita Abd Wahab ni. Ada lawak2 juga...tak rugi saya beli novel ni. Saya suka watak Halil yang berusaha untuk dapatkan Camelia walaupun pada mulanya tak berapa suka dengan pilihan ibunya itu. Cuma saya tak suka nama HALIL tu...rasa macam tak hensem orangnya! Banyak dialog2 yang saya suka dalam novel ni. Ok, bye.

No comments: